Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, March 15, 2013

#1004 Me Vs Radio

Assalamualaikum!

Online kat tepi sliding di pagi hari sambil menikmati matahari terbit. Konon kat luar sliding ni macam ada garden menghijau lah sangat kan. Hihi. I love having this me time pagi-pagi masa Zaraa tak bangun lagi. Ye lah, tadi dah kemas rumah, sapu lantai, cuci pinggan, unload kain nak jemur, rilek la kejap sambil tunggu Zaraa bangun aku online la kejap. Nanti dia bangun japlagi buleh la jemur kain. Kalu aku jemur skang, dia takleh main kat luar pulak lepas bangun ni. 2 in 1 la kan. Kesian jugak budak ni asyik kena kurung je.

Sambil-sambil menaip dengar radio kat astro. Era, Mix, Hitz. Teringat kat zaman aku belajar dulu. Kalu time PMR dulu aku stay up sambil dengar Radio Muzik (suka dengar Pilihan Bersama). Kat Kelantan masa tu Era Mix Hitz semua tak sampai lagi. Channel basic-basic je la.

Bila aku masuk Matrikulasi kat Bangi, baru la kenal radio macam-macam nama. Aku ni jenis tak keluar sangat. Basikal ada pun, kalu hari yang ada pasar malam, aku pinjamkan aje basikal aku kat sape-sape yang nak pinjam. Kirim je nak makan, nak beli apa kat diorang. Let them do the hard works for me. Haha. Nak mampos kat Bangi dari kolej Desasiswa Raja Nong Chik nak menyampai ke pasar malam Bangi tu berapa bukit nak kena redah. Sayangi lemak anda. Baik aku dok diam-diam dalam bilik tunggu order sampai. (diva!) Hujung minggu pun mana keluar sangat. Bas Bombay Omnibus tu bukan ikut jadual. Time dia nak lalu, lalu lah. Buat apa berpeluh ketiak semata-mata nak berhura-hurei kat Kajang je pun. Keluar la jugak, tapi tak selalu. Basically aku dok je kat bilik dengar radio, tido or tengok tv kat bilik tv together-gether dengan bebudak Borneo. Time tu la kenal NTV7. Kat Kelantan kan takde lagi.

Having memories about this radio thing seronok jugak. Ingat dulu malam-malam sambil buat tutorial Kimia (sebab lecturer andartu garang nak mamp** suka suruh sorang-sorang buat kat depan makan tiap malam sebelum hari yang ada tutorial kimia tu mesti aku pegi bugging sama Keronnisak Haron-dah jadi doktor pun dia skang-dia dulu kat maktab jiran cube aku, tapi kat matrik dia jadi senior aku-panjang citer) Gigih la pegi belajar Kimia dengan Keron. Berkat ajaran Keron, time aku kena buat kat depan, memang smooth je aku sembur semua yang dah dalam otak. Bukan hapal tau. Memang kena paham betul-betul la. Sebab lecturer kimia aku memang suka tanya, twist-twist soalan. Berkat garang dia jugak la, aku ingat sampai skang. Polimer aku lecturer lain ajar, maka tak garang, tak suruh buat kat depan, tak ingat lah .LOL.

Malam-malam buat tutorial penuh kepayahan sambil dengar radio lah. Kesian roomate aku 2 orang lagi tu. Kena la follow aku. Kalu aku dengar radio omputeh, diorang kena layanlah jugak. Time aku takde, diorang tukar la ke Era. Wakakaka... Aku layan jugak la kadang-kadang. Dulu Era best. Zaman yang ada Kudsia Kahar, Halim Othman, Linda Onn, K-Ril, Sealan Paul etc. 

Bila Hindustan tengah meletops tuh, ada jugak la wiken aku dengar THR. Kan ada carta Bollywood hujung-hujung minggu tu. 14 tahun dah berlalu ye..... Tua dah aku. Dari zaman gilakan citer Hong Kong, ke citer Jepun, ke citer Hindustan, ke citer Taiwan, and now Korea. 

Radio Hitz zaman tu aku ingat tiap hari 3,4 kali dok ulang lagu Rob Thomas dengan Santana. Sampai tido pun terngiang-ngiang. Best pulak citer pasal zaman muda remaja aku. 
Zaman muda-mudi pulak, kat usm aku banyak dengar Era rasanya. Tak ingat pulak. Sebab masa tu dah ada pc. Tak dengar sangat radio. Semua lagu nak dengar buleh beli CD tepi jalan. Haha. Final year baru aku layan balik Era. Tu pun sebab pakai henpon canggih pada ketika itu. Dengar radio kat henpon je la sambil tulis thesis sekerat mati tu. Lagu yang paling aku ingat meletop kat Era-Pop Ye yeh dengan Senyuman Ragamu dengan lagu Bertakhta Di Hati. Wakakaka... Sambil taip thesis sambil nyanyi. 
Now, bila nak ke pasar wiken-wiken dengar la Era dalam keta. Sungguh lain Era skang dengan Era dulu. Masing-masing ada bestnya tersendiri. Tapi aku prefer otai-otai jugak jadi DJ. Meriah tak hengat! 

Okey, dah habis cakap pasal radio. Tadi Adam bangun nak pegi sekolah nangis-nangis datang kat aku mata dia tak nampak. Panik jugak aku. 2,3 hari ni bangun pagi asyik berdarah hidung je. Habis lampu di bukanya kat bawah ni. Darah hidung dengan tak nampak, ada kaitan ke? Bila aku belek dia dekat-dekat, lerrr patut la tak nampak. Mata tak bukak. LOL.

No comments: