Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, April 10, 2013

#1012 Me Vs Milestone of Knowledge

Durian crepe dah hilang fofulariti ke skang ni? Kat pesbuk dah lama tak nampak. Skang ni apa pulak makanan mainstream kat pesbuk ye? Aku memang slow bab-bab makanan luar biasa ni. Kelmarin dapat ilmu ensiklopedia makanan kat pesbuk. Crepe cake. Kalu tak tertengok dalam fesbuk memang haramjadah la aku tak tahu pasal kewujudan nama-nama makanan ni. 

Dah banyak minggu teringin nak makan durian crepe dengan pavlova. Kat Kelantan, tepi jalan pun ada orang jual. Kat Penang ni aku dok cari tak jumpa-jumpa lagi. Kelasnya usahawan di Kelantan kan. Kat sini bukan takde orang ambik tempahan benda-benda tu. Tapi big portion nak buat apa. Takat aku sorang je nak makan. Emm tapi kalu durian crepe, Zaraa akan sudi jadi rival aku ;p Nak makan! Nak makan!

Hari ni posa lagi. Bangun sebelum sahur tu berbelah bagi nak posa ke tak nak. 2 kali tekan snooze. Oh bila la nak habis ganti ni... 22 hari lagi. Kita posa Ramadan start 10 Julai. Disebabkan banyak sangat masa kat umah, aku dah buat research pasal posa Ramadan tahun ni. Start 10 Julai. Kalu kat Penang, mengikut takwim paling lewat waktu berbuka ialah kul 7.38 malam. First day posa lah tu. Yang paling awal pulak 7.35 malam- last day posa lah... Julat 3 minit je? Ye. Terimalah kenyataan T_____________T Kalu nak ganti posa, korang start bulan November ni. Sebab bukak posa kul 7.01malam (waktu di Penang harap maklum) Hahahaha... Kalu nak awal lagi, pi posa kat Lahad Datu nun.

Dua tiga hari ni aku perasan Zaraa makin berat giler. Kalu dia melompat, bunyi dum dum dum macam guni beras lompat. Hahahaha... Aduyai, posa-posa ni mendukung dia dah macam boleh jadi juara bina badan dah aku. Berat sungguh la dia. No kidding. Makan tak jugak pun. Susu je la. Kalu bagi makanan, buat sepah aje.  Mana la datang berat badan mendadak tu ye.

Semalam dia conteng dinding tepi tangga ni. Celoreng-celoreng dengan pensel warna hijau. Time aku perasan tu dia tengah syok la melakar masterpiece dia. Sergah sekali, terus tindakan refleks capai kain lampin wipe dinding tu macamlah buleh tanggal! Pandai betul cover skang ni. Dinding-dinding kat umah ni dah makin kurang putih dah skang ni ;p
Kucar-kacir cover masterpiece dia ;p
Alhamdulillah, Adam's reading progres berjalan lancar. Be it buku Bacalah Anakku or Iqraa', dia dah boleh baca. Walaupun taklah lancar selancarnya, tapi kira memuaskan la jugak. Aku dulu pun 6 tahun belum buleh baca satu apa pun walau aku tahu menulis dan melukis. My two favourite things yang aku suka lukis adalah kuda/unicorn dengan mermaid. 
Skang ni tiap malam encik Jack akan mintak dia baca buku or Iqraa'. Bacalah sehelai dua pun jadi lah kan. English dia pun bagus. Tiap hari mau speaking. Skang Zaraa pun panggil aku Mom.. Ececeh... Selalu kan dengar abang dia menceceh.. Hahaha... Haritu masa pancit tayar kat Bukit Bunga tu, dia jerit sekuat hati bila nampak bintang kat langit, Mom... Look! Shining star!!!! Wakakakaka... Macik kedai makan sebelah berbulu je telinga dengar kan hik.... 

Aku dulu start boleh membaca rasanya masa darjah 1. Itu pun tahap mengeja lagi la. Zaman dulu start pandai membaca adalah kat sekolah. Jarang sangat sebelum tadika dah boleh membaca. Tapi zaman skang ni kalu tadika tak pandai membaca lagi dah kira ketinggalan. Zaman dulu sebelum masuk sekolah rilek lagi tak kenal ABC wau buta sekalipun. Now is different. Sekolah tadika skang pun berlumba-lumba nak hasilkan cerdik pandai membaca seawal yang mungkin. Zaman aku dulu pandai ABC melalui buku semata-mata. Budak skang ni, macam-macam media boleh guna untuk belajar. Semakin hari, makin mudah dan makin luas ilmu boleh dipelajari. Untung sungguh pelajar zaman skang ni ye.

Zaman aku dulu kat sekolah guna papan hitam. Masuk MRSM baru kenal papan putih (dan pusat tusyen). Cikgu mengajar lekat kertas manila pakai plastisin biru muda tu dah kira tebabo dah.. Masa form 1 baru kenal OHP. Tu pun bukan tiap hari berpeluang tengok. Skang ni OHP wujud lagi ke ek... I wonder.

Masa darjah berapa entah dulu, mengira pakai batang mancis. Memang cikgu suruh bawak la tiap hari nak guna buat membilang dalam kelas math. Ada satu hari yang malang tu, time aku turun dari bas sekolah menuju ke pagar sekolah aku, tiba-tiba asap berkepul keluar dari celah beg aku. Pakcik bas cepat-cepat suruh aku tanggalkan beg dari atas belakang aku. Bila bukak, tengok-tengok mancis yang aku bawak tu terbakar akibat pergeseran sesama sendiri kot... Malu ya amat la... Berapa hari pacik bas gelakkan aku pasal insiden tu. Tak pasal-pasal bau hangit melekat kat beg aku. Lepas dari insiden tu, aku tukar modus operandi membilang aku pakai biji saga. Owh biji saga skang wujud lagi kah?

Aku dulu masa darjah 1 pegi sekolah bawak 50 sen je. Air bawak la (dalam bekas bentuk handphone batu blok tu). Masa darjah berapa then bawak 80 sen. Nasik lauk ayam gulai kat kantin masa tu baru 40 sen sepinggan. Tapi share terbesar selain beli nasi adalah beli satay perut dengan keropok gote. Hahaha... Sangatlah unhealthy diet kan. Balik sekolah pulak time tunggu bas tu suka beli colek buah depan Jabatan Haiwan tu. Pergh kuah colek dia memang maveles.. Time mulia-mulia sikit tu beli la dadih ke susu fresh yang Jabatan Haiwan tu jual... My school time memory!

7 comments:

jie @ azie said...

Sweet memory jah maso tadika & sek rendah.. balik sekoloh xdok pikir psl homework pung, duk gi berkube dale parit cari ike sepila wak pelago..hahaha.
Budok2 lo ni tok thrill pun nga ipad, ps3, ps2..siye

Blog Diva said...

jie, memei koho lamo koho xkenal doh game tradisional kito mulo2...dekcok pun jrg doh aku tgk budok2 main loni. semua game alam maya jah loni.sungguh tok mencabar.

Cikgi Diva :-) said...

Aku pun bwk samah gop..eh nasik lauk aye tu 40sen eh..teringat2 lg beli kut nelo keten.kalu nok hebat sket (anok ore kayo),bli nasik cikgu rm1.20 aye besar.bekas air henpon aku ajin iley maso djh 2 merah..eh mu klas mano maso tu?

Cikgi Diva :-) said...

dadih susu fresh jab haiwan sgt ohseme...loni ado lg ko?

Blog Diva said...

mah: nasi lauk aye 40sen kompem.aku ingat jelas tuh.haha... tp seingat aku, nasi dengan kepok gote dengan satay perut tu beli ikut depan keten. hok ikut nelo keten tu dok kei tit bits jah? aku sero x ajin beli nasi go mahal tu.

aku darjah 2k. hAHAHA... 1M,2K (main kuat), 3H,4H,5H,6M hahahaha... (pemalas jak kecik)

Blog Diva said...

mah:ntah la...aku pun x sure.. mugonyo loni jln tepi SMZ tu supo highway doh-doh... hepening gilo doh.. eh mu mulo form 1 kat Naim dok?

Anonymous said...

me pandai baca umur 3 thn setengah pun jadi cikgu jah, my classmate masa sekolah rendah, dulu bodoh je x masuk list budak pandai pun jadi doktor... huhuhu......