Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, May 24, 2013

#1025 Me Vs Off To The Island!

Pagi ni 7.30 dah keluar dari kediaman Puan S. Breakfast pun dalam keta je. Punya lah nak kejar masa takut terlepas feri ke Tioman kan. Ekceli, cerita pasal tiket ni sangat panjang dan mengharubirukan. Aku pendekkan citer je lah ye. Dari Bukit Indah tadi tu, kitorang benti makan kat Mersing. Tadi ingat nak naik dari Mersing (citer pasal tiket, jeti dan feri adalah sangat panjang sampai nyaris-nyaris nak givap balik tido KB je malam ni) last-last stop untuk ke toilet dengan lunch aje. Tiket dapat kat Tanjung Gemok. Kena naik sanalah. Nasib baik dapat gak tiket kul 5.30pm. Fuh.... Kitorang kul 1 dah ada kat Tanjung Gemuk. Singgah masjid kat Tanjung Gemuk untuk smayang. Smayang, pegi toilet lenggang kangkung pun belum kul 2 lagi. Mak ai, nak buat apa lagi nak tunggu 3 jam lebih lagi? Huhu....
Lantai kotor, tong sampah melimpah, puntung rokok merata.
Jeti Tanjung Gemuk ni kecik compared to Jeti Mersing yang aku singgah makan tadi. Facilities kat sini adalah sangat menyedihkan. Ada, tapi nyawa-nyawa ikan la. Toilet, hummmm lagi sedey! Lagi sedey sebab aku takleh menyombong dengan toilet yang kotor dan berbau sebab aku stranded kat situ for at least 3 hours! Nak tak nak itu je kemudahan yang ada. Masjid jauh (not a walkable distance la). Parking keta berbayar kat terminal jeti Tanjung Gemuk ni very limited. Once dah masuk memang malas dah nak keluar takut tak dapat parking space. Lepas masuk parking tadi (itu pun berapa kali pusing cari parking kosong) memang kitorang dok diam-diam la kat dalam.
If travel dengan adults, memang takde masalah la menunggu. Ni yang bermasalah bila bawak budak tanpa ipad ni. Apa nak buat untuk isi masa 3 jam lebih ni. Memang mengepau duit Puan Menteri la jawabnya. Kejap nak cekelat. Kejap nak eskrem. Kejap nak toys. Berbulu den! Orang ada smartphone bestlah boleh skroll-skroll. Aku kalu ada seguni pun takleh nak hadap jugak dok melayan budak dua orang yang kebosanan ni. Letih oi letih. Letih menunggu dengan budak-budak.
Departure hall jeti Tanjung Gemuk ni takde ekon. Semua pakai kipas mamak je. Bila dah ramai paham-paham je la. Berpeluh-peluh la sambil dukung budak ni. Jeti Tanjung Gemuk ni memang tak terurus lah pada pengamatan aku. Dari toilet sampai ke departure hall sampah sana sini. Guilty sangat rasa bila terpaksa basuh botol Zaraa dalam toilet yang kotor dan 'harum semerbak' tu... Sorry ye Zaraa. I have no choice! Satu lagi kat departure hall tu selamba je orang merokok. Tensi mak! Kesian la kat paru-paru budak-budak ni oi. Selfish betul. Tahu nak lepas gian je. Puntung rokok buang merata. Berbulu kuasa tiga!
Time-time jenuh menunggu ni sangatlah mengharapkan Zaraa tido. Puas nak pujuk dia habiskan susu. Dok heret tangan aku ajak keluar. Nak pegi mana la nak oi... Boring giler la tu. Yang penjaga ni lagi la boring kuasa tiga puluh nam nak cari jalan nak hiburkan diorang nak suruh dok diam. Kalu ada ipad pun gerenti habis bateri nak tunggu 3 jam tu.
By the time ferry sampai tu, Zaraa pulak baru tido. Ya Allah..... Imagine sendiri lah berasak-asak nak ke jeti ( tiket kan free seating). Encik Jack heret baggage. Puan Menteri heret Adam dengan beg-beg yang ringan. Aku pikul Zaraa yang tido. Huk aloh. Apasal la time ni la dia nak tido. Wrong timing. Nak patah riuk pikul budak berat ni. Panas berpeluh pun sedap jugak dia tido. Haih.
Setelah melalui azab yang banyak peringkat tu, last-last berjaya jugak naik feri. Bila punggung dah cecah seat tu rasa nak terus tutup mata. Letih gilos. Elok je masuk feri, segar bugar budak dua orang ni. Lagi la mak tensi! Baru je rasa nak tutup mata kejap kan. Penat tak hilang lagi, dia dah bangun. Letih part II continues :-(
Nik Pareh dah pesan, naik feri pilih seat belakang-belakang sebab depan nye kalu ombak kuat, berayak pun kuat. So, kitorang patuh je la. Memang tokei feri dah announce sape yang nak turun kat Tekek (sana nanti banyak hentian jeti) dok kat belakang. Memang mostly nak turun kat Tekek la.
"Banyaknya air sabun mommy!", kata Adam.
Perjalanan feri ambik masa 2 jam setengah. Tadi menunggu 3 jam. Ni mati kutu pulak atas feri 2 jam lebih. Adam tido lama gak atas feri. Orang lain semua lena. Penat kan. Aku jugak la takleh tido dok pangku Zaraa yang tak nak tido. Tido kejap je. Seat sangat tegak. Memang tak selesa la. Oh macam ni ke Nik Pareh ulang alik keluar masuk pulau.. Oh kesiannya. *insaf
Main tepek stiker ke muka daddy untuk hilang bosan.
Dari cerah sampai la gelap malam kul 8 baru sampai pulau. Keluar dari terminal feri Tekek Nik Pareh dah sedia menanti. Lega tengok dia dah ada. Aku dah nak jadi obor-obor dah ni. Tengok muka dia macam dia lagi penat dari kitorang harini. Hehe. Penat urus tiket, penat urus penginapan dan pengangkutan kitorang malam ni ye. Disebabkan kat pulau ni penggunaan kenderaan beroda 4 adalah sangat eksklusif (pasal ni nanti aku story kemudian ye) maka kitorang diangkut sorang-sorang dengan motor. Barang tumpang side car (sila google apa itu side car)

Motor memang kena pinjam motor kekawan Nik Pareh la nak angkut rombongan kitorang semua. Hehe. Malam ni merasa naik motor dengan encik Jack. Sebelum kawin dulu dia tak pernah bawak aku dengan motor. Encik Jack bawak motor, Zaraa kat tengah, aku kat belakang. Diam je Zaraa duduk separa mencangkung antara aku dengan encik Jack. Hikhik. Terpinga-pinga kot pebenda la dia naik ni. Mula-mula neves jugak aku takut dia meronta ke menggelepar ke apa. Tapi tak pun. She behave accordingly. Good girl.
Sampai-sampai je, terus proceed bbq. Letih, lapar bila berpadu memang jadi jellyfish lah kamu. Encik Jack penat-penat pun turun padang sama-sama membakar haiwan bbq. Bbq malam ni Nik Pareh jemput cikgu-cikgu yang belum balik. Ada yang family datang bercuti macam kitorang jugak. So, meriah la malam ni. Meriah itu memang seronok. Tapi letih gilos. Tuan rumah nak buat bbq malam esok tapi tak mengizinkan. Kena buat malam ni jugak. Hins.... Letih...

Apapun, aku appreciate la keterujaan tuan rumah buat bbq nak sambut kitorang. Ikan kerisi, sotong, ayam semua fresh macam baru mati. Seumur hidup tak pernah makan sesegar itu. Manis dia memang lain la. Sedap bila bertemu lapar dan letih memang makan dengan mata separuh terbuka la. Hihi... Tapi memang sedap.
Bos IBM mesti suka gambar ni.
Lepas makan-makan dan jemputan balik, kemas-kemas lebih kurang pastu terus tido.... Tido yang paling sedap dalam sejarah la. Kitorang bentang tilam pakat tido depan tv je. Bilik kat atas semua tak terusik. Naik jemur kain dengan semayang aje. Hihi...

Esok acara best. Tak sabar!

2 comments:

Anonymous said...

kesiannyoo baco pasal cabaran nok sapa ko pulau tu! wish i can be thr so leh la ringankan yr beban.
tp nok suko pulok baco pasal
1)adam kato byknyo sabun! ahhahhahah but he got the pointla..mugo supo ngan dio tgk buih2 sabun kat rumoh
2) haiwan2 yg br mati tu hahhahahaha

ni duk baco sore2 dale gelap ..meta gelok.. meta sebok..meta terharu baco!
-kakak-

Anonymous said...

additional comment:
superimpose ko gambar last (kat dpr tu) hehehe juruhnyoo napok hiks
-kakak-