Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, May 16, 2013

#1022 Me Vs Kids Food Therapy

Tadi pegi timbang Zaraa kat klinik. Epoimen minggu lepas sebenarnya. Tapi macam biasa lah aku buat macam klinik che aku ikut suka nak pegi bila masa. Berat Zaraa 10.6kg je. Naik 400g je from before. Alahai, tak sampai setengah kilo pun naik. Demam 2 kali kan bulan lepas. Kareb 2 kali kelmarin. Konon penyebabnya kan.
Balik dari klinik tapau capati kat pasar. Encik Jack beli 2 keping. Makan berebut dengan Zaraa memang best! Dah memang pun cicit orang Malbari, cicah kuah dhal tu memang tak kalah lah. Hingga menjilat 5-5 jari. Minat betul dia mencicah makanan. 
Lepas makan kenyang-kenyang, berlenggang perut la depan tv nak tunggu masuk office masak untuk lunch. Oh tiap hari kalu kul 11 tu memang berat mendadak kelopak mata ni. Waktu paling sedap-sedap mata untuk tido. Kalu lelap time tu, memang lelap plain dan dalam la. Takde mimpi-mimpi. Rasa macam tido yang lama je. Tengok-tengok jam baru 15 minit. Huk aloh. Pandang sebelah, Zaraa pun dah lena. Time macam ni la konflik of interest. Tido atau masak. Pilihan pertama adalah sedap tapi sakit hati. Pilihan kedua pulak sakit hati tapi sedap. Mengeluh, bangkit dan pilih yang nombor 2. Huk aloh... Kalu tido kan sedap. Pastu encik Jack balik lunch tanya nasik-nasik mano?
Kenyang perut, ajar Zaraa ambik gambar. Diam je dia.
Suami mithali aku ni jenis tak cakap banyak. Pakai henpon mahal tapi jarang-jarang sms bini. Dia nak balik, dia balik. Dia makan kat meeting pun dia tak bagitau. Kekadang masak banyak dan sedap-sedap, dia balik tak makan sebab kat ofis ada jamuan. Kekadang, nasi belum masak dia dah balik nak makan. Bukan nak sms awal-awal. Nak play safe, kul 12 dah kena siap. Dia balik makan ke tak makan, belakang kira. Aku dah buat part aku. Macam tu lah. Masa awal-awal kawin dulu selalu jugak la sms tanya balik makan tak. Lama-lama fedap lah. Nak balik, baliklah. Tak nak makan, aku buang. Hehe. Aku rasa ramai surirumah macam aku dan MIL. Rasa la.  
Petang tatau nak makan apa. Plastik eskrem banyak lagi. Beras pulut hitam pun ada lagi. Bubur pulut hitam lah kita! Makan 2 mangkuk je, belen buat eskrem. Ada panjang, ada pendek. Hehe. Jadi lah. Adam memang took part dari awal rebus beras pulut ni lagi. 
Kantoi esbok comot.
Cepat keras cepat habis. Cepatlah keras. Aku nak tahu mana sedap dengan eskrem potong Walls tu. Nanti aku food testing dulu ye. Kalu sedap nanti aku warwarkan. Kalu tak sedap aku cover story terus.

No comments: