Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, April 1, 2013

#1008 Me Vs Alien Alert!

Aku sebenarnya berkobar-kobar nak citer pasal UFO kat Bukit Bakar baru ni. Tapi aku sedar, takde gambar bukti takkan membuatkan koran percaya. Walaupun 2 orang dah menyaksikan dengan mata kepala sendiri. Tapi takpe la. Aku citer lebih kurang je la. Up to you nak percaya ke tak.

Sebenar-benarnya korang percaya tak kewujudan aliens? Secara peribadinya, disebabkan si pencerita adalah BIL aku sendiri, maka tidak ada sebab untuk aku tidak mempercayainya. aku percaya lah. Sebab? He's not driving under influence, has wide knowledge about motorized vehicles, sane, and he's not the only one seeing it that night.

Citer luar biasa ni berlaku Khamis malam Jumaat baru ni. Dalam kul 12-1 pagi gitu la. Malam yang sama aku balik KB. BIL cakap malam tu bulan terang, and yes it's true. Masa aku lalu ikut Grik yang gelap gelemat tu memang buleh nampak cahaya bulan purnama terang benderang. Masa tu BIL aku ada urusan bisnes nak ke Perak. Pergi dengan lori 3 tan dengan kawan dia, Mat Hassan. Disebabkan tempat yang nak dituju lebih dekat ikut Cameron, maka BIL aku memilih untuk lalu ikut Kuala Krai la instead of lalu ikut Grik. Lalu la ikut jalan alternatif Bukit Bakar tu.

Bila lalu ikut kawasan hutan getah kiri kanan jalan yang sunyi jauh dari kawasan rumah orang tu tetiba dengar bunyi yang kuat, teramat kuat. BIL nampak ada satu flying object yang teramat besar, warna hitam, bentuk macam simpang empat ada bulat kat tengah-tengah (almost body macam ketam tu la), terapung statik kat udara. Kat bawah perut object tu kelihatan cerah cahaya putih. Mula-mula terlopong sambil pegang stereng. Tak puas hati nak tengok dengan lebih dekat, BIL stop la lori dia kat tepi jalan. Dia dengan Mat Hassan cepat-cepat turun nak ambik gambar la konon-konon. Belum sempat capai henpon, object aneh tu slow-slow beredar. Slow-slow then pecut zzzoooooooooouuuummmm.... 

Time BIL aku turun dari lori tu, bila ada keta yang lalu lalang, dia tunjuk-tunjuk la kat atas langit nak suruh orang lain tengok sama. Tapi driver lain buat tak tahu je. Or memang tak nampak. Or tak menzahir kat mata diorang. Kebingungan BIL aku dengan kawan dia tu. Kalu nak kata man-made air craft, mesti ada lampu merah biru kelip-kelip kat bawah kan. Objek tu takde. Pastu pulak, kalu jet ke kapalterbang ke, mesti kita buleh identify mana kepala, mana ekor. Yang ni tak boleh nak tahu mana satu. Cara terbang tu pun pelik, sambil mengiring. Pendek kata, BIL aku cakap memang canggih gila la teknologi dia. Bunyi tu pun dah lain. Laju pun sekelip mata. Kalu nak kata dia berimaginasi, abih tu yang kawan dia nampak jugak tu?

Ingatkan berlaku sekali tu je, masa on the way balik dari Perak, sekali lagi berlaku. Tapi tak nampak cuma dengar je bunyi benda tu lalu. BIL kata, dalam tengah hutan getah tu kalu bunyi cengkerik mesti bila makin lama makin slow bila semakin jauh kan. Yang ni tak. (payah la aku nak eja bunyi sound effect yang dia buat tu kat sini) BIL aku tu tak berani nak citer kat orang takut orang kata dia gila. Tapi takkan la 2 orang buleh gila pada satu masa? Sayang kan tak sempat nak ambik gambar.

Ada tak orang Bukit Bakar kat sini yang baca blog ni....... Agaknya malam tu kul 12 lebih tu ramai yang dah tido tak sedar. Kalu dengar dari dalam rumah pun sure assume bunyi flight aje yang lalu kan. Orang Bukit Bakar, ada sesapa yang nampak tak?

So, after reading this, what do you think? Is this acceptable?

2 comments:

Cikgi Diva :-) said...

wut do u think?

Blog Diva said...

aku sero jolo doh UFO.means memei wujud la.