Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, April 27, 2013

#1016 Me Vs Bidan Skydiving

Pagi ni lepas breakfast, satu family gerak ke Jusco nak beli perfume set untuk hantaran tunang BIL. Wah kemain ko Adik Ipar. Beli perfume pun satu family turun tolong pilihkan. Beruntung sungguh. Untuk semua aktiviti hari ni, aku takde gambar bukti buleh tepek kat sini sebab henpon mahal aku ni takde bateri. Aku dah perabis bateri ambik gambar kat Genting. Charger tak bawak. Kat sini tak risau sebab masing-masing semua aktif menangkap gambar. Kamera pun canggih-canggih. So, nanti aku kopipes je la. Gambar kat atas credits to SIL. Time ni aku tengah sibuk memilih perfume set dalam Body Shop. Diorang buat hal kat luar sementara menunggu kitorang sebulat suara decide nak beli yang mana. Adam dengan Kiki memang tak boleh dipisahkan. Kat mana ada Adam, kat situlah ada Kiki. Riuh suara diorang ni.

Lepas dapat apa yang nak kat Jusco ni, kitorang terus ke GM Klang. Omo! Buat aku rindukan Mangga Dua aje! Banyak tahun dah SIL ajak buat family trip ke GM ni. Tapi selalu tak sempat. Kali ni kena sempatkan jugak. Borong baju raya budak-budak ni terus. Nanti bulan posa, aku buleh la rilek dari aktiviti pershoppingan. Aku kan tak suka shopping bumper to bumper. Sebelum ni punya la dok imagine macam mana rupa GM yang femes meletop-letop di mulut SIL tu. Nah, hari ni tahu la. Memang masing-masing memborong lah nyah! Bapak-bapak jaga anak, mak-mak naik syeh memilih. Asyik.

Aku sambar 3 helai dress Zaraa untuk buat raya. Adam punya semua takde saiz. Banyak baju untuk budak 3 tahun ke bawah aje. Adam punya nanti-nanti la.Kesian dia, selalu komplen takde baju baru. (Tapi Wa dah belikan sepasang kat dia. Tengkiu wa!) Zara punya tu, beli 3 helai dapat harga borong. Syoklah. Tu yang beli 3 helai tu. Nak beli banyak tapi semua yang aku berkenan nampak ada banyak kecacatan. Kebanyakan dress ada problem kat ketiak. Sempit sangat. Tahun lepas dah terbeli dress Ralph Lauren yang cacat kat ketiak. Time tu tak reti lagi. Ni dah tahu memang berwaspada la. Nama pun baju rijek kan!

Dalam dok tunggu turn nak masuk surau tu, Zaraa kebocoran pempes habis lencun ke baju aku. Haisy... Worse case scenario sungguh. Baju spare dalam keta kat parking lot. Malas la nak pegi ambik. Last-last salin pakai dress yang baru beli tadi. Kemain! Aku pulak terpaksa la beli T-shirt budak (nasib baik bukan Angry Bird) nak pakai untuk semayang. Fuuuh.... What an experience. Masuk kedai baju, terjah bahagian T-shirt (nak beli blaus lengan panjang tapi semua design ala ajumma dan aso-aso terus tak jadi). Budak yang jaga kedai tu pandang aku atas-bawah-atas-bawah. Kak nak pakai sendiri ke baju ni? A'aah aku jawab selamba bodo je dan terus bayar. Macam kaya giler je tebiatnya. Masuk kedai, ambik baju, bayar. Peduli dah apa orang nak pikir. I'm racing against time. Orang lain semua dah siap tunggu aku je. Shit tak suka betul ditunggu macam ni. Zaraa, Zaraa... You spoil my day.

Dekat satu hari jugak la memborong kat GM tu. Self reminder: Next time don't come with kids in tow. Tapi nak tinggal kat mana ye dak?! Next time kalu datang ke spend masa satu hari untuk tawaf every floor, every lot. Baru la puas hati. Ni baru berapa kedai je sempat masuk dah nak balik. Belum kira kerenah budak-budak yang begitu-begini lagi. Nak shopping pun tak senang hati sebab takut anak hilang. Kikikiki... That's why, senang tak bawak budak.

Malam tu kitorang dinner kat restoren ikan bakar kat ulu selangor. Nama apa dah kedai tu lupa sebab kelaparan dan kecuakan orang ramai giler ya ampuuuuun macam bilalah nak dapat giliran tak tahu. Setel makan terus balik. Hantaran tak siap gubah lagi ni. Sampai umah kul 11. Gedebak-gedebuk menggubah tak hengat menantu-menantu Puan Zainab ni sampai la ke pukul 2 pagi. Oh bestnya tengok orang lain dah tido!

Tomorrow is the E day. To be continued...

No comments: