Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, April 11, 2013

#1013 Me Vs Adam's Progress

Baru puji anak berat dalam entri sebelum ni kan. Tuptup hari ni bangun tido pagi tadi dia demam lah pulak. Demam tumbuh geraham kot. Banyak betol geraham dia naik. Kelakar pulak tengok gigi dia naik sebarang macam tu. Tapi demam-demam pun alhamdulillah bedal nasi goreng dua kali jugak.. Haha.. Bagi jus habis. Bagi air barli habis. Susu pun minum macam biasa. Alhamdulillah... Selera masih macam biasa. Takde la aku risau sangat kan.. Bab makan tak risau, bab suhu naik turun lah yang risau. Puan Menteri dah pesan, kalu panas datang cepat sangat, bagi ubat setiap 4 jam. Baik! Selain tu, kena rajin sponge dia la. Always keep her cool. Bila rasa nak panas skit, terus jirus kepala dia... Basic lah. 
Pelapik semua dah hilang rupa paras. Tima kasih pada cik mek molek aku ni tukang gigit sampai pecah berderai. Pun begitu, aku masih mengguna pakai lagi. Beli kat IKEA kan. Tunggu IKEA bukak kat Penang baru aku buang yang ni ;p Bagus jugak tapinya pecah-pecah macam ni. Buleh disesuaikan saiz pelapik yang pecah tu dengan saiz cawan/ mug/ pinggan/ piring yang panas-panas. Hihi...
Ini gambar kelmarin. Hujan almost seharian. Seharian jugaklah diorang terperuk dalam rumah takleh nak memain beskal kat porch. Aku posa tapi kesian pulak tengok bebudak ni macam tercari-cari nak makan apa. Memanglah diorang ni tak mintak. So, aku dengan baik hati bancuhkan hot chocolate cap Tisku ni bagi diorang minum dan cicah dengan biskut cap PingPong MIL bagi. Biskut pun main passing-passing ;p ngeeee... Boleh la kan daripada takde apa-apa nak makan time sejuk-sejuk macam ni... Hasrat murni aku ni disambut baik oleh budak 2 beradik ni.
Jadual takwim berlapis-lapis kat dinding wakakaka..
Ini pulak kejadian tadi. Balik sekolah tu aku dok semayang. Dia lapar malas nak tunggu aku so dia buat sendiri. Sehari dua ni baru reti sapu coklat kat roti sendiri. Tengok lah pakai baju pun belum sempat betulkan terus capai pisau nak sapu roti. Senget-bengetlah baju seluar sampai ke petang. Baju pun terbalik. Yang depan dok belakang, yang belakang dok depan. Tiap kali pakai baju yang sama corak depan belakang macam ni, memang failed la. Hahaha... It took him almost 2 years untuk pakai seluar dengan betul (masuk setiap kaki dalam setiap lubang kaki tu). Walaupun semua progres agak lewat berbanding orang lain, aku terima je la. Bila ada peningkatan macam ni, syukurkan sahaja.  
Roti pun takde lapik pinggan apa, main parking atas tablecloth gitu aje... Adam, Adam... Hold pisau pun terbalik.. Janji, objektif nak makan chocolate spread bread tercapai tanpa perlu mintak bantuan dari sesiapa.  Lepas tengok dia berjaya buat sendiri ni aku tak lupa la puji dia. Bongok-bongok aku pun, benda basic macam ni mau ingat la. 
Adam ni dia ada cara makan dia tersendiri. Roti kena lipat macam tudung bawal zaman 2000-an tu. Lipat jadi 3 segi macam sandwich tu la. Kalu lipat jadi bentuk segiempat tepat, dia akan suruh aku lipat balik biar sampai jadi macam tudung bawal tu la. Now dah pandai buat sendiri, loh la nok makan macam mana pun. Asalkan makan. Nasi skang kureng la. Semenjak kareb dah ok ni, aku tak kisah sangat la. (sangat la tak berdisiplin ibu ini)

Ini lari tajuk sket. Pasal budak maktab aku dulu. Aku rasa ramai pun tahu dah kan bini Zamri (exco sukan maktab ke apa..aku tak ingat dah) yang meninggal lepas operate tu... Dengar citer wife dia pregnant 8 bulan gitu kot, hipertension, so doktor nak operate la untuk keluarkan baby dia. Sebelum tu elok la bini dia. Lepas operate tu terus koma. Baby ok walaupun premature. After second CTscan, doktor sahkan bini dia brain dead. 

Berapa hari aku dok teringat-ingat pasal tu. Masa aku bersalin kat Adam dulu pun aku hipertension jugak. Sampai aku tak boleh kawal bukak/tutup mata aku. Sakit sangat-sangat kepala Tuhan aje tahu. Sampai satu tahap aku kena tutup muka aku dengan kain tiap kali lalu/duduk di kawasan yang terang. Bila tak boleh kontrol sangat-sangat dah, muntah semua isi perut. Dah la baru operate. Buleh bayang tak sakit macam mana aku rasa masa tu. Kalu operate, berdehem batuk pun dah sakit. Inikan pulak muntah. Azab weii...

Bila ingat pasal bini Mat Yie (Zamri) yang meninggal sebab ni, buat aku terfikir sejenak... Betapa dekatnya aku dengan kematian masa tu.. Alhamdulillah... Allah masih panjangkan umur aku. Kalu la Allah ambik nyawa aku masa tu macam mana ye... Al-fatihah buat arwah isteri Zamri yang telah pergi. Semoga Zamri tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Harap dia dapat bagi sepenuh kasih sayang pada baby yang baru lahir tu. Amin. Sedih betul kan.

3 comments:

mommyNadia said...

Tak tahu pun..Innalillah..
Ex boss exco sukan yg tak jadik dulu, gallok nk jadik UD =)

Pity her lkil child..semoga dia tabah.. Amin!

zahira said...

Uishhh...teringat time pregnant & bersalinkan nuha. Hypertensi jugak. Alhamdulillah selamat. Alfatihah utk arwah.

Blog Diva said...

nadia: Rohaizi (EG) kelas i la tkg kutip derma. dia la yang bgtau kat fb berita ni. not sure la buleh menderma lagi ke tak... memang sensitif la kalu dgr citer psl idup mati ni. nak2 plk ada baby kecik...cannot imagine la dia macam mana...

kaklong:tu la kan... kita lepas elok2 ni memang nasib baik lah... tp pergi dlm keadaan macam tu pun bagus jugak.. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin.