Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, March 14, 2013

#1003 Me Vs Normal Day With The Normal Kids

Live from the fridge.
Pecah rekodlah ni. 3 kaler. Bila lagi kan nak guna pewarna biru selain dari masak nasi kerabu hitam kan. Dah lama beli agar-agar nak buat puding kastad mak tiri ni. Tapi timing selalu tak kena. Sama ada bahan tak cukup atau ruang dalam fridge tak muat. Hari ni fridge kosong. Buleh la nak mengisi bekas puding yang banyak ni. (bila lah nak habis)
Takde apa yang menarik. Cuma nak catat kat sini perkembangan anak-anak untuk kenangan aje. Rambut Zaraa dah boleh ikat ekor kuda cinonet kat belakang. Kat depan pun buleh ikat jugak tapi dia prefer taruk sepit rambut kat depan. Suka benar membelek muka depan cermin sambil puji dia comei. Bila nangis, panjang-panjang harakatnya dan payah nak stop. Aktiviti sukar dibendung skang adalah dia sangat suka buang barang dalam sinki. Selalu tengok Adam buang dalam sink kan. Dia pun ikutlah buat. Adam buang sampah, dia buang bukan sampah. Sepit rambut, flash card, bola, pen, pensel selalu tiba-tiba ada dalam sinki. Malam-malam kalu makan jajan ke apa, plastik wrapper suruh dia aje yang buangkan. Hepi dia! Terkengkeng-kengkeng lari dalam gelap pegi buang sampah. Hihhi...
Zaraa main netball shoot dalam sinki.
Tadi basuh kapet. Bos malas nak hantar dobi. Mahal dan malas nak hantar ambik katanya. Makanya guna tulang patkerat ni je lah cuci kapet. Bila macam ni terasa diri teraniaya pulak. ;p  Takpe lah, niatkan aje sambil-sambil main air dengan Zaraa ;p Dia hepi, aku pun hepi. Rasa penat buat tak tahu aje. Mommy-daughter time kan..
Wei sembur aku pulak!
Sepit rambut K-Pop tuuuuu...
Kupik!!!
Ini dua beradik ni. Adik suka sangat makan cicah-cicah. Tak kira la cili or tomato sos. Pedas pun dia bedal. Pastu pandai la blow-blow pedas dia tu. Bila makan share-share macam ni, selalunya akan berebutlah. Padahal makan sorang pun memang tak habis. Saje, gelenya nak berebut. (kids, they fight for nothing!) Time gaduh memang perit tekak la nak melerai. Tapi bila baik tu, main sama-sama, gurau sama-sama rasa seronok pulak tengok.

Tadi Zaraa kareb. Sedang or lepas kareb tu dia cakap Uk-uk-uk kat daddy dia... Hihi.. Comei la dia ni. Kareb pun dah pandai bagitau on and off (kekadang bagitau kekadang tak) Alhamdulillah... Vocabs dia pun makin hari makin bertambah. Tadi dia mintak apa-apa then bila aku bagi tu, dia sebut syeh-syeh-syeh gitu... (tima kasih) Hihihihi... Tiap hari ada je kejutan dia bagi secara verbal. Alhamdulillah la. Masa Adam dulu aku miss this part when he was at this age. Time Zaraa ni semua progres dia aku rasa cepat. Nikmat la tu sebagai mak orang kan.

Bila bagi dia makan, dia makan sambil hangguk-hangguk sambil pejam mata dengan sound effect ummmm nyam nyam nyam boleh buat aku rasa sangat terhibur dan berbaloi la mengharungi waktu-waktu memasak penuh azab tu. Anak orang lain macam mana ek. Buat hal sendiri ke time mak masak kat dapur.

Adam dah baca buku 7 skang. Ok la bacaan dia. Kadang-kadang betul. Kadang-kadang ikut suka dia je nak sebut. Gaduh kan (gaduh=nak cepat dalam kamus bahasa kelantan)... Alhamdulillah... Bacaan sebutan dia dah ok. Cuma pergerakan tangan dia aje yang slow sket. Sebenarnya aku risau jugak. Bukannya aku komplen anak aku ni serba tak tahu nak buat. Tapi aku risau kenapa dia tak boleh-boleh lagi. Adakah something is wrong with the muscle or what. Memang suap makan, pakai baju, sauk beg, semua belum seperti kanak-kanak lain. Aku paham, certain kids slow progresnya. Mungkin belum masanya lagi. Tapi benda ni kan, akan menyusahkan dia jugak satu hari nanti bila dah masuk sekolah. Aku tak nak dia jadi low self esteem sebab ni. Adam, Adam. Macam dia tak nak guna langsung tangan yang Allah bagi tu.

Bukanlah aku tak puas hati kat anak aku. Risau ok, risau.

No comments: