Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, May 5, 2013

#1018 Me Vs Balik Mengundi

Balik kali ni memang puas hati la buleh  makan pulut pagi dengan mi celup. Yay! Adam dapat minum air kelapa pure idaman hati dia. Memang tak ralat la kali ni. Kitorang lunch dengan Nik Pareh. Malam karang nak balik Apal dah.
Balik Apal, memang meriah la penyokong-penyokong parti masing-masing kiri kanan jalan. Takut pun ada bila lalu kawasan panas dengan penyokong-penyokong saling berteriak berperang mulut. Sampai MIL's place tengok lori Orang Kaya disewakan/disponsorkan *tak pasti untuk penyokong-penyokong parti pilihan hati berpesta rebana kat atas tu. Lalu malam-malam, gedum-gedum-gedum serata jalan. Memang meriah lah ini kali. Semangat betul Orang Kaya tolong kawan YB dia tu berkempen.
Time-time sibuk PRU13 ni, budak bersungguh ni la kesian tak cukup kasih sayang. Hihi. Mak bapak sama-sama sibuk dengan pilihanraya. Tumpang kasih nenek dengan moyang je la dia sehari dua ni.
Pagi sebelum pegi mengundi, MIL dera Mok Sopi suruh prektis pangkah. Mata tak nampak, orang suruh pangkah X, dia pangkah sekali jadi nombor 11 la, sekali jadi bentuk '+' la.... Sibuk cakap kat orang dia nak pangkah parti cap kapal layar. Ahahahaha... Parti kapal layar tu zaman bila daaaaaa.... Hahahaha...
Memang tak boleh pangkah sendiri punya. Last-last, masa mengundi tu MIL aku masuk sekali tolong pangkahkan. Anak kan boleh masuk. Kalu tak, tak pasal-pasal jadi calon undi rosak. 
Kesian city kids dua orang ni. Boring gile kat umah. Ipad takde. Main pasir lah jawabnya. Game rare macam ni sebenarnya aku kecik-kecik dulu pun tak merasa nak main. Anak misi mana buleh main kotor-kotor kan.
Balik mengundi, MIL membojengkan rambut Riduan pulak. Kesian dia kenan asyik tergaru-garu. Bertuah pulak dok dengan nenek nih. Kebajikan terjaga.
Disebabkan mata dia sangat luas dan bersungguh, Zaraa asyik nak cucuk je bijik mata dia. Geram kot tengok mata yang lagi boooolat dari mata dia. Hehe.
Petang sangat panas, dari bersauna di rumah, aku ajak encik Jack bawak budak-budak kepuasan ni mandi manda kat Lata Belatan. Macam biasa lah. 
Penat mendugong, balik tu makan keropok lekor kat Cipta Indah tu sesambil tapau untuk bawak balik Penang.
Budak dua orang kelaparan ni memang makan like no tomorrow lah. Kena pulak dengan air kelapa sekali. Peh... Sedapnya dok kat kampung....
Sambil tunggu encik Jack order untuk bungkus, aku bawak budak dua orang ni main dekat surau dia yang cantik. Terkejut beruk tengok ikan patin sejuta-nam dalam longkang ni. Memang sengaja bela lah kot. Besar-besar pulak tu. Ikan patin ni ke yang diorang masak untuk restoren ni? (ewwwwwww!!!!)
Pointing to the fish.
Balik-balik umah, Zaraa demam lah pulak... Huk aloh. Baru dua minggu lepas dia demam. Demam lagi.

2 comments:

zahira said...

Bestnya! Ohhh...ridwan dah boleh pakai baju kuning tu? Kiki dulu pakai umo sthn.

Blog Diva said...

kaklong:napok bsr la sikit. tp palo dio besar tu napok agak proportionate la dgn baju. sedei molek la.tp labuh sikit. mugo dio baru brp bln kei.