Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, March 19, 2013

#1005 Me Vs The Goosebumps Epic

Bonding
Facebook mengundang padah. Kat aku lah. Pernah tak korang dapat yang orang share-share, forward-forward pasal gambar dan cerita pasal pompuan yang breast dia keluar ulat tu. Aku pernah baca cerita dia tapi tak habis rasanya sebab geli sangat tengok gambar yang ada benda bulat-bulat kat miss B dia tu. (yang dia beli bra tak basuh terus pakai ke apa tu, tak ingat dah) Tatau la gambar betul or photoshop ke apa. Ada dapat tak? Pernah tengok tak? Alaaa... Yang pegang miss B dia yang look like biji teratai tuuuu.. Aisyh.. Geli la nak explain pun.

For a photosensitive epilepsy macam aku ni (pepandai je aku diagnose diri sendiri), tertengok dari time maghrib semalam sampai la ke pagi ni aku dok goosebumps naik turun-naik turun bulu roma. Gambar dia taklah ewwwww sangat. Tapi aku ada masalah dengan benda bulat-bulat dalam lubang atau bukan lubang. Bagi orang lain mungkin gambar tu biasa je kan. Tapi bagi aku, semalam adalah epic. I've been scratching the whole body, mandi syampu bagai sebab aku rasa geli geleman dan miang semacam. Kembang satu kepala rasa. Semua rasa ni bila bersatu dengan resdung, nightmare attack la. Why people keep sharing the photo? Share cerita aje ta boleh kah? Merah-merah satu badan aku semalam tergaru-garu situ sini. 

Ingatkan bangun pagi ni dah ok. Rupanya belum! Arghhhhhh!!!! Please people, stop distributing the photo! For the sake of the 'disable' people like me. You may think that you're cool if you can share bombactic photos like that. But think again. Aku dah 3 kali orang share kat fesbuk pasal tu. First and second time okaylah buleh lupa. Tapi semalam memang kesian kat diri sendiri. Susah payah nak defract dari teringat kat gambar tu, main word search kat online, tengok citer Korea (oh by the way i'm hooked to That Winter The Wind Blows now... Puan Rini tak tengokkah?) Berjaya la sekejap. Bila off pc and went to the bed, arghhhh gambar tu dok keep flashing aje kat depan mata ni... Miang lagi satu badan. 
Zaraa punya keje.
Sebelum ni, aku perasan aku takleh tengok telur semut or larva or whatever they define. Tapi takpe la effect sekejap aje. Bukan tiap hari pun kejadian buleh tengok telur semut kan. Tapi benda pesbuk ni, ko takleh nak bajet sape akan keep sharing the same story. Or it will just stop there. Or it just won't stop because everyone is soooooo caring they keep sharing on and on and on. Akulah yang jadi mangsa. Nampak gaya aku kena posa pesbuklah sampai aku rasa ok. It's creepy ok bila bulu roma kau asyik turun naik turun naik. Kadang-kadang tak turun-turun. And your hands keep scratching your scalp... Fullamak.... Betapa powernya fesbuk kan. Turning my days upside down.
Ahad tu Encik Jack pegi Tesco dengan Adam aje. Dia kata cepat sikit kalu dia je pegi. Kejamnya. Nak tengok F1 ke rushing sangat tu. Okaylah. Walaupun dia ajak pulak lepas tu, aku dah kecik ati la. So aku tulis je list apa nak beli. Bila aku tak pegi, memang satu masalah pulak. Memang la list dah tulis. Tapi certain things nak kena aku ada kat sana jugak tengok. Kadang-kadang kat umah ni tak ingat apa nak beli bila kat sana masuk aisle situ sini bila tengok baru ingat kan nak beli. 

Jadi surirumah dan ibu ni tugas bukan hanya kat umah aje. (ye, semua orang pun tahu) Macam aku ni, tugas aku termasuk kena fikir menu untuk seminggu serta benda kudap-kudapan sesuai untuk semua orang. Bila pegi Tesco tu, dah kena ada dalam kepala, imagine minggu tu apa snacks untuk anak-anak, untuk encik Jack, untuk aku. Sebab bila dah balik umah, takde benda nak makan habislah. Penang ni bukan macam Kelantan. Pagi petang siang malam snacks, desserts, main course, kuih muih ada je jual. Kat sini kena bijak la. Time keluar tu kena grab apa je yang dirasakan perlu untuk minggu tu. Nak pesan-pesan time hari keje, nanti kena marah kat orang pulak sebab tak beli time hujung minggu tu kan. Dosa akulah sebab tak pandai drive.

Nasib anak-anak bab makan minum ni semua bergantung kat aku. Kalu aku takde idea nak beli apa, kelaparanlah anak aku seminggu tu. Berat jugak tu. Walau dalam list aku dah tulis 'jajan' or benda nak makan time leisure depan tv, tapi orang lain tak tahu jugak nak beli apa. Payah la kan. Manager peringkat rumah ni begitu lah. Manager yang takde lesen keta macam aku ni la. Haha. Disebabkan aku tak ikut pegi Tesco (aku penat sebenarnya. Kalu pegi, balik nak kena masak lagi, anak merengek pun aku jugak nak kena pujuk) makanya minggu ni tak tahu la nak makan apa. Adam tu time lapar-lapar asyik sebut nak makan fishball la, fries la... Time pegi Tesco dengan daddy dia tak cakap pulak. Or cakap, tapi orang tak pernah nak ambik pot apa dia kata. Kesian jugak kat dia. Pendek kata, benda macam ni nak kena aku pegi jugak. Walau patah kaki sekalipun. Demi membela nasib anak-anak. 

Bukanlah aku condemn encik Jack. Aku paham la dia mana reti benda-benda ni. Mata orang laki pegi pasar lain dari mata kita orang pompuan. Tengok apa-apa mesti teringat apa yang anak-anak suka tak suka kan. Semua kena guna imagination la. Tak semestinya imagine apa yang dia nak makan hari tu. Kadang-kadang shopping hari Ahad, tapi aku nak kena imagine apa yang anak-anak nak makan esoknya, or untuk hari Khamis ke apa. Once dah sampai rumah kalu teringat tertinggal nak beli apa-apa kena dok diam-diam la. Else ada yang kena marah sebab lupa. Hewhewhew.. Takleh drive, kedai jauh equals to disaster. Selalu berangan dapat beli umah dekat pasar dengan kedai runcit. Senang kan. Tertinggal apa-apa takde la kena marah. Jalan kaki je. Tak payah tunggu orang bangkit tido semata-mata nak ajak pegi pasar. Boring juga bergantung pada orang ni. I learnt that. Dan jugak, aku kesian kat Adam. Tiap kali pegi Tesco dia nak main-main kat playground tapi daddy nak cepat-cepat balik. Kalu aku buleh drive, I don't mind tunggu dia main sampai puas baru balik. Kat umah pun bukan ada kawan. Yang penting, aku nak tengok anak aku hepi. Apalah sangat kan takat nak tunggu dia main je. Sedangkan benda tu membawa satu erti yang besar pada dia. 

Macam aku. Bila aku ingat-ingat balik kan, aku ada banyak memori indah dengan arwah ayah aku. Walaupun dia itu 'unik' yang sesetengah orang tak suka, tapi aku suka. Aku masih ingat, petang-petang ayah aku akan ajar aku naik basikal sampai aku pandai. Cat basikal aku mengikut warna feveret aku. (kuning time tu ewwwww!) Bawak aku tengok bola kat stadium, bawak aku pegi funfair, bawak aku tengok wayang (kat Lido okay, citer God Must Be Crazy), bawak aku pegi dye rambut hahahahaha, weekend pegi piknik dan mandi manda kat jeram Pasu and so many other things. Walaupun arwah ayah aku 'begitu' tapi dia sayangkan anak-anak dia unconditionally. Dia pandai ambik ati anak-anak. Aku nak Adam pun ada sweet memories jugak dengan aku. Aku nak Adam besar nanti ada kenangan apa dia buat masa kecik-kecik dengan aku. Sebab tu aku kalu buleh petang-petang ajak dia pegi playground (but this place is not safe anymore), bawak dia naik basikal round-round.... Itu aje la yang mampu aku buat sekarang sebab aku takleh drive kan. Frust la. Kalu aku buleh drive, nasib anak-anak lebih terbela. Buleh la nak melepak main kat game arcade lama-lama. Semua tu skang ni nak kena rushing kalu keluar dengan boss. Rumah aku cantik sangat kot sampai tak nak berlama-lama kat luar hihi.
Amacam? Ada improvement tak?
Disebabkan takde benda menarik Adam nak makan, dia mintak aku buat pretzel lagi. Tahu sangatlah dia tu bukan nak makan sangat. Lebih kepada nak main doh aje. Bila doh dah kembang, aku bagi dia main ala plastisin, seronoklah dia. Zaraa pun join sekali. Dapat tu terus uli macam roti canai hahahaha. Makan tak seberapa dah. Selalu sangat makan kan. Takpe la. Janji dapat tengok dia hepi. Bertepungan 3 beranak. Hihi. Zaraa la paling comei rupa tepung gomak dia.

Okaylah. Nak baca review That Winter The Wind Blows. How many times did I tell you aku tak nak terjebak dengan cerita yang tengah airing tapi aku buat jugak? Kanasai. Hamsab. Siao po.

6 comments:

R I N I . R A N I said...

Wow...drama terbaru ke mek? Aku lama doh tak menjebakkan diri since citer wolf boy tuh. Sbb dop jumpo citer menarik tu gak. Acu try buwi review that winter the wind blows mek. Kalu sedap, aku nok tgk etek

Blog Diva said...

rini:beh la mung. sbb tgh airing kot loni haha. mlm ni baru ep 12 kat Korea. kim bum pun ado yang oiii... lagi hensem pado male lead!

zahira said...

Sama la mcm abg long. Kalo gi tesco walaupun dah bagi list tetap call tanya!

zahira said...

Sama mcm abg long. Kalo pegi tesco beli brg dpt tetap call even dah kasik list. Tapi bila dia yg pegi brg sure bertambah dari list :)

Blog Diva said...

kak long:kalu reti call xpe jugak. ni, beli hp mahal2 nak sms/call punya la payah.....

mujur la brg brtmbh dari list.pandai jugak abg long shopping brg dapur ;p

Cikgi Diva :-) said...

Nujaid supo zara segalo mok nenek g buh dale sink...hotwheels blocks mace2..mujo sink dry kitchen je nyo gi.