Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, May 14, 2013

#1020 Me Vs Makanan Trivia

Pernah tengok 2 makanan kat atas? Aku rasa 2 benda ni dah masuk kategori makanan 80-90an. Durian belanda tu aku beli kat pasar baru ni. Tengok ajumma-ajumma pakat kerumun, aku pun join la sekali. Masa beli tu buah ni fresh lagi. And under ripe. Keras lagi. Pacik yang jual ni pesan suruh peram dulu 2-3 hari baru buleh makan. Masa dok pilih-pilih tak tahu pun berapa harga sekilo. Tengok umi-umi lain macam masuk antu pakat beli, aku rasa tak nak ketinggalan la kena beli jugak. Sekali nak bayar, lepas timbang pacik tu bilang sembilan ringgit! Wohoho. Lain kali letak la tag harga sekilo pacik oi. Takde la sawan orang nak membayarnya. Eleh, aku punya tak grand. Yang macik sebelum aku tu kena doblas ringgit. Pasal dia ambik 2 bijik.

Dah terlanjur memilih tu, bayar je la. Takkan terkejut kat harga sampai tak jadi nak beli. Hoho mahal benar buah ni skang ye. Kat umah agam aku kat Wakaf Stan dulu ada tanam pokok durian belanda. Sempat la makan hasil. Dulu nak makan apa semua pokok ada keliling rumah. Mangga epal, cempedak, duku langsat, ciku, pisang, rambutan, jambu air, jambu batu, ubi kayu... Semua tak payah beli. Bila berbuah, kutip makan je. Sampai tak habis nak makan kena bagi kat orang. Indahnya kalu umah ada laman macam tu. Kat Penang ni mana ada tanah. Tanam pandan boleh la. Aku ada tengok Cina perumahan sebelah tu tanam durian belanda kat area taman permainan. Kalu nasib baik MPSP tak usik la. Kalu nasib tak baik, awal-awal lagi kena tebas. Kalu dah besar pun, by the time nak kutip hasil, tengok-tengok tinggal tangkai aje. Be it squirrel or human, semua pun bikin panas hati je kan. Susah payah tanam, bila masa dah boleh makan tengok-tengok buah hilang. Huhu. Tu yang aku malas nak gamble tanam kat playground.

Dah banyak kali sebenarnya aku dok usya durian belanda kat pasar. Kekadang lalu time banyak benda berat nak kena bimbit, payah pulak nak seluk poket ambik duit. Berlalu. Kekadang time takde benda nak bimbit pun, tengok takde orang lain beli. Malu pulak nak beli sorang-sorang (ada jugak sisi aneh aku macam ni).

Aiskrim panjang tu pulak, masa aku darjah 2-3 gitu, aku dengan Nik Pareh ada buat bisnes jual eskrim ni. Untung gila sampai buleh beli reket badminton titanium 2 bijik. Zaman Rasyid Sidek tak boleh blah time tu. Kitorang hepi la ofkos. Yang tak hepinya Puan Menteri la. Sebab modal dia yang keluar. Untung dapat kat kitorang tak tolak-tolak pun modal. Hahaha.. Pulak tu kalu eskrim milo, buh milo macam nak buat untuk makan sendiri. Pekat dan kaw-kaw lah. Jual 20 sen je. Hahahaha.... Tapi Puan Menteri tak komplen pun. Demi nak menggalakkan anak-anak berkecimpung dalam bidang keusahawanan kononnya. Puan Menteri memang macam tu. Sokong je apa pun yang anak-anak minat. Walaupun memakan diri dia sendiri. Wakakakakakakakakaka.... Sporting kan tu.

Saje je la pegi Tesco baru ni tertengok plastik eskrim ni. Adam skang tak nak minum susu coklat kotak yang kitorang beli. Dalam usaha nak mempromosi susu tu kasi habis cepat, aku buh la dalam plastik eskrim ni buat eskrim. Oh makan tak hengat pulak dia. Padahal benda sama je. Rupa je lain. Terpedaya terus. (oh sedapnya kalu buh bubur pulat hitam dalam tu ala eskrim potong yumyum)

Oh Adam order nak makan fries le pulak. Budak ni makan banyak tapi kurus kering.

No comments: