Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, April 1, 2013

#1009 Me Vs Di Ambang Kegilaan

Khamis lepas kitorang balik kampung lepas encik Jack habis keje. Lepas Asar bertolak. Encik Jack yang ajak balik, bukan aku. Puan Menteri dengan Nik Pareh semua bajet aku lah yang buat muka sedih mengajak encik Jack balik. The truth was contrary okay. Encik Jack cakap seminggu dua ni stress sangat keje, need to find his comfort food lah kat kampung. Lagipun Nik Pareh dah nak balik Kontan esoknya tu. Sempatlah malam tu jumpa semek kalu dia tido lambat.

Tayar pecah lagi kat Bukit Bunga. But alhamdulillah la time tu baru kul 9 malam dan kena pulak betul-betul sebelah kedai makan. Area pun hapening dan terang benderang. Tak macam yang tahun lepas kena dalam hutan takde manusia gelap gelita tu. Alhamdulillah, kejap je encik Jack tukar tayar. 15 minit pun tak sampai kot. Dukung Zaraa tepi jalan tu pun tak sempat nak rasa lenguh dah siap pasang tayar. Alhamdulillah. Sampai kat KB baru tengok tayar yang pecah tu. Tertusuk serpihan aluminium sepanjang sejengkal dan setebal seinci. Fulamak. Patut la pecah terus.
 
Aktiviti kat KB adalah melawat kawan aku bersalin dengan jumpa Kama kat Panji sesambil Puan Menteri nak tempah puding dengan dia. Woh best. Aku dapat makan goreng pisang nangka dengan tapai ubi kayu... Peh... Rezeki, rezeki. Dapat pulak pisang nangka yang keras-keras lagi... Extra suka! Banyak kali dah balik KB tak jumpa kan. Sekali dapat haruslah tak lepas makan sampai puas. Alhamdulillah... Memang tak puaslah makan pisang nangka. All time favourite. Yang keras-keras aje. Yang lembik aku rijek.
Hari Sabtu aku keluar shopping dengan Puan Menteri. Budak-budak encik Jack jaga kat umah. Sungguh tenang bershopping tak hengat tanpa bebudak riang ni. Tambah pulak kalu bos merangkap banker kau sudi menopap isi purse ;p hihi. Tima kaseyh encik Jack! Tujuan utama keluar sebab nak beli tudung. Dah bertahun rasa tak beli tudung. Dapat peluang macam ni heaven sangatlah rasa! Puan Menteri masuk Nirwana, aku masuk Zaleha. Skang ni shopping tudung senang kat Zaleha aje since dia bukak cawangan kat depan HUSM ni. Tak sure la harga mana murah compared to atas pasar Siti Khadijah. Aku malas nak jalan jauh. So, kat sini senang je la. Park keta, then masuk terus. Beza seringgit dua ku pejamkan mata membayar sahaja.
Tudung madness!
Kebetulan time aku pegi ni stok tudung tengah banyak. Oh my. Aku di ambang kegilaan. Semua cantik je kat mata aku.  Berjam-jam spend masa mengetest tudung satu-satu sementara tunggu Puan Menteri setel shopping dalam Nirwana tu. Puas hati la. Puan Menteri setel pun aku masih tak habis mencuba lagi. Punya la gila shopping hari tu. Aku beli yang biasa aje. Jenis yang ada brooch kat depan tu aku tak minat. Meriah sangat. Rembat 4 helai je yang berjaya. Looking for red in colour tapi tak jumpa yang berkenan. At least dapat 4 ni pun jadi lah. Dapat pakai untuk pegi meminang bulan depan ni pun dah cukup baik. Langkah kanan betul kali ni. Alhamdulillah.
Sebelum balik Apal, encik Jack nak pekena mi celup feveret dia, tapi tutup. Singgah kat mi celup Limbat tu pun tutup jugak. Huhu... Balik kali ni memang tak jumpa mi celup. Takde rezeki. Rasa macam tak lengkap pulak kalu balik KB tak jumpa mi celup. Kena balik lagi la nampak gaya.
Balik kampung lah selalunya aku perasan perubahan cuaca. Kat Penang ni kan selalu dok dalam rumah  je. Hujan pun tak dengar kekadang. Bila balik kampung asyik keluar situ sini baru tahu cuaca negara sekarang macam mana. Owh, panas terik sekarang kan? Balik Apal encik Jack ajak semua pegi bersejuk-sejuk kat waterfall. Lata Belatan la mana lagi. Kali ni MIL, baby Riduan dengan Huda join sama.
Budak 2 orang ni memang sampai-sampai terus jump in splash and dash. Budak Riduan tu je takut air. Celup sekali terus nangis-nangis mintak angkat. Orang main air, dia tido.
Zaraa skang dah pandai navigate ferrari ni. Puan Menteri seriau tengok dia meluncur kat celah porch takut calar keta. Tapi she sails smoothly.. Pandai cilok kiri kanan tak langgar apa pun. Terer tak... Anak driver F1 la katakan...
Bonceng Adam pun dia buleh.
Tak  puas weh balik kampung.... Hujung bulan ni nak join rombongan meminang. Emas tengah murah skang ni kan. MIL aku dah siap borong barang kemas untuk bakal menantu baru dia. Satu untuk hantaran, satu untuk meminang/merisik. Terliur tengok bling-bling ni. Tapi yang ada ni pun dah cukup menakutkan tiap kali nak bawak bebudak pegi main playground. :p Hihi..

4 comments:

zahira said...

Bestnya balik kampunggg!!!!

Blog Diva said...

kaklong:kalu semua ada lagi best! kaklong tak balik kg pun xpe, hujung bln ni kan mok nak berkampung kat kl ;p

mommyNadia said...

Mak Sue nak mari KL, why why why ??*bunyi nyibok gitu ala ala* haha..mana tahu mari nak merisik for Hilal. Wink!!

Btw, beso dah anak dara mek..comeyy je bnyk pokok nyior atas pale..

Blog Diva said...

nadia: tarikh belum tetapkan lagi. depends bila tarikh mengundi kot.. haha...