Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, March 24, 2013

#1006 Me Vs Whatsapp

Happy weekend for all the weekenders! Seronok tengok kat fesbuk (aku dah mula memberanikan diri bukak fesbuk dengan penuh berhati-hati agar gambar yang bikin aku sawan tu dapat dihindari) gambar-gambar orang pegi makan angin situ sini. Cuti sekolah dah mula. Petang karang encik Jack pegi Shah Alam lagi. Ada meeting kat Putrajaya esok. Mula-mula ingat nak ikut. Tapi bulan ni posa baru berapa hari. Banyak benau dah mengelat posa. Aritu kan pegi Aquaria bagai. Pastu period. Pastu minggu ni la baru nak start posa ganti balik. Oh posa ganti ku... Sempat ke nak habis sebelum Ramadhan kembali menjengah. Bulan depan nak pegi meminang pulak. (macamlah aku ni backup pasukan berbalas pantun meminang anak orang!) Haih... Sesak napas dah aku.. Macam tak sempat je habis ganti. Tak tercapai jugak la score aku untuk tak bayar fidyah. Kena jugak la kot nampak gaya. Kalu posa straight seminggu tu memang sempat la habis. Tapi aku la tak larat. Nak-nak pulak kalu hujung minggu aku sorang je yang posa. Semua orang tak kira yang tua, yang kecik merengek nak makan itu ini. Kepenatan la orang posa nak cater kehendak semua orang tak posa. 
Kelmarin satu hari peanut overdose. Somtam, kuah mak bee, kuah kacang satay. Umah pun dah rupa bomb lab. Hahaha... Beli betik muda kat pasar. Sagat la sebijik konon-konon macam tamak haloba sikit-sikit tak cukup kan. Bila habis sagat tu, tengok menimbun satu besen tu, sape nak habiskan. Terus menyesal. Hahaha.. Dah la fridge overload. Hajat hati nak bua popia terpaksa diposponkan. Takde ruang dah nak simpan. Bila la peti nak bertukar ke yang lebih luas ruang penyimpanannya. 

Tukar topik sat. Aku sebenarnya taklah rasa ketinggalan dok guna henpon yang ada camera aje. Takleh surf, takleh tweet, takleh whatsapp segala. Dengan syarat tak dok dengan orang lain la. Bila dok sebelah budak sekolah yang pakai S23, Note 34... Memang rasa diri ini kecil la. Belum citer anak aku yang kecik ni pegang henpon aku gaya slide-slide atas skrin macamlah henpon aku ni touch screen. Kan aku dah cakap, aku perlu henpon yang buleh on camera in one click aje. The faster the better. 

Dan aku tak sedar pun chatting kat fesbuk dah ketinggalan zaman. Sampai lah dah 3 orang tanya aku ada whatsapp ke tidak. Hahahahaha... Nampak sangat kalu chat ni orang dah tak nak layan aku. Okay everybody, aku takde whatsapp. Pengumuman nih. Aku memang tak canggih. Nak beli gadget pun takut feeling tak macam feeling menaip kat keyboard yang maujud bak kata Cikgi Diva. Yes, aku masih prefer keyboard yang maujud thank you. Aku melawan arus dan aku sedar. 

Sobs... Orang dah tak nak layan aku chatting dah... Jiran lama pun leceh dah nak chatting. Asyik nak whatsapp aje. Ntah la. Aku pun tak fasih menatang whatsapp ni. Mungkin kalu aku pengguna smartphone, aku lagi aktif berwhatsapp dari korang. Tu la yang aku takut sangat nak beralih ke smartphone tu. Takut makin terabai anak-anak pun ye. Yang sorang pakai smartphone tu pun anak-anak dah macam cakap dengan dinding. Kalu aku pakai lagi la kan. Kesian kat anak-anak la. Baik aku guna henpon biasa je la. Takat call in call out dengan sms aje. (sms pun orang tak nak layan dah zaman skang ni huhu) 

Aku membayangkan aku akan musnah dan punah kalu ada smartphone. Mesti kejap-kejap nak online. Kejap-kejap nak cari resipi la, surf gossip la, tengok citer korea la. Terlalu mudah untuk akses internet pun bahaya jugak bagi aku. Kalu guna pc ni, at least ada la jugak halangan-halangan yang membuatkan aku berfikir panjang untuk online. Ada la masa jugak nak spend dengan anak kan. Yang paling penting, anak cakap apa, aku buleh bagi perhatian. Penting tu. Kesian kat anak. Nanti dia kecik ati hari-hari aku angguk-angguk aje tiap kali dia cakap apa. Tapi tak masuk pun dalam kepala apa dia cakap. Setakat ni alhamdulillah, walau khusyuk tengok citer korea cemana sekalipun, kalu anak-anak cakap, memang aku dengar.

Tapi apa perasaannya bila pakai smartphone ye? I wonder. Dulu-dulu masa zaman henpon baru nak ngetop, tak ramai lagi pakai henpon. Tengok orang pakai henpon punya la jeles. Bila dah berpeluang pakai henpon sendiri tu awal-awal memang la rasa WOW....AKU ADA HENPON LA... Rasa macam dunia ni aku yang punya je. Rasa dah tak perlukan apa-apa dah. Punya la besar pengaruh henpon masa tu. Tiap hari dok test ringtones yang mana best, mana tak best. Ada ringtones yang pelik-pelik pun dah rasa macam nak show off.  Bila ada call in, rasa nak angkat lambat-lambat biar orang tahu aku ada henpon bila orang dengar ringtone aku. Zaman tu la. Ada ringtone poliponik pun dah kecoh satu bilik. Ketika itu lah. 

Apa pun, henpon aku ni akan pencen jugak satu hari nanti. So far, alhamdulillah henpon aku masih menunjukkan ciri-ciri nak hidup lama lagi dengan aku. ;p (so does this laptop; yang mana dah banyak kali mengacah aku dengan suicidal actionnya) Tapi bila henpon dah sakit nanti, I wonder henpon apa pulak yang sesuai untuk aku. Bila laptop sudah betul-betul die nanti, nak beli ipad or still stick to laptop version? Masih lagi hot debate peringkat diri sendiri. Time henpon rosak buzzer baru ni, encik Jack dah nak belikan aku smartphone secondhand. Tapi aku tak nak. Bukan tak nak sebab second hand. Tahu-tahu la aku yang klasik ni. Haha. Mana la nak cari bini zuhud macam aku ni kan. Dah la tak jangok, tak reti nak habiskan duit laki ke arah benda bukan-bukan. Aku rasa aku banyak habiskan duit encik Jack mostly ke arah makanan. Ye, aku makan benda kelas dunia. Kelas akhirat macam mana? Hahaha... 

Atau, memang dah sampai masa pun lepas ni kena pakai smartphone. Bila henpon aku ni rosak, agaknya semua henpon call in call out dah memang pupus selama-lamanya. Dah takde chan nak melawan arus dah... Puan Menteri pun dah kena beralih ke smartphone jugak la kot. Nanti nak whatsapp dengan cucu-cucu utara selatan.. Dulu buleh video call. Now can skype. Ke apa lagi canggih? I am so 2000 okay.. 

Hari ni Encik Jack request nak makan bakso. Cari resipi bakso la nampak gaya. Kelmarin beli beefballs Ramli kat Tesco. Nak mengetest la apa rasanya. Dok citer bakso kat Madinah sedap liao. Matilah nak kena jadi bibik Jawa hari ni. Okaylah, nak pegi mencari resipi. Pyong~!

2 comments:

Cikgi Diva :-) said...

Haha memey lebih puas guna keybod yg maujud...tp kena ikut jgk perkembangae tekno...dun wori mek.ada semakfon skalipun mesti anok x terabai..aku sokmo online sambil nyusu anok jah..ni pun nujaid baru jenero...haha.jgn jadikan teknologi sebagai penyebab kealpaan...jadikan tekno sebagai medan utk mendpt maklumat dan ilmu..sorry i ni IT graduate!!!!do whatsapp me ya when u have one ;-)

zahira said...

Org skrg suka whatsapp sbb free. Sms kena bayar :)