Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, May 15, 2013

#1021 Me Vs Pandai Merajuk

Semalam Zaraa picit susu dia atas kapet. Aku naik angin la marah dia. Dari pagi sampai ke malam entah berapa kali asyik mengelap air yang dia sengaja tumpahkan atas kapet. Tiap hari. So semalam aku marah dia kaw-kaw la. Encik Jack join nasi tambah. Bonus satu pukulan kat lengan. Terus bangun lari sambil nangis. Ingat nak lari ke mana. Cari dinding rupanya. Mana belajar tatau. Malam ni tayangan premier la.
Nangis ngadap dinding.
Baru nak reda, aku sambung marah lagi.
Tukar port cari pintu pulak.
Nanges sambil usya orang marah dia lagi ke tak.
Nak kembali kat kitorang tapi tengok kitorang tengah ambik gambar dia, terus U-turn.
Drama tepi bagasi pulak.
Hihi. Sangatlah drama. 

Kelihatan bagasi depan muka pintu? Ye. Itu bagasi dari balik meminang pastu balik mengundi masih dok kat situ tak alih-alih. Minggu depan nak jalan jauh lagi. Sebab tu damailah dia kat situ. Selalunya kalu balik dari mana-mana memang terus store kat ruang atas wardrobe. Tapi bulan ni kan banyak rombongan cik kiah. Haih, Ramadan makin dekat. Rombongan makin aktif. Kesihatan makin tak menentu...

Dah 2 hari aku tak dapat posa. Sakit tekak macam penuh duri. Tiap kali makan minum macam telan serbuk kaca rasanya. Peritnya! Dalam kepala dok kira-kira sempat ke tak nak habiskan posa ganti ni. Ada 16 hari lagi. 8 hari untuk tahun 2011 (sebulan tinggal posa sebab bersalin tu), pastu 8 hari lagi untuk tahun lepas. Dengan belen masa yang tinggal sikit lagi ni nak Ramadan pulak, aku rasa dapat habiskan untuk tahun 2011 je pun jadi lah. Takde la nak kena fidyah banyak kan. Minggu depan mungkin period. Minggu lepas tu seminggu away from home. Haih.... Sempat ke nak habiskan 8 hari ni? Oh tekak bila mau baik????

Berpegang pada konsep ganti posa jangan sampai memudaratkan, maka aku cuba rilek-rilek la. Kalu tak sempat nak buat macam mana. Kita merancang tapi Allah ada plan yang lagi osem untuk kita.. Dah 8 bulan pun aku start ganti posa. Bukan last minit punya keje. Nak ganti 76 hari sekaligus setahun rasanya bukan aku aje yang rasa berat. Halangan dari segi kesihatan diri sendiri, kesihatan anak-anak, rasa malas, jemputan makan kenduri kendara, balik kampung, family events  memang selalu ada. Nak buat macam mana ye dak?

Korang dah habis ganti posa? Jelesnya dengar orang lain ganti posa tak sampai 10 hari je setahun. In sya Allah, tahun ni je aku ganti banyak. Semoga tahun-tahun mendatang aku ganti posa untuk period aje. Amin. Tahun-tahun depan semoga bodi makin seksi la sikit. Ganti posa banyak puluh hari ni mana tak jadi seksanya bodi aku. 

5 comments:

zahira said...

Nak jalan jauh gi mana?

Blog Diva said...

kaklong, tioman je ;p

Anonymous said...

kekkeke geli hati baco drama zara..hehehe maghi la kl nih kalu ngaju! panda doh ngaju2 mek nih..teh explain dok ko dio bakpo maroh,bakpo benda tu saloh? then suruh dio mitok maaf..
hmm rindunyoo ko zara & adam..brp thn doh raso tok jupo hukhuk
-kakak-

mama ct said...

tioman?...hahaha...duduk hotel mana?...kalau nak rasa selesa pergi paya or berjaya lah..kitorang ke salang sayang sebab nak kan beach dia yg awesome tu...tapi hotel nye bukan hotel lah...cikai aje...tapi setakat nak tido...no hal...siang sepenuh masa di luar...hehehe...selamat bercuti mek!..tioman sgt cantik!

Blog Diva said...

ct:we'll be staying at my bro's house. kan dia cikgu kat sana. free staying la hehe...cheapskate!