Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, June 24, 2013

#1036 Me Vs The Creepy Crawlies

Sejak dok umah ni dah setahun setengah, dah berapa ekor lipan dah tamat riwayat kat tangan kitorang. Dah terlepas tak sempat ketuk pun banyak jugak. Sehari dua ni banyak ekor pulak muncul malam-malam. Selalunya dalam bilik air lah. Elok sangat lah tu. Tiles lantai pulak sama kaler dengan lipan. Kalu tak perati memang mudah le terlepas pandang.

Semalam terkejut baboon aku nak terpijak sekor masa tarik pintu sliding dapur aku tu. Biasa jumpa dalam bilik air je. Tapi semalam punya tersesat nak pegi tengok tv. Terpekik-pekik la aku panggil encik Jack. Bersilat gayung nak elak terpijak lipan lagi, nak heret budak-budak dari pegi dekat lagi. Budak-budak ni pulak, makin orang tarik dok jauh, makin dia nak pegi tengok dekat. Isyh... Geli geleman aku. Besar pulak tu. Dekat sejengkal jugak.

Korang pernah tak jadi macam ni kat umah korang? Buat cane ek? Aku baca dalam forum, ada yang curah kloroks, ada yang curah air panas, ada yang tabur serbuk belerang. Tapi kalu tabur belerang dalam bathroom, nanti mandi bagai tak mengalir keluar ke serbuk tu? Ada sesape ada petua lain tak? Boleh la share-share kat sini. Seriau weh dengan lipan lapan ni.

Nak masuk tido semalam encik Jack kata dia jumpa sekor lagi sama besar dengan yang sesat nak pegi tengok tv tu. What, one more?! Yang sekor tu pun aku dah geli-geleman tak habis, ni ada satu lagi yang lepas bebas tak sempat ketuk. Cepat betul dia lari nyorok dalam lubang. Kat mana entah. Warna tiles lantai bilik air aku memang tambah menyusahkan keadaan. Kalu sebesar tu dah lepas bebas, tak mustahil masa akan datang lagi besar lagi dia datang. Kalu skang ni sebesar tu, maknanya mak dia lagi besar skang ni ada kat somewhere dalam umah aku ni. Hewhew.... Takot. Why  my house. Tanya jiran aku dia kata umah dia tak pernah pulak jumpa. Semua yang tak best ada kat umah aku je. Anai-anai, centipede, millipede. Hoi millipedes pun banyak giler umah ni. Dalam pasu bunga penuh dia.

Rasa tak tenang je nak masuk bilik air. Trauma orang kampung kau kata. Orang kampung aku kata kuong. Lekat kuong. Tahu la kan, lipan ni dia gerak cepat dan 'gila'. Ada sekali tu, aku tengah perah mop nak mop lantai. Tengah nak perah mop tu tetiba aku nampak macam 'tali' merah terkeluar dari tali-tali mop tu. Otak terus kasi alarm suruh campak batang mop dan lari. Ye, lipan dalam mop. Time aku nak perah tu dia terkepit la kot tu yang dia keluar. Dah kena pun dengan tangan aku. Nasib baik sempat jentik. Kalu tak, free-free kena sengat dah. Besar pulak tu. Kenapa lah jodoh aku asyik jumpa binatang berbisa aje ye? Lepas dari kejadian tu, memang selalu beringat la. Nak letak mop, mesti batang kat bawah. 

Hari ni masuk bilik air penuh berwaspada. Adam mandi nak pegi sekolah pun aku tunggu. Nanti Zaraa pulak mandi basuh kareb kat situ. Hoi takut lah. Mana nak bawak lari anak, mana nak ketuk lagi. Lipan ni cepat tau. Kalu terlepas pandang one split second je dah hilang. Semalam bila encik Jack kata sekor besar terlepas tu rasa terkilan tak puas hati sangat-sangat. Sampai 4,5 kali terjaga malam dok teringat lagi pasal lipan tu. Tiap kali time encik jack wasn't around and I'm the only one incharge of this house, memang rasa nak nanges kalu aku sendiri yang nak kena ketuk binatang itu. Geli. Kalu buleh tak nak tangan aku yang buat this so called dirty job. Geli bila tengok bila smash, keluar blue venom. Ewwww....

Now, malam-malam selagi tak naik tido atas, memang tak tutup lah lampu dapur. Takut kan dalam gelap-gelap nak pegi ambik air kat dapur tu karang terpijak tak perasan. Oh macam-macam. Kat kondo dulu scared of Charlie. Now here takde Charlie tapi banyak lipan. And millipede. And stray dogs.

Help me.

No comments: