Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, June 13, 2013

#1032 Me Vs Sinking

Takde apa menarik yang berlaku dalam seminggu dua lepas balik dari kampung. Hidup adalah biasa-biasa sahaja. Mostly, meltdown moments lah. Why, surirumah tak boleh ada meltdown ke? Tapi benda ni tertalu personal, aku citer pasal moist choc cake je lah. Tetiba je kan. 

Biasa lah. Bila dah balik Penang ni bermula la hidup makan gandum-base food. Missing Kelantan food already. Tekak terasa nak makan kek cekelat. Tapi resipi Nik Deana takde dengan aku. Apa kata try resipi Nik lain pulak kan. Aku google dapat resipi dari Nik minah saleh. Sedap jugak. Yang penting, sangat lembap. Bahan sangat simple dan sikit. Ini aku dah halfkan dari resipi asal. Bila siap bakar tu dapat la agak-agak kek dalam setengah kilo. Aku bakar dalam periuk cinonet je. Cukup la kan stok untuk hadap seminggu. Sesape nak try sila la. Mudah je buat. Aku mix pakai tangan je.

Moist Choc Cake
1 cup flour
1 cup sigar
1/3 cup cocoa powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp baking powder
1 egg
1/2 tsp salt
1/2 cup buttermilk (buat sendiri je)
1/2 cup oil
1 tsp vanilla
1/2 cup boiling water
1 tsp nescafe *optional

1. Satukan semua bahan kecuali air panas. Kacau hingga sebati.
2. Tuang air panas dalam campuran tadi. Kacau lagi hingga semua sebati.
3. Tuang dalam pan pembakar, bakar dalam oven 150 C, 50-60 min. (this is a slow cooking process)

Campuran adalah sangat cair kalu ko tengok. Tapi jangan risau, menjadik punya. Tak payah tambah tepung, biar je camtu. 2 kali dah buat resipi ni. Tak puas rasa makan. Kek ni tak pakai butter. (selamat butter aku) Sebab dah substitute dengan  minyak masak tu kot. 

Posa ganti aku tinggal 9 hari lagi. Posa yang tinggal sebab bersalin kat Zaraa tu tinggal sehari je lagi. 8 hari lagi tu posa tahun lepas. Rasa macam tak percaya posa sebulan yang tinggal masa bersalin kat Zaraa tu aku dah almost nak settle. Alhamdulillah... Tak banyak la kena fidyah tahun ni. Aku target nak perabis posa yang tinggal sebab bersalin tu je. Posa yang tahun lepas punya kalu sempat, aku setelkan. Tak nak paksa diri sangat sebab dah nak Ramadan dah kan. Bimbang kalu paksa-paksa sangat, nanti gastrik lagi. Posa tahun ni yang penting biar buleh perform. Doa-doa la.

Bila tengok balik countdown 75 hari yang aku tinggal posa tu sejak 4 tahun lalu, memang rasa berwarna-warni perasaan. Pahit manis nak mengabiskan semua posa ganti tu memang tak boleh nak cerita la. Bila tengok yang aku pangkah dah nak sampai ke penamat, rasa tak sabar nak habiskan. Tapi tak boleh tamak. Aku kan ada penyakit. Tak boleh kerek sangat. Dah boleh setelkan sebanyak ni pun alhamdulillah sangat-sangat. Sampai bila nak kena keluarkan fidyah ye dak?

Balik Penang ni bebudak dah tak berapa nak makan. Boring kan asyik makan gandum je kudapan kat sini. Posa-posa ni memang tak payah citer la betapa penat dan tak laratnya. Sampai satu tahap aku rasa tak nak bagi makan kat bebudak ni. Zaraa specially. Kenapa? Sebab dia tak appreciate my hard work. Dapat makanan, sepah-sepah serata tempat. Dapat minuman, ditumpah-tumpahkan serata kapet dan lantai. Mak penat la oi. Hari mula-mula sampai Penang tu makan gulai kawah perangat. Sedap betul dia sepahkan dan lumur kuah gulai yang berlemak tepu tu ke lantai... Nak menanges mop lantai nak hilangkan kesan greasy lemak lembu tu. Tiap hari macam tu. Sampai satu hari tu rasa berkobar-kobar nak resign jadi surirumah sebab tak tahan kena mengemop mengelap hasil kerjaan anak-anak. Korang duduklah kat neseri!

Mood time posa ni memang sangat bergelora la. Bila bagi makan, anak-anak buat macam tu memang rasa tak nak bagi makan je. Biarlah kebulur pun. Dah kalu bagi, kita jugak yang penat. Aku posa, korang pun posalah jugak. Puas hati. I wish I could do that. Tapi mana buleh kan. Huk aloh... Selagi belum tutup mata, keje-keje-keje la.

Sem depan encik Jack dipinjamkan ke kampus Pasir Gudang untuk 1 sem. Sebelum ni meeting kata mungkin 2 minggu je seorang then gilir-gilir la ikut turn dengan lecturer lain. Pastu meeting minggu lepas kata kena pegi 6 bulan pulak. This news is bitter to me. Banyak hari aku terganggu dok pikir pasal ni. Encik Jack bagi kata mandatori suruh aku berdikari kat sini. Berdikari.

Ye, hidup aku kat sini banyak bergantung kat dia. Tapi ditinggalkan terkontang-kanting menguruskan anak-anak secara sendirian berhad meragukan aku. Tak konfiden weh. Abaikan soal driving. Ofkos aku boleh ambik lesen pasni. Bab konfiden tak konfiden mula-mula drive tu belakang kira. Bila dah desperate mesti boleh punya. Tapi nak dok 3 beranak kat Hong Kong ni mampukah aku. Sedara takde. Jiran tak rapat mana. Jumpa depan rumah pun sekadar senyum-senyum aje.

Orang nak suruh aku berdikari tu senang la. Orang tu sendiri pernah ke spend masa cukup 24 jam sehari dengan anak-anak ni sepanjang hayat diorang? Tak pernah. Pernah ke jaga anak sakit demam sorang-sorang time aku takde sehari? Tak pernah. Pernah ke jaga makan pakai anak-anak tanpa bantuan orang. Tak pernah. Aku pun tatau apakah perasaan aku yang tak suka idea dok sini 3 beranak selama 6 bulan sendiri-sendiri ni adalah betul atau salah. Should I protest? Or shouldn't I?

Masalahnya tu lah. Tahun depan Adam dah darjah 1. Nak tukar sekolah macam serba-salah 6 bulan je. Nak dok sini, sape lah nak sacrifice commitment untuk teman aku berbulan-bulan. Nak dok tanpa teman, takut jugak malam-malam kalu ada emergency ke apa. Kang balik-balik dari Pasir Gudang tengok 3 beranak dah sejuk tak bernyawa apa citer? Dok teringat-ingat lagi budak motor datang ketuk pintu bawak kayu pagi buta tu. Isu ni sangat sensitif. Masing-masing kalu buleh mengelak dari cakap pasal ni. Sebab kalu bila terlepas gerenti dua-dua tak sama pendapat. Sigh.

No komen. Patutnya kena pegi tanya kat Sekolah Adam tu dulu. Haih tatau la. Malas pikir. Malas pikir. Apa nak jadi, jadi lah. Kemudian menyesal takpe lah.

Stress,
Blog Diva.


Itu pun nak stres ke.

1 comment:

Anonymous said...

resepi kek tu lebih kurang dh ngan hok cik long bui tu. ok la moist kan..just add any liquid will do.
ni resepi cik long yg me always use.

* kek ni besar gaban..if small bekas leh buat 2 bijik :-p
------------------------------------

Moist Choc Cake-ema

360gm(2cwn lebih sikit) AIR MASAK (or SUSU)
420gm(11/4cwn) GULA
330gm MENTEGA
4 TELOR
2 KUNING TELOR
11/2cmt SODA BIKARBONAT
90GM(kurang sikit 1 cwn) SERBUK KOKO
11/2cmt ESEN VANILA
300gm(21/2 cwn) TPG GANDUM (me guna tpg naik sendiri)

1.PUKUL GULA + MENTEGA
2.PUKUL TELOR DLM MANGKUK ASING HINGGA KEMBANG
3.MASUKKAN TELOR SEDIKIT2 & KACAU + ESEN
4.MASUKKAN TPG (YG DIAYAJ BERSAMA KOKO + SODA)
SEDIKIT2 DAN SELANG SELI NGAN AIR
5.BAKAR 45 MINIT OR HINGGA MASAK 350F
(Me agak2 je dlm 130-150C if oven sedang)