Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, May 13, 2013

#1019 Me Vs I Crave For Sweet Treats

Brownies? Haha. Tetiba je naik syeh nak membaking lagi. Lama dah tak membaking kan. Balik dari urusan meminang aritu Kakak Ipar kasi aku cocoa powder dengan choc emulco. Tengkiu kakak ipar! Saya guna! Dah lama berkira-kira nak buat apa dengan serbuk koko ni. First idea mestilah nak bake choc cake kan. Tapi itu lah... Kek ni big portion. Lambat habis. Leceh la kan. 

Try Brownies lah pulak. Sabtu weekend baru ni lunch kat Secret Recipe sempena post-birthday bash Adam.  Birthday dia masa sibuk-sibuk balik nak mengundi baru ni. Tak sempat nak makan besar. Ini kalilah. Tak grand pun lunch kitorang. Adam beriya nak makan kek. Aku ambik la Choc Indulgence. Makan semulut dua je. The rest aku dengan encik Jack yang makan. As usual la. Tiap kali birthday dia macam tu lah. Tiap kali birthday, tiap kali dine outside, tiap kali tu la dia tak makan. Huk aloh. Entah bila la dia nak makan macam orang lain. Putus angin jugak kadang-kadang nak bawak dia makan luar. Semua tak nak.
Bukan syarat sah brownies kena merekah-rekah ke kat atas?
Apasal aku punya berlubang-lubang. LOL.
So, jadi tak Brownies aku ni? Aku tak pernah buat Brownies, this is the first time. So aku tak tau la apa syarat sah untuk sedulang Brownies yang ori. Pada mulut aku ok je. Adam just took a bite pastu cakap 'sedap!' pastu tak makan-makan dah sampai ke sudah.  Adik jugak la bermulut anak burung tukang perabis. Tak habis pun jugak. But she made a lot of effort to eat it heartily. Hihi. Dia semua nak. Sound effect untuk menyatakan kesedapan pun buleh tahan jugak mek ni.
Ikutkan resipi asal ni ada choc frosting kat atas tu. Tapi aku malas nak buat sebab yang ni pun dah manis. Tengok resipi frosting dia pakai SECAWAN gula... Terus tak jadi buat. Makan je la plain macam tu. Kalu taruk frosting lagi la manis jawabnya. Lagipun frosting-frosting ni akan buat meleleh sana sini, berlengas sana sini dan melecehkan bila anak-anak kecik ni makan. Tunggu diorang besar la baru aku buat frosting ;p!

Aku ambik resipi dari allrecipes.com. First yang appear dalam senarai results. Hehe. Sebab paling mudah, tak pakai banyak bahan, tak pakai banyak amaun. Hasilnya pun small portion. Cukup la untuk a new baker macam aku ni. Buat apa cari yang susah-susah ye tak. Aku buat Brownies ni memang tak pikir panjang pun. Teringin nak buat, cari resipi, gather bahan-bahan, terus buat. Dan aku tahu, bila dah masak, tak semestinya orang lain makan. Huhu.

Adam cakap kek coklat ni keras. Masin lah. Banyak betul alasan kalu tak nak. Aku dah agak dah. Dia ni jenis menang sorak je. Nak hepi-hepi tengok the making aje. Bila dah siap, bukan nak makan pun. Haih, kalu tengok dia skang makin kurus. Susu kotak pun dah kurang minum skang. Dah besar kan. Tapi nasi sangat la jarang makan skang ni. Banyak makan benda tak mengenyangkan je. Sigh.

Zaraa skang dah banyak vocab. Terhibur dengan perkataan-perkataan yang keluar dari mulut dia. Basically dia belum boleh cakap satu ayat consist of few words. Selalunya dia sebut sepatah-sepatah aje. Kalu ayat terdiri dua perkataan, yang aku ingat cuma ummm daaap (ummm sedap) Hahaha... 

Bila aku tepuk dada dia dan tanya ni siapa? Dia akan jawab Zhaazhaa... (zaraa) Haha.. Cute kan. Kecik-kecik dah koya cakap Perancis. 
Suot = semut, 
bonz = sabun, 
ahfen = elephant, 
ahsyap = asap
ahtash = atas
ebit = rabbit
ahyam = ayam
syap = sirap
ahkuim = aiskrim

and lot more la. 

Adam dah ada rapid improvement dari segi pembacaan dia. Dah makin lancar alhamdulillah. Minggu lepas cikgu dia mintak suruh bawak buku cerita ke sekolah. Since kitorang dah memang ada belikan dia buku cerita (petikan pendek) yang digunakan untuk latihan membaca di rumah, maka bawak yang tu je la. Kat umah ni setiap kali dia habis baca sepipi, memang daddy akan tanda date hari yang dia baca tu. (macam teknik yang cikgu dia guna kat sekolah la). Jadi, kalu aku jadi cikgu dia, aku akan nampak la jugak effort parents untuk bagi latihan extra tanpa mengharapkan cikgu 100% ececeh.. 

Skang ni dah beli buku english dengan math pulak. Membaca dalam bahasa Melayu takdak masalah. In english ni bermasalah la sikit. Kot. Sebab aku tak reti nak ajar membaca. BM buleh la direct spelling. Tapi kalu english, mana buleh nak eja satu-satu. He shows enthusiasm in learning English. Kalu aku cakap in BM, dia kan translate in BI. Cakap buleh la. Baca tak tahu lagi sebab tak pernah lagi guide dia baca english. Haih teruk sungguh aku ni.

Tahun depan dah masuk darjah 1. Masa untuk honeymoon and babymoon dah berakhir. Semua dah nak kena serius. No more toys and cars.No more cartoons. (eh baru perasan anak aku tak minat kartun sangat). Apa persediaan yang korang as a parent lakukan terhadap anak-anak yang bakal enroll ni?

No comments: