Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, March 13, 2013

#1002 Me Vs Tiada Lagi

Dah mau pakai head band skang. Pastu tilik cermin puji diri sendiri comei.
Sebak tengok berita ketibaan jenazah askar kat epot Pengkalan Chepa tadi. Penuh satu epot sambut jenazah. Nik Aziz pun ada. Sayu tengok ahli keluarga yang tak dapat tahan rasa sedih tengok keranda yang baru diorang bawak turun dari perut kapal terbang perang tu. Penghormatan diberikan penuh hingga ke rumah jenazah. Sebak giler tengok semua askar beratur tabik hormat kat rumah dia. Demikian sekali penghormatan untuk wira negara. Wira yang senegeri dengan aku. Sobs... Muda-muda lagi Allah dah jemput. Dah la 3 tahun tak jumpa mak ayah dia. Last-last pulang juga berjumpa dengan mak ayahnya dalam keadaan kaku. Al-fatihah kepada wira-wira yang telah terkorban. Jarang sekali orang muda mati bermaruah macam ni. Harapannya semoga konflik di Lahad Datu akan berakhir dengan baik secepat mungkin. 
Dah lekat riben dah skang ni kalu keluar. Yay!
Tiada lagi kedai baju kanak-kanak yang branded tapi murah feveret aku di Perda tu. Wiken baru ni ada gak lalu ingat nak masuk tengok-tengok cuci mata. What a shock to see kedai tu dah takde.. 2,3 bulan lepas ada lagi. Sobs.. Mana aku nak shopping macam kat Rumah Mode tu lagi.... Waaaaa... Nasib baik dress raya Zaraa dah beli awal-awal. Baru ingat nak buat kedai tu kedai angkat aku. Pasni kena beli baju mahal-mahal la nampak gaya ;p
Tiada lagi website melanun Hollywood dan Kollywood yang aku syok. Baru semalam dowonload Breaking Dawn Part 2. Alih-alih tengok hari ni dah takde website tu. Mysoju pun dah lama berkubur. Makin lama makin banyak website yang dissapear.. Boring betul. Tv pun 40 kali lebih pun ada dok ulang tayang citer sama. Malay movie tak lepas dengan citer hantu bedak sejuk. (modal bedak sejuk je kan, maybe sebab tu jadi kegemaran pengusaha-pengusaha filem) Boring, boring. 
Lolly pop can tame her. Smelly tactic for going out.
Anak-anak, mak anak dan bapak anak semua tak sihat sekarang. Yang last jangkit semestinya mak anak lah. Ubatan semua dah habis. Kalu pegi klinik pun ubat yang tak sesuai jugak yang dia bagi. Last-last aku try natural remedy aje. Ikut sunnah nabi la konon kan. Makan madu. Semua seisi rumah dilanda batuk selsema. Anak-anak aku suap ubat yang belen bulan lepas. Kalu selsema aje ok sket kot. Tapi bila melibatkan batuk, yang ni aku lemah sket. Bukan apa, time-time camni memang harap sangat la kerjasama semua pihak untuk tak minum minuman sejuk berais. Tapi kalu satu pihak tak nak buat gencatan ais ni, memang luring la kat budak-budak sama. Haih. Susah nak educate orang tua ni. Suruhlah berkorban pasal benda lain mungkin buleh. But to sacrifice on ice, totally N-O!

Encik Jack beli mesin test tekanan darah digital. Dalam banyak-banyak kedai farmasi yang dah survey harga, last-last beli kat Gurdian aje. Kehkeh... Tiap hari 2,3 kali sehari cek. So far rasanya belum pernah berada dalam safe range lagi. 

Tu lah. Aku ajak posa sekali tak nak... 

No comments: