Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, May 23, 2013

#1024 Me Vs Mama Is Here!

Puan Menteri tiba di Penang 2 hari lepas. Kali ni ada mega family project. Encik Jack bekerjasam dengan Puan Menteri plan nak ke Tioman. Lama dah diorang team up. Aku memang tak masuk campur apa-apa hal. Last decision baru diorang bagitau aku. Selalunya begitu lah. Diorang plan-plan-plan bila dah approved baru bagitau aku. Aku kan sibuk dengan dunia aku ha ha! Cukup time bila dah roger, keje aku packing aje. Waduh macam gampang kan.

Memang sengaja tak bagitau Adam berita gembira ni. Kalu tak nanti jenuh la dia dok tanya every 5 minutes bila mamatuk dia nak sampai. Better jangan bagitau sampailah Puan Menteri tiba kat umah aku. Minggu ni kan Adam exam. Konon nak suruh konsentret kat pelajaran lah. Ha ha!

Puan Menteri ambik tiket bas pagi. Plannya dia mai umah aku dulu then kitorang akan pit stop untuk ambik Bos IBM kat KL. After that baru terus ke Mersing. Pastu balik ke KB sama-sama dengan Nik Pareh. Plan awalnya lah. 

Sampai kat umah aku petang tu Adam tengah main beskal. Masa mula-mula gate terbukak dia tak expect apa-apa la. Elok je ke tepi bila tengok keta encik Jack masuk bawah porch. Memang dia tak nampak la Puan Menteri dok lambai dari dalam keta sebab silau front mirror.  Bukak pintu keta pun dia tak sedar lagi mamatuk dambaan dah ada depan mata. Ralit main beskal kan. Sekali, Puan Menteri panggil baru terperanjat. Eksaited la member.
Room fit for a princess!
Kali ni aku prepare bilik satu lagi untuk Puan Menteri. Sebab bilik ni jarang benar guna. Ekon pun dah lama tak on. So, pasang cadar kat bilik ni je la. Rak buku Grolier ni beli masa Adam belum boleh berjalan lagi. Punya la lama peram dalam stor kat umah kondo sampai la stor umah ni. Tak pernah bukak pun. Alang-alang ada tetamu ni kan, aku bising-bising la suruh encik Jack pasang. Boleh la letak henpon ke apa-apa kan. Selalu kena letak atas lantai je. Tak tahu pulak rak ni bentuk macam ni. Selama ni dok dalam kotak je. Aku dok ingatkan rak macam lain. Tak kisah la bentuk naga sekalipun, janji boleh guna.
Adam exam minggu ni. Kalu tak kerana exam tu memang dah tuang kelas dah. He he. Encik Jack pulak dah start off hari ni. Sementara nak tunggu bertolak ke KL lepas ambik Adam dari sekolah tu, kitorang brief shopping dulu kat Tesco depan umah aku ni. Puan Menteri nak shopping pelampung itik dengan tit bits untuk bawak ke sana. Sebab kat sana mahal Puan Menteri kata. Apa-apa pun, beli kat sini.
Nah, sekarung tit bits. Makan setahun pun tak habis. Tapi mengenangkan kat sana semua barang a bit pricey  dari sini, redah je la beli belah sekarung ni. Jauh kan perjalanan nak sampai tu. Entah-entah atas keta dah habis. Lepas shopping lebih kurang ni, kitorang pegi klinik ambik ubat muntah dengan ubat demam budak-budak ni. Just in case kan. Selalunya budak-budak kalu jalan jauh, jumpa ramai orang dan main air tak hengat akan cenderung untuk jadi tak sihat. Kes anak-anak aku lah. Anak orang lain aku tatau.
On the way nak ambik Adam balik sekolah tu, Bos IBM call cakap dia demam campak baru nak naik. Huk aloh... Pom-pom girl tak pergi tak meriah la. Semua orang macam tak boleh terima kenyataan seorang peserta rombongan terpaksa digugurkan. Sedih giler. Patut la 2,3 hari lepas dia tak lalu makan dengan rasa letih. Huhu.... Bila fikir-fikir balik, silap juga. Agaknya semua orang super duper excited nak makan angin sampai lupa nak doa agar semua dipermudahkan. Memanglah, kita yang merancang tapi Allah jua yang menentukan. Musnah harapan nak family reunion. Susahnya nak cukup korum ni kan. Semua orang berkabung dalam keta. Macam tak percaya pulak dengan dugaan yang Allah bagi di saat akhir ni. Dulu masa nak ke Bandung, aku yang sakit sampai tak jadi pegi. Kali ni Bos IBM pulak. Sedih, sedih. Boleh imagine lah cane rasa sedih di pihak empunya badan yang takleh join tu. Aku dah rasa ;p
Sampai kat sekolah Adam ngam-ngam kul 12. Kira parent first lah yang datang jemput ni. Ramai betul kawan-kawan dia tolong hantar sampai ke gate. Buleh tahan fofular dia kat sekolah ye.
Kitorang bertolak lepas smayang Zuhur kat umah. Journey kali ni memang berbeza sikit lah dari journey kitorang ke KL. Adanya Puan Menteri, memang asyik makan je sepanjang jalan. Kejap-kejap hulur tu. Kejap-kejap hulur ni. Kenyang perut la budak dua orang ni. Zaraa sepanjang Puan Menteri ada ni memang dia tak nak dok dengan aku. Memanglah, kusyen Puan Menteri sedap duduk sikit banding dengan aku ;p
On the way tu stop pegi toilet kat R&R mana entah. Sesambil singgah beli fresh coconut untuk adik bongsu aku yang tak sihat kat Ampang nun. Kesian dia kan, sakit sorang-sorang. Puan Menteri berhabis beli kelapa muda RM5 sebijik. Mahal pun beli jugak. Orang kata demam campak kena minum air kelapa banyak-banyak kan. Semoga kelapa mahal ni ada keberkatannya amin...

Malam ni singgah tido umah Puan S kat Bukit Indah dulu. Awalnya plan nak tumpang bermalam kat rumah agam Nik Deana tapi tuan umah pun tak sihat jugak. Bibik pun takde. Maka tumpang umah Puan S je la. Awal-awal lagi plan dah gone wrong kan. Dugaan...

Kitorang sampai lepas maghrib... Fuh... Aku tatau lah macam mana penduduk Bukit Indah buleh survive dengan traffic congestion kat situ. Linda Onn pun rilek je dok situ.. Lemas aku nengok keta tak putus-putus dari semua arah. Lemah semangat aku. Kalu kena dok situ bertahun-tahun tatau lah macam mana. Respek aku kat penduduk tetap situ. Tabik!

Kepada Puan S, tima kasih sebab sponsor free homestay malam ni. Sorry datang menyusahkan mak buyung yang dah sarat sangat-sangat dah. Tengkiu so much for the great hospitality. Harap tak serik terima kunjungan kitorang lagi. Hehe...

Esok D-Day. Semoga perjalanan dipermudahkanNya amin.

2 comments:

Anonymous said...

yayyyyyyyyyyyyy dh ada updates! wahhh bestnyooo raso tok sei tido nok baco semo! there are pages to read! i likeeeeeeeeee
-kakak-

Anonymous said...

ohhh berkabung ko? terharunyooo..ingat takdok ore ingat doh ko ore sakit hok keno quarantin ni hehhehehe terharunyooo
meme frust tok leh g coz lamo doh nok g rumoh abe.missing the kids so much.
June will be super bz with work + hak sako lg..mano dea nok jupo the lil ones sob sob..
anyway happy tgk gambar2 uols having fun kat sano! :-)

amboi zara buke main lg bermanjo ngan mamatuk dio! hehehe
-kakak-