Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, April 25, 2013

#1015 Me Vs Health & Hibernating Mode

Ini cerita basi minggu lepas (25/04/2013). Takde mood nak mengulas sebab baru lepas wrap up The Princess' Man. Mood masih jiwang karat tak boleh blah. Woot woot... Okeylah citer sikit je lah ye untuk kenangan di masa hadapan.

Kisahnya minggu lepas sesambil ada urusan kat KL sempena majlis peminangan untuk BIL aku dan meeting encik Jack di UiTM Shah Alam tu, kitorang melencong la ke Genting dulu. Encik Jack yang ajak. Plan dari minggu sebelum tu lagi. Aku ikut aje. Boss bawak, aku pegi je la. Tima kaseyh boss sebab bawak jalan-jalan! Kikiki..

Tapi kan, sebelum bertolak tu banyak betul dugaan. Adam pagi-pagi lagi dah berdarah hidung. Belum bertolak pun lagi dah kena salin baju berlumuran darah. 2 round berdarah hidung. Zaraa pulak meraung-raung nak berdukung time orang sibuk nak packing. Worst case scenario lah. Belum naik keta dah berpeluh. Hangin je kan. Driver pun dah bad mood dengan macam-macam kerenah budak-budak ni. 

Kitorang bertolak kul 10 pagi. Sengaja lewat-lewatkan sebab check in kul 2pm. Pegi awal-awal nanti nak dok mana menunggu. Makanya dengan macam-macam dugaan, berjaya jugak akhirnya bertolak. Ingatkan dah setel hal berdarah hidung. On the way tu berdarah lagi. Nasib baik stok kain napkin banyak-banyak just in case kan. Memang berguna la. 2 helai buat lap darah tak berenti. Ketul-ketul pulak tu keluar. Masa stop lunch kat R&R tadi takde pulak berdarah. Bila dah start perjalanan baru nak berdarah balik ni, mana nak cekau ice pack. Last-last singgah stesen minyak beli eskrem sebagai substitute ice pack. 
Tengok eskrem haruslah nak makan budak-budak ni. Perang mulut pulak nak explain eskrem ni bukan untuk makan. Haiyoh... Sekejapan je dah cair. Darah keluar jugak. Nak stop singgah klinik pun, dah setengah jalan nak sampai. Aku dah terbayang macam-macam dah. Dah tu darah asyik keluar je. Muka pun dah pucat. Bibir dah biru. Budak berdarah hidung normal ke macam tu. MIL dengan Nik Pareh memang biasa berdarah hidung jugak. So, untuk sedapkan hati aku, faktor keturunanlah kot.
Kitorang sampai First World terus cek in. Skang ni cek in senang sebab ada check in kiosk, tak payah beratur ambik nombor kat kaunter. Cek out pun sama. Jimat masa. Sejak bila kah? Dapat kunci terus naik bilik letak barang, semayang. Datang Genting, kena time hujan. Pegi Cameron hari tu pun time hujan jugak. Suwey sungguh. Masuk bilik, Adam berdarah hidung lagi dan lagi dan lagi. Ada la 5,6 kali hari tu. Makin lah pucat muka dia. Dah la tak nak makan.
Lepas darah dah berhenti keluar, kitorang turun ingat nak pegi naik keta kabel. Tapi due to the weather agaknya, keta kabel tak beroperasi lah pulak. Grrrr.... So, konar ke First World Plaza je lah. Jenjalan pun tak senang hati takut berdarah hidung balik. Siap stok kain napkin dalam handbag kot-kot berdarah lagi. Nasib baik tak keluar. 
Kitorang try indoor games sejenis dua je hari ni. Nanti esok sambung lagi. Adam excited giler nak naik Ride De Paris (keta pusing-pusing ni). Sebelum bagi dia masuk, berbakul-bakul pesan kat dia jangan keluar, tunggu keta stop dulu baru bukak, etc. Hahaha... Mana tahu kan kot-kot tengah pusing-pusing tu dia boring ke apa... Rail benda ni tinggi jugak kalu nak lompat. Nasib baik dia patuh.
Presenting his happy face. Adik meronta-ronta nak join naik sekali tapi mana buleh. Karang sampai kat puncak landasan tu buatnya dia nak keluar haru biru pulak. Lagipun Zaraa tak mencapai had tinggi yang ditetapkan. Tengok dari luar je lah ye. Game untuk Zaraa tak banyak. Carousel je lah kalu buleh pun. Pastu rides lain kalu nak naik, kena naik dengan parents la.
Aku dengan encik Jack dok gelakkan Adam time ni. Time kat tempat konar-konar tu, dia betul-betul pusing stereng tow truck tu koya macam betul-betul la dia yang pusing keta tu. Padahal! Hahaha... Feeling je lebih kan.
Nampak junior bumper car ni, lagilah tak berhenti meronta nak main. Kasi lah dia main. Senyum-senyum sampai ke sudah. Mula-mula start pegi rempuh keta budak pompuan. Apa daaa.. Zaraa jugak la buleh tengok dari luar je. Kesian.
Datang Genting tak bawak stroller adalah satu kesilapan besar. Lenguh weh dukung budak ni. Ngengada tak nak jalan sendiri pulak tu. Keluar bilik hotel, belum sampai ke lif lagi dah hulur tangan suruh dukung. Lenguh lenguh lenguh. Kalu ada troli supermarket buleh gak bubuh. Jalan-jalan lebih kurang je hari tu. Letih! Tapau mekdi, makan dalam bilik sebab budak kecik ni tak nak bekerjasama. Sampai bilik, terus makan tak hengat semua orang baik Adam maupun Zaraa. Tau pun lapar. Sambil makan, sambil lepak, Zaraa tak lepas main tekan-tekan nombor kat peti besi ni. Gasaklah. Bukan aku punya kalu rosak pun. Ngehngehngeh..

Malam Adam berdarah hidung lagi. Huhu..
Esoknya, breakfast kat KFC. (Baru tahu hotel tak provide breakfast cilakak memang cepat lah  kaya gitu kalu) Budak-budak ni bukan nak makan pun. Asyik tak menyempat nak main games dalam ni. Kali ni encik Jack ambik family pas untuk satu hari. Mainlah sampai puas sebelum check out ni. Memang puaslah main. Sampaikan satu game tu sampai 3 kali naik. Attendan nak cakap apa ye dak. Senyum-senyum je kat aku. 
Ralit aku tengok monumen replika femes yang ada kat sini. Eiffel Tower, Big Ben, Jambatan San Fransisco, KLCC, Statue Of Liberty etc. Satu hari buleh round satu dunia hehe..
Carousel... My childhood dream adalah nak naik benda ni. Bila tengok benda ni start beroperasi, terus feeling-feeling Stairway In Heaven. Ternampak-nampak Choi Ji Woo dengan Kwon Sang Woo dok pusing-pusing atas kuda tu... Wek!!! Hahaha..
Alah apa sangat indoor games buleh naik dengan semua budak ni kan. Naik rides macam ni je la. Kitorang naik Monorail, Rio Float, Reindeer Cruiser, Mini Train. Dalam banyak-banyak, monorail la yang paling worth aku rasa. Sebab lama jugak dia pusing satu First World tu. Yang lain-lain tu, 5 minit gitu je. Booooleh la kalu nak bawak budak. 
Monorail.
Rio Float
Mini Train. Paling tak mencabar.
Ride de Paris lagi.
Teringin nak masuk kasino. Entrance dia macam memanggil-manggil je ajak masuk. Nasib baik abang polis muka garang jaga depan entrance. Terus kensel hasrat hati. Kahkah.. Konon kalu buleh pekena Roulette seround dua jadilah kan. Konon lah. Nak masuk pun dah tak lepas. Kuangkuangkuang.
Main Carousel ni kitorang 4 beranak je naik. Pagi sangat kot. Konker la satu carousel ni bebas nak naik kuda hitam babylon yang mana-mana berkenan di hati. Mak bapak tumpang best sebab konon-konon nak tolong pegang anak atas kuda tu kan. Padahal nak main sekali.... Ngeh ngeh ngeh.
 Adam tak enjoy pun benda ni. Bukan dia minat pun perkudaan ni. Saje nak cover semua game kan. Biar berbaloi la ambik pas satu hari. Memang puas hati la Adam. Naik bumper car aje dua kali. Ride de Paris 3 kali.
Encik Jack naik Euro Express ala-ala roller coaster yang sopan-sopan sikit gitu. For adult je. So dia naik sorang je lah. Kalu ada orang lain buleh tolong jaga budak-budak ni aku pun nak naik jugak. So masa encik Jack naik ni, aku dengan budak-budak tunggu kat game lain.
Time encik Jack naik adults bumper car, budak-budak ni tengok dari luar. Kahkahkah...
Nak masuk Ripleys Museum tu, kena ambik tiket lain. Malaslah pulak nak beli tiket. Main guna pas satu hari tu je la... Main-main-main then check out terus hala ke Rawang reunite dengan The Ramli(s).

To be continued....

2 comments:

Anonymous said...

seronoknyooo tgk budok2 & hok tok budok pun napok enjoy! hehehe berthn2 doh tok naik genting..wahh mcm2 doh ado atah tu!

sila sambung blogggg!
-kakak-

Cikgi Diva :-) said...

Hilang kerinduan buleh baco entry baru..muahahahhaa...