Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, March 4, 2013

#999 Me Vs Bad Dream

Apa yang korang buat kalu terbangun dari mimpi buruk? Ludah di kiri? Istighfar? Selawat? Semalam terjaga 2 kali Zaraa muntah kahak. Hasilnya, pagi ni hasrat nak bersahur adalah terbabas ke pukul 5.32. Lupa nak set alarm. Sempat lagi kalu determine nak posa kan. Tapi rasa mengantuk dan malas la. Jadi aku pun tak bangkit dan meneruskan tido.

I had a bad, worst dream. Bangun dengan perasaan yang real. I know. Mimpi mainan tido aje kan orang kata. Tapi kebetulannya, sebelum ni aku pernah la mimpi buruk. Tak lama lepas tu memang betul-betul jadi. Terkesima aku. So, kali ni bila bermimpi buruk lagi, aku terfikir jugak apakah alamatnya. Tiba-tiba feeling Final Destination 1,2,3,4 kan. Yepp. Rasa kena berjaga-jaga.

Sebelum ni aku bermimpi buruk pasal Zaraa la. And the real bad thing happen pun kat Zaraa. This time, pun mimpi pasal Zaraa jugak. Apakah? Huhu... Nauzubillah. Tak boleh ingat mimpi aku semalam. The most nightmarish dream for mommies. Takotnyeeee~~~~ Dah la semalam tertengok gambar budak kena gelek tayar keta bapak dia. Dan tertengok video bibik lambung bayi kat TV3.. Oiii... Aku tak boleh la tertengok benda-benda macam ni. Terbawa-bawa trauma. Ya Allah, jauhkanlah segala bala bencana dari kami sekeluarga amiinn...

Meh distract diri sendiri. Innopest ada datang visit 2 minggu lepas. Umpan terakhir yang dia pasang last time tu pun masih tak terusik. Aku korek lubang sikit pun sebelum tu pun tak tertutup balik. (kalu anai-anai tu ada, memang dia akan seal cepat-cepat) Makanya, kotak umpan dah diremove. Buat masa sekarang, kitorang isytihar umah kitorang ni free from termite. For now lah. Takde orang pun buleh predict what will happen next. Kot-kot nasib tak baik koloni lain pulak yang datang kan. Harap-harap dah takde jodoh la dengan anai-anai ni. Next Innopest visit adalah 4 bulan lagi. 4 bulan lagi kena ulang buat full inspection lagi la.  Sekali dengar macam mahal je kena bayar kan. Tapi tak. It's just RM80+ aje sebulan kalu nak kira. Nak tak nak, kalu sayangkan harta benda dan rumah, hire je la kan. 

Anak-anak aku dua orang ni menunjukkan milestone yang positif dalam minggu ni. Takde buat apa pun yang special. Tapi aku rasa seronok la bila Zaraa dah banyak buleh sebut. Walaupun tak boleh sebut sepenuhnya lagi, dapat sebut yang hujung-hujung pun jadi lah. Sangat lucu suara dan sebutan dan reaksi memek muka dia bila dia refuse apa-apa, dia geleng kepala sungguh-sungguh sambil pejam mata dan kata 'cei'. 'cei' as in toksei in bahasa kelantan means tak nak. Hihi. Cute dowh!
Kalu time dia makan apa-apa, Adam lalu, cepat-cepat offer kat Adam 'Ni, ni, ni...' sambil hulur benda yang dia makan tu kat Adam. Abangnya pulak garang semua benda memang tak nak makan. Asyik kena marah je la Zaraa kalu dia offer apa-apa. Kesian Zaraa kan. Tapi Zaraa senyum je walau her brother turn her down.

Zaraa skang suka panggil aku Memei Suhaiza. Kahkahkah... 'Memei, memei'.... Daddy pulak dedei... Banyak lagi la words dia buleh sebut hujung-hujung (roti, kunci, buka, kein ((kain)), lompat, pecah, ball, air oren, susu, kasut, pokok, kereta, satay, fish, pampers, jagung, kek, buah etc) Hoi suka benar makan satay. Terbukti cicit Mok Sopi.

Pantang jumpa apa-apa yang boleh dikoya macam telefon, terus letak kat telinga sambil mulut sebut awu awu awu (hello hello hello). Pastu drama cakap telefon tak boleh blah yang aku nak tergelak tengok. Ye-ye la angguk-angguk sambil mata pandang sana sini tangan eksyen gitu gini ye-ye la macam gaya orang gayut telefon. Pandai la drama dia ni. Tengok Adam main game pun camtu jugak. Ni-ni-ni dok ajar Adam suruh tekan situ sini. Selalu la kena marah kat Adam sebab menyibuk kan.. Hihihihi...

Part buleh cakap tu seronok. Tapi pening jugak kalu buleh sebut satu sebutan tapi refers to so many things. Contoh, dia sebut 'shuuu'. Kasut pun dia panggil shuu (shoe), susu pun dia sebut shuuu jugak. Bird dengan ball pun lebih kurang jugak bunyi dia sebut. Mak pening lah. Kadang-kadang aku kompius dan dia bengang giler aku tak paham apa dia kata. Hahaha.. Nasiblah. I'm learning your gibberish, Zaraa. I follow!
Barbie time with daddy. Uh-uh-uh...
Sehari dua ni dia mode girly-girly sket. Jumpa clothpeg, kasi aku suruh sepit rambut dia. Sangat Lee Su Yeon lah kamu! (in I Miss You) Dah boleh dah klip rambut dia 10 minit. Achievement la tu! Semalam pun ambik head band suruh aku or daddy dia pakaikan. Lekatlah barang 15 minit. Achievement, achievement. Rambut pun nak sikat-sikat. Dah tak tahan dengan rambut sendiri yang makin subur kot? Kahkah..
Sabtu tu encik Jack ada dinner kat kampus. Aku dengan anak-anak je la santap di rumah. Adam order nak mihun kuning ( bihun sup utara bihun tu celur dengan air kunyit jadi kuning) So, dinner makan bihun kuninglah semua 3 beranak. Terkejut aku tengok Zaraa buat bottom up slurrrp macam kat atas ni. (bottom up  lah walaupun atas meja bersepah) Mana dia belajar hirup angkat mangkuk macam ni tatau la. Tengok citer Korea dengan aku kot. Haha.

Cakap pasal citer Korea ni kan, kelmarin aku dah berjaya meracun encik Jack tengok A Werewolf Boy dengan Psychic. Wakakakaka... Selalunya dia jelir aje kalu movie selain Hollywood. Berjaya mempengaruhi dia tengok adalah satu pencapaian bagi aku. A Werewolf Boy adalah sangat best! Walaupun sedih. Sedih-sedih sedap buleh?!
Adam pulak, semua benda nak speaking. Tapi ayat tunggang langgang lantak la. Bagus la kan. Tatau la apa cikgu dia spelek kat sekolah sampai dia berminat macam tu skali nak speaking. Tinggal kitorang la nak kena brush up english dia. Sepatutnya semua orang pun speaking kat umah lagi bagus kan. Mari kita tunggang langgang together-gether. Balik sekolah, cikgu cakap dia makan nasi kat transit. Bagus lah. Kat umah skang ni payah benar makan nasi. Dia makan banyak sekarang ni. Tapi syarat; selain nasi lah.
 
Trend terkini dia skang, nak makan jagung bakar. Aritu pegi pasar malam beli jagung bakar habislah dia makan sorang. Tapi jagung fresh ni payah la nak beli banyak-banyak. Kat pasar pun tak selalu ada. Kelmarin kat pasar ada 5 jantung je orang jual. Rezeki dia lah. Bawak balik umah buat eksperimen guna magic grill versus perangan oldskool. The winner is cara oldskool. Magic grill ni sesuai untuk benda-benda lembab aje. Yang kering-kering dia lambat sket masak. Budak dua beradik ni berebut makan jagung bakar. Kesiannya dok Penang kan. Kembali ke zaman perang.

No comments: