Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, June 1, 2013

#1031 Me Vs The Ending of Our 2000km Road Trip

This photo don't do justice. Sebenar lagi santek!
Semalam akad nikah sepupu encik Jack kat Kampung Nangka. Pelamin adalah osem. Tiap kali tengok pelamin orang, mesti dengki sebab zaman aku takde lawa macam ni. Semalam kebulur makan nasi kenduri dalam gelap. Hilang feel makan sebab tak nampak mana satu tulang, mana satu isi. Korek-korek rasa tulang.  Masa aku sampai tu umah pengantin blackout. Nasib baik pengantin lelaki belum sampai lagi. Worst case scenario kan.
Hari ni dah nak balik Penang. Encik Jack nak jugak tunggu makan gulai kawah sebelum bertolak balik. Oh encik Jack, encik Jack... Dia dengan makanan memang kacip. Aku pun suka jugak gulai kawah tapi takde  la sampai terkilan kalu tak makan. Mak ikut je la dah pilot decide macam tu kan. Sebenarnya aku kalu buleh tak suka bertolak tengahari. Tapi disebabkan keje aku atas keta adalah duduk aje dan tukang tadah muntah budak-budak, makanya aku harus akur.

Sampai umah pengantin dekat kul 1, rombongan dari pengantin lelaki belum sampai. Encik Jack makan dulu. Nanti nak kena gilir-gilir pegang Zaraa lah. Malas kasi dia buat sepah nasi gulai kawah. Sayang kat baju baru Bos IBM bagi ni. Suppose pakai raya raya tapi baju nak pegi kenduri takde. Aku pakaikan je la baju santek ni. 

Makan-makan, then terus bertolak ke Penang. Hari ni hari kenduri segenap jalan. Kat Machang jem dekat 2 jam sebab ada eksiden. Haih. Sawan aku nak marah kat gulai kawah. Kalu bertolak pagi-pagi takde la nak terhegeh-hegeh atas jalan ni. Entah berapa belas kilometer jem. Budak-budak pulak keboringan. Sampai satu tahap encik Jack bagi kata dua; nak patah balik tido KB dulu or redah je merangkak dalam jem tu. Alang-alang dah 2 jam, redah je la. 

Harapnya lenkali ingatlah kenapa aku bising sangat nak bertolak pagi-pagi. Bukannya takde pilihan kan. Jalan jauh dengan budak, adalah yang terbaiknya bertolak pagi. Nak-nak pulak musim cuti sekolah yang penuh dengan kenduri kendara. Silap decide, diri sendiri la yang merana.

Habis jem, singgah semayang kat puncak Titiwangsa. Aku nak komplen sikit. Kat sini view memang cantik. Nampak diorang dah upgrade buat pagar, pedestrian walk, etc. Tapi yang kurang menyenangkan adalah bila bukak je pintu keta, terus hidu bau asap bas. Sebijik macam dok kat terminal bas. Agaknya gas karbon monoksida memang tepu giler la kat situ. Sangat-sangat tak selesa bernafas. Anak kita lagi kan.

Satu lagi, nak pegi toilet tu dari parking lot lagi dah hidu bau jamban yang eeeewwwww... Tapi jamban tak kotor pun aku tengok. Sewage problem kah? Potong stim lah nak bergambar-gambar. Belah sana bau asap bas. Belah sini bau jamban. Kalu tak terdesak memang tak singgah dah sini.

R&R Lunas lagi aneh. Toilet, surau, food court, playground semua bersih. Payah la nak tengok sampah. Dalam toilet pun bersih dan kering. Lepas kita masuk je cleaner akan terus cuci dan lap. Takde bau-bauan yang tidak menyenangkan. TAPI... Lalat banyak giler. Mana datang tatau. Selalu pegi macam tu la.
@ R&R Puncak Titiwangsa.
Sampai umah 8+. Makan lebih kurang, load kain dalam washing machine, vakum habuk pastu tido... Letihnya... Alhamdulillah dah sampai umahku syurgaku. Rindu sama mesin air aku, ekon, dan water heater sudah terubat... Yay dah jumpa balik. And yay, buleh online tanpa perlu share-share dengan orang lain. Esok lusa buleh marathon drama korea. Lama benar dah hilang kebebasan bertenet.

4 comments:

zahira said...

Yup pelamin sgt cantik. Nyoh pun upload gmbr pelamin. Tak merasa nak tgk gmbr pengantin. Kahkahkah...esok jer lah tgk pengantin nmpknya.

Blog Diva said...

kaklong join diorang pegi ngantar noli ke? belah laki sure grand jgk tu...

zahira said...

Aah. Esok pagi gi melaka. Jumpa diorg kat sana.

Anonymous said...

eh zara tukar ikut muko mu pulok..
-kakak-