Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, April 8, 2013

#1011 Me Vs Fardhu Ain

Good monday! Makin hari makin takde idea nak mengarang blog. Ramai blogger-blogger pun dah semakin menuju ke kepencenan. Aku pun makin meragui ke mana sebenarnya arah tuju blog aku ni. Ikut arus je lah ye. Kelmarin adalah hari grocery shopping aku. Lepas balik kampung haritu memang tak pegi pasar pun. Sepanjang minggu makan je apa belen dalam fridge. Nasib baik la sebelum balik tu aku membeli-belah tak hengat (ada jugak la situasi aku tak sedar diri membeli-belah sampai penuh peti tak habis makan pun seminggu tu). Menjelang Jumaat, semua stok makanan telah habis. Ada la ikan, tapi makan ikan je dengan nasi rasa tak best pulak. Ehem... Tak reti bersyukur.

Jumaat, Sabtu... Ada la 4 kali (lunch + dinner) kena tapau or makan kat luar. 4 kali makan makanan kedai ni membuatkan aku rasa tak selesa betul. Sedap memang la sedap. Tapi deep down my heart rasa macam something je... Guilty, membazir, serba tak kena, macam-macam la. Darat giler kan makan kat luar manjang ni. Tatau la cane orang keje tiap hari makan luar (lunch opkos la kena makan luar kan) pastu weekend makan luar jugak. Aku ni jenis homey kind of person. Tak reti la aku nak makan luar lebih dari sekali. Mesti berkira-kira banyaknye duit dah belanja untuk makan tu. Entah-entah buleh cover belanja dapur seminggu sekali bayar tu. Hihi... Darat kan. 

Walaupun aku selalu masak tak sedap, tapi aku selesa dengan masakan aku (yang tak sedap itu kahkahkah).  Daripada makan sedap pastu rasa menggigil jari jemari nak membayar kan hihi... Disebabkan 4 kali terus-menerus makan luar, kelmarin dapat grocey shopping sendiri tu haruslah aku membalas dendam kan. 
Hajat di hati nak makan kerisi masak tempoyak tapi apakan daya kat pasar takde ikan kerisi fresh.. Kat Tesco jumpa jenahak sekeping yang agak fresh. Boleh la. Dalam internet ada jumpa resipi orang pakai ikan jenahak untuk buat masak tempoyak. Emmm, wahai orang Kelantan yang bijaksana, jenahak ni apa nama manja kat Kelantan ye? Let me know someone please.
Tupat sutong ni tak plan nak buat pun. Bila tertengok sotong  kat pasar teringat minggu lepas ada orang tu beli sotong fresh-fresh konon nak buat ketupat sotong kat menantu dia, tapi sebab busy menguruskan party tupperware nasik berlauk yang bakal berlangsung keesokan harinya tu, langsung tak sempat buat.(tak baik memberikan harapan palsu) Buat aku kecur liur je! Nasib baik lah benda ni aku ada la jugak kemahiran sikit-sikit nak masak. Buleh la rasa time-time kebulur nak makan tu. Hihi..  Aku beli 6 ekor je. Tak boleh beli banyak-banyak. Nanti dengan aku-aku sekali tak sedari diri melantak haiwan berkolesterol tinggi ni. 
Lauk biasa-biasa aje. Selalunya balik dari pasar kena pikir menu yang simple-simple sebab dah penat gaban membeli-belah berkejaran, drama pujuk anak berguling nakkan something yang mak dia tak approve nak beli, bimbit plastik sayur daging, buah penuh tangan sambil heret anak haha.... Encik Jack tanya Adam apa benda dalam mangkuk purple kat atas tu. Guess what. Dia jawab kacang pis. Hilir sungguh anak jantan aku. Wakakakakkaaaaaa.... 

Bila anak dah usia nak masuk sekolah ni, menetap di kejiranan rata-rata bukan Muslim ni memang teruji. Aku dah lama pikir pasal ni. Sebelum beli rumah lagi aku dah bising membangkitkan isu ni. Tapi apakan daya, bos mau jugak dok sini. Skang ni aku susah hati la mana mau hantar anak mengaji quran, mana nak hantar anak pegi sekolah. Dok di kawasan yang payah transportation ni memang semua payah la. Pokok pangkalnya aku memang kena driving sendiri la pasni. Sungguh tak syok dok dalam area highway ni. 

Time-time macam ni la teringat betapa bestnya dok kat kondo dulu. Sekolah tepi rumah. Masjid jalan kaki pun boleh. Nak hantar mengaji pun jalan kaki je. Semua dekat. Pendek kata, bab fadhu ain anak memang tak perlu risau mana nak hantar. Kat sini, semua jauh. Huhu. Bila la nak ambik lesen ni. Ambik lesen pun belum tentu berani nak bawak. Bawak sambil pejam mata buleh?

Bab macam ni memang buat rasa kesal sangat-sangat la dok sini. Aku suka je dok sini. Tapi itulah.. 

4 comments:

zahira said...

Kuatkan semangat. Amik jer lesen. Maksu najib yg umur 60 pun boleh drive walaupun slow giler, kekrkeke...sure boleh punya.

Cikgi Diva :-) said...

Tolong jgn berhenti menaip! nati aku nk baco gapo utk release stres...haha.

Blog Diva said...

kaklong:sokmo imagine kalu ada lesen nanti pun, tiap kali lori lalu kat sebelah sure pejam mata takot!haha

mah:yo la tidok la aku kato nok resign blogging.tp tu la...aku sudah mula merasakan kehambaran...x ramai update kot loni sebab tu sero x meriah tu.

berjolo la...blog org lain blanar la stakat nok rilis tensi tu.

jie @ azie said...

ambik lesen teh..honestly payoh nok gerok kalu tok panda keto. terpaksa nak harap kok ore. aku dulu pun lambat ambik lesen, ambik pun sapa 3 kali test baru lepas, hahaha. lo ni lagi sene, ado lesen keto auto.
mulo2 meme takot, mace2 imaginasi hok tok molek. kuatkan semangat mek.