Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, May 19, 2013

#1023 Me Vs To The Island

Hari ni pegi Penang. Ada PC Fair kat PISA. Encik Jack nak cari power bank. Dapat lah. Last time aku datang masa beli sofa Fella aku tu tahun lepas kan. Datang balik hari ni mulut terlopong. Semua dah lain. Ada mega projek kat PISA tu tengah berlangsung skang. Bangunan Fella sewa sebelum ni now all poof... Parking lot pun belum sempat nak tandakan label EXIT banyak-banyak. Bikin guest pening wok nak cari jalan keluar. Pusing situ sinun nak cari EXIT. Label EXIT yang ada tu pun print pakai printer biasa je. Sangat lah bersifat sementara. Dalam PISA tu pun sama. Label nak ke toilet tu banyak la. Nak cari EXIT, kebingunan. Semua baru. Berkilat bling-bling-bling lagi.

Lepas dapat power bank yang dihajati, kitorang gerak ke Queensbay beli-belah berskala kecil sikit pastu lunch kat kedai angkat aku; Keni Rojes. Lunch kali ni memang puas hati sebab anak-anak took part dari awal sampai habis. Ngaaaaaanga aje baik Adam maupun Zaraa. Skang ni quarter meal depa kasi ayam cinonet je portionnya. Nyesal pulak tak order 3 set . Orang tamak selalu rugi. Kan dah rugi ayam di situ.
Aku ambik side dish antaranya ada mac n cheese. Budak lapar ni makan banyak jugak. Dapatlah kitorang makan dengan aman time diorang nak makan ni. Makan secara tenang macam ni memang kenyang la. Tercerna molek la.
Keluar Queensbay terus ke rumah Marcela, exroommate aku kat USM yang skang ni menetap kat Batu Maung. Nak sampai umah dia terlopong lagi tengok second link bridge dah tercantum sampai ke Batu Maung! Omo! Lamanya aku bertapa!!! Semua pembangunan kat Penang ni mengejutkan aku. Padahal baru tahun lepas pegi island. (istilah orang Penang: 'island' tu refers to Pulau Pinang. 'Seberang' tu refers to Penang, the mainland. Kat tanah besar ni. Understand?)
Dah dekat 6 tahun aku tak pegi umah dia. Pegi dulu masa Adam belum buleh meniarap pun. Asyik dia aje yang datang umah aku. Kali ni dah alang-alang sampai Pulau kan, oklah aku singgah. Adam seronok la jumpa geng. Ehem jumpa toys sebenarnya. Pegi umah orang anak sorang ni memang melimpah la mainannya. Seronok la diorang main. Bercakapnya tidak masing-masing buat hal main sendiri-sendiri. Haha. Zaraa hepi sebab dapat main kuceng yang bebas ke sana sini dalam rumah dia. Footage tak dirakam sebab..... I'm just plain lazy. Lagipun malu la kan telefon tak canggih. ;p

Balik tu Adam mintak nak balik ikut feri. Oklah alang-alang kan. Sekali sampai dekat Weld Quay tu, jem teruk kat situ. Jam 3 lebih dah. Zuhur belum smayang. Terus patah balik ikut bridge. Masa tu budak-budak semua tido. Bila dah dekat sampai umah sekali Adam terjaga. Mengamuk nak balik dengan feri. Kitorang terpaksa la tipu dia kata tadi dah naik tapi dia tido. Hoho. Kesian dia. Next time ye darlings..

Malam masa encik Jack siap nak smayang Isyak (smayang kat luar sebab nak tumpang sejuk ekon hehe aku pun) Adam dengan kerelaan sendiri cakap nak smayang sama. Oh hepinya hati bila dengar anak cakap macam tu. Kasi dia kopiah, bentang kain batik (sebab sejadah extra kat atas malas nak ambik), encik Jack suruh dia Iqamat. Iqamat la (lupa pulak dia baca sampai habis ke tidak tadi)...
Elok je encik Jack angkat takbir start smayang tu, dia pun kalih ke tv tengok Oh My English. Haip... Terus kecut yang tadinya konon dalam hati ada taman tu. Fesyen apakah solat begini? Aku tegur la suruh smayang elok-elok. Siap cengilkan bijik mata sambil bebel kat aku lagi. Spoil dah smayang dia. Haha.Tengok tv, tengok aku, menjawab teguran aku, encik Jack rukuk dia belum (mata dok tengok tv).. Haiya....
Tahun ni masih boleh improve. Tahun depan udah 7 tahun. Aku dah rasa bahang dah. Dah sampai masa dah anak-anak kena tahu pasal rukun iman dan rukun Islam. Dah nak kena ajar smayang (but alhamdulillah sekolah dah banyak ajar dia), baca Quran, posa etc. Selama ni macam take things for granted kan... Lepas ni tak boleh dah. Sepatutnya anak sejak dari lahir lagi dah kena terapkan nilai-nilai Islam. Tapi itulah, aku mengaku aku lalai dan leka dalam mendidik anak menjadi Muslim sejati. Big room to improve! 
Betul la. Anak tu lahir dalam keadaan yang suci dan bersih. Depends on the parents la nak corakkan  macam mana. Nak jadi Muslim kah. Majusi kah. Nasrani kah. Yahudi kah. Amanah Tuhan ni bukan main-main tau. Kekadang aku terfikir jugak (kan banyak masa kat umah ni kononnya)... Sama ada di alam barzakh ataupun di akhirat nanti, Allah tanya aku apa ilmu yang aku bagi kat anak-anak aku. Apa jasa dan sumbangan aku dalam mendidik anak-anak aku. Amanahkah aku dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai ibu. Apa aku nak jawab. Have you ever think of yours? Bila fikir, memang tahu dan sedar betapa banyaknya silap aku sebagai ibu ni. Tapi itu lah.... Hehe... Etika keibuan aku tersasar.. Tiap hari pun make amends nak jadi lebih baik pada anak. Tapi bila diuji sikit, cepat melatah. There goes my efforts..
Pernah tengok video ceramah Ustaz Don pasal Anak Asset Ke Syurga? Dalam dan bermakna sungguh isi ceramah tu. Pernah terfikir ke apa yang dia cerita tu? Rasa tak nak mati macam yang dia cerita tu? Bila mati, anak sendiri yang mandikan, kafankan, semayang jenazah, usung, turunkan ke liang lahad tanpa bagi chan kat orang lain buat? Nak tak anak-anak kita buat macam tu? 
Banyak benda aku nak karang tapi mengantuk giler. Penat pusing island tadi dukung budak bulat ni. Dia minum banyak air tadi dan  menjadikan tubuh dia absorb air macam sponge. Zruuuup tetiba rasa berat dan makin berat time dukung dia. Aku masih belum terbiasa nak bawak stroller kat Penang ni. Sangat la jarang kan keluar macam hari ni. Ok ok. Mengantuk nak tido. Bye.

No comments: