Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, June 14, 2013

#1033 Me Vs Ribut

Kelmarin kat rumah aku ni ribut taufan. Okay ributlah. Taufan tak kot. Dapatlah tengok awan rendah je gerak. Atas sikit je dari atap rumah. Serius ni. Kul 7 tengah siap-siap nak bukak posa tu, angin ribut pulak melanda. Takut tengok pokok-pokok yang berhampiran. Online pagi ni baru tahu satu Penang dilanda ribut teruk. Sampai tumbang itu ini kat pulau nun. Sekeping atap entah sape punya jatuh pecah berderai dalam longkang belakang dapur aku ni. Dahsyat jugak rupanya. Encik Jack pulak orang azan maghrib baru sampai umah. Bukan nak sms bagitau balik lambat ke apa. Buat orang risau je time ribut-ribut tu.

Hari ni nak masak apa ye. Aku ni celik mata je dah kena ada idea nak masak apa untuk hari tu. By kul 9 dah nak kena finalize menu. Bagi hari yang idea senang datang tu mudah lah. Kena time hari idea liat tuh, memang sakit jiwa jugak. Adam banyak hari dah dok sebut nak makan pretzel. Not sure lah dia excited nak tengok proses pembikinan aje atau memang dia sungguh-sungguh nak makan. Umah aku ni run out of yeast. So tak boleh buat lah. Pegi Tesco wiken lepas pun tak jumpa-jumpa yis. Tesco sini tengah renovate, so semua kedudukan barang adalah sedikit haru biru. Pegi kedai runcit pun tak jumpa jugak yis. So, takleh buat jugak la lagi.

Wiken lepas pegi makan Nandos kat Jusco. Aku tanya Adam nak keta remote or pretzel. Haha. Ofkos la nak keta remote kan. Teruslah lupa pasal pretzel. Bila dah dapat keta remote tu, orang main atas lantai. Dia pulak guna remote tu untuk tengok tayar keta pusing je. Keta tak bergerak pun. Kejap je la bateri habis dok main macam tu. Caj bateri hanya untuk tengok tayar pusing. Itu je la tujuannya. Bukan nak gerakkan keta tu ke serata lantai. Haiyoh Adam, Adam...

Start sekolah lepas cuti sekolah 2 minggu haruslah dia tak nak pegi sekolah kan. Drama la tak nak pegi skolah. Kaki bengkak la. Batuk la. Aku pujuk la dia suruh pegi sekolah sebab nanti boleh citer kat kawan-kawan dia yang dia pergi Pulau naik bot, panjat bukit segala. Bila dia balik sekolah tu aku tanya la dia bagitau tak kat kawan yang dia naik bot tengok ikan tu. Sekali dia jawab, "Tak pun.. Adam citer pasal daddy beli keta remote aje"... Huk aloh. Keta remote jugak yang tersohor. Kids!

9 hari lagi sisa posa perlu diganti.... Tak sabar nak habiskan countdown ni. Dah kurus kering body dok posa sepanjang tahun. Yes, memang sepanjang tahun lah kira. Aku start ganti posa Syawal tahun lepas sampai la masuk Syaaban dah ni. Orang lain ganti posa last minute pun dah habis dulu dari aku haha. Lambatnya nak habis. Dulu sebelum kena gastrik teruk ni, aku kalu posa ganti tu memang buat direct je takde selang-selang. Sebab bila dah berenti, nak start balik tu susah dah. Baik aku posa direct aje sampai habis. But now dah tak boleh la buat gitu. Sobs.

Zaraa skang ni minat benar Oh My English. Terlopong depan tv. Jangan coba-coba nak tukar channel time Oh My English tu. 2,3 hari ni dia tak berapa sihat. Panas-panas sikit tubuh. On and off la. Skang ni dia dah nampak serabut dengan jambul melimpah dia tu. Time aku tak ikat tu memang kejap-kejap dok selak jambul dia. Tahu pun serabut. Hi hi. Cepatlah panjang wahai rambut. Kalu dah panjang benar tu mudah la nak ikat pony tail.

Bila tengok Adam, sedih rasa. Kurus keding je dia skang ni. Makan macam biasa. Mungkin sebab dia makin tinggi nampak dia makin kurus. Susu makin jarang minum. Dah besar dah kot tak minum sangat dah susu. Susu kurang tapi Milo memang cepat je habis seminggu-seminggu. Sehari mesti nak minum 2-3 gelas. Kalu lambat buat kat dia, dia buat sendiri. Sedap la menambun serbuk milo banyak-banyak. Airnya taruk sikit aje. Pekat macam topping kek cekelatlah jadinya. Mana tak cepat habis. Buat air oren macam tu jugak. Sampai satu tahap aku kena sorok semua barang. Sorok kat abang. Sorok kat adik. Pastu bila nak guna cari tak jumpa-jumpa sebab lupa mana aku sorok. Hekeleh.

Masak megi aci tak hari ni? Aku aci la. Tapi orang darah tinggi tu karang berdenyut kepala tengah malam blame aku pulak karang.

Gambar takde. Tak mengambik gambar.

No comments: