Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, April 28, 2013

#1017 Me Vs Pantun Buah Betik Buah Pinang

Buah betik buah pinang,
Kami datang nak meminang.

Buah pinang buah betik,
Awak suuuuungguh cantik.

Wakakakakaaaaaa.. Pantun meminang yang aku selalu recycle dari Iron Chef. Ingat nak pass pantun ni kat Cik Mat sebab dia yang jadi jurucakap wakil peminangan bagi pihak lelaki ni. Hehe.. But I think Cik Mat is cool with whatever he says. Ada style lah! Hehe..

Pagi ni awal-awal lagi MIL dah kepoh suruh bersiap awal. Kul 9 tu semua dah bersiap siaga berpakaian serba indah. Kul 10 semua dah start enjin keta. Wah macam royal wedding gitu. 
This guy is taken. Spot his happylicious smile.
Sampai umah bakal pengantin perempuan lewat berapa belas minit je dari yang dijanjikan. Itu pun masing-masing dah cuak sebab biasanya military ni kan punctual. Kuang kuang kuang. Kalu FIL masih ada, mesti dia la yang paling bising kalu lewat sampai. Kikikiki...
Oh tak sempat nak kecutkan hidung sikit. Candid katanya.
Semua gambar adalah hasil rembatan percuma anak-beranak. Credits to biras aku sebab sudi tag aku. Saya guna ye! Mekasih! Hari ni aku lay low aje. Henpon dah 2 hari meninggal dunia. Takde pun aku rasa ralat ke apa. Biasa time hidup pun bukan ada orang nak call/sms pun. Hehe. Guna mostly untuk tengok jam dengan ambik gambar je. Ralat tu cuma terasa jugak bila masa aku rasakan ada footage-footage yang menarik tapi aku hanya mampu let it slip. Membiarkan memori berlalu adalah sangat dikesali. Bagi aku la.
Masa mula-mula bakal pengantin perempuan keluar untuk pengesahan (kot-kot tersalah rumah, tersalah orang), aku macam WOW... Lawanya dia! This is not our first time meeting each other. Tapi hari ni memang dia outstanding la cantiknya. Memang tak rugi kalu jual pantun buah pinang buah betik tadi tu. Itu pendapat peribadi aku la yang buta fesyen, mekap whatsoever. Bagi empunya tunangan sendiri aku tatau la terkesima ke tidak. Hehe. Nak menggeram sorang-sorang pun sila simpan carry forward ke tahun depan ye Adik Ipar. Wakakakaka... Tahan, tahan..
 
Bila tengok orang bertunang ke kawin ke, mesti nak compare dengan masa aku dulu. Hahaha... Apasal masa aku bertunang dulu bulu-bulu mata palsu ni belum mainstream lagi ha? Buruk betul mekap aku dulu. Gambar pun takde satu pun yang elok. DSLR belum meletop lagi. Untung betul orang zaman skang ni. Semua canggih-canggih. P/S: Oh baju dia super cantik. Mak suka! Kaler pilihan pun sama feveret dengan aku. You got taste Aida!
Nah, ambik. Beruntung kan bertunang, kawin time emas murah ni. Cincin dapat, gelang dapat. Sila berjodoh dengan orang Kelantan dan Terengganu. Pasti bling-bling. No spotlights needed.
Kepada bakal biras aku Cik Aida Yani, aku nak ucapkan Welcome To The Ramlis dan semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke akhir hayat dunia akhirat. Amin. 

3 comments:

zahira said...

Hahaha...nak tergelak baca caption gmbr zaraa!

Blog Diva said...

kaklong, tu la. nyoh panggil nama dia ingatkan gapo. terus abengoh snap. kembe smakok jah lube idung!

aida adriana said...

thank ats pujian yg diberi..
color bju super,nk cr tudung pn ssh..nsb lace tu ade wana emas so dptla tudung pasar mlm digayakn..hehe..anyway,thank alot for that day..kalo ade tkureg,sory nya..minta halal.