Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, March 26, 2013

#1007 Me Vs Simple Bakso

*****!!!!!!Baru meroyan pasal gambar tetek berulat kan baru ni. Baru nak kompiden bukak-bukak fesbuk, nah arini ada pulak orang share gambar tu... Wekkk.... Super geli-epilepsy datang lagi. Bila aku kata geli, I really mean it. Tergaru-garu, goosebumps and rasa ada benda merayap-rayap atas kulit kepala... Eeeeeewwwww!!! Come on la people... Stop sharing!
Ini projek masak-masak hujung minggu baru ni. Encik Jack beli beefballs kat Tesco. Balik rumah dia cakap nak makan bakso. Aku suka bila dia request nak makan apa. Senang, tak payah perah otak nak pikir nak masak apa kan. Mak google je lah resipi. Mula-mula tak konfiden sebab bibik pernah bagitau aku, nak buat bakso guna banyak jenis rempah dan blablabla. Tapi bila google, satu Malaya bagi resipi yang sama which is so simple one. Alah, kalu  korang hit 'resipi bakso' kat google, mesti mostly keluar resipi yang start dengan 3 ulas garlic tu. Tak caya try google. Haha. Aku guna resipi tu la. Aku kan mana minat resipi payah-payah and banyak pakai bahan ni... Try google resipi bakso ori dari Indon, memang tak paham aku istilah-istilah Indon. Pakai resipi satu Malaya tu je la.
Gigih la aku masak. Siaplah jugak secara simplenya. Encik Jack angguk-angguk sedap. Booooleh la kan. Dulu kat Tronoh masa pregnant kat Adam aku punya la mengidam nak makan bakso. Tak ingat pulak nape aku tak masak sendiri. Masa tu blog masakan tak banyak macam skang kot. Banyak aku tengok kat myresipi.com je. Aku pun zaman tu tak panjang akal sangat bab-bab surfing ni. Reti bukak friendster dengan ym aje! ;p 

Yang jadi mengidam tu sebab masa aku honeymoon kat Jakarta tu, banyak kali pekena bakso kat sana. Memang taste like heaven lah! Tu yang time peknen asyik teringat nak makan bakso sangat tu. Pegi Jusco Ipoh, makan kat food court bakso dia sangat tak sedap. Rasa bihun sup bodo aje dengan fishball. Sangat la deceiving. Sampai ke sudah tak merasa nak makan bakso sedap. Basically kalu bakso beli kat food court or gerai tepi jalan, memang rasa dia sama aje. Rasa bihun sup bodo tu la. Tapi ada hati nak mengaku bakso.

Ada satu gerai jual bakso sedap tak hengat yang aku pernah makan dulu.. Masa kat USM. Depan Pusat Racun. Memang Indon ori la yang jual. Tak ingat pulak yang aku makan sedap tu mi bakso ke wantan ke mi ayam nama dia. Tapi memang sedaplah. Kuah dia memang rasa Indon style. Tukang masak memang pure Indon lah. Skang dah takde. Tatau dia niaga kat mana. Diorang niaga style guna lori kecik tu la. Bukak kepak kiri kanan, masak atas tu. Waaaaa.... Ke mana diorang bisnes skang ye... Sedap betul...
Tu dia.... Gambar merangkap testimoni sedap tak sedap bakso aku. Kahkahkah... Lenkali buleh buat lagi since resipi ni not bad lah pada tekak aku. Beefballs cap Ramly yang Encik Jack beli ni pun sedap. Boleh diterima tekak aku la. Kalu nak buat beefball sendiri, aku rasa aku buat tak sesedap ni. Serba serbi terlebih pun tak sedap kak.. Beefballs ni kalu ada urat-urat (tendons) dalam ni, rasa agaknya lagi sedap. Like meatballs kat Golok tu... Fullamak.... Chewy la sket bila gigit tu...Kalu nak buat sendiri, make sure insert tendon parts tu banyak-banyak... Gerenti sedap.