Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, June 27, 2013

#1037 Me Vs The Game Boy

Serius takde update menarik nak citer. Blogger lain pun sunyi je. Yang update pun mostly buat entry pasal product review je. Begitulah agaknya ye kalu jadi blogger fofular ni. Asek entri berbayar aje buat. Tapi aku rasa lagi best kalu buat entry yang lebih personal. Aku kan kepochi! Tau nak stalking hidup orang je. Ha ha ha.

Skang ni serius rimas nak online. Baru je bukak laptop, anak dah masuk dekat mintak nak main game. Game, game, game. Kena time aku memerintah gigi besi memang tak kasi chan la dia guna. Time aku gaya umi-umi mithali penuh simpati tu aku bagi la dia main. Tapi tu lah. Bila dah start bagi chan ni, hari-hari dia nak main. Balik sekolah campak beg atas tangga (safe spot adik takleh ambik), mandi manda terus mintak nak main game. Sampai satu masa aku terfikir pulak, budak zaman skang ni memang dah takleh nak kontrol teknologi. Macam anak aku ni, bila asek tak bagi dia macam ketinggalan pulak. Agaknya pegi sekolah jumpa kawan-kawan dok sembang pasal game kat ipad. Tapi dia mana ada. Oh kesian mode. Aku ada jugak terfikir aku dah tak boleh nak tahan anak aku dari ikut arus macam anak orang lain.

Benda ni memang sensitif issue la bagi aku personally. Dalam hati berbelah bagi nak dengan tak nak bagi dia his own game access. Susah la nak citer. We're considering of getting him a cheap mini ipad. Or Ipad. So that dia takde la berebut laptop ni dengan aku. Mak nak cari recipe pun tak aman okey. Nak on laptop pun pikir banyak kali kalu dia tak tido. Kesian jugak kan nak kecewakan permintaan dia mentah-mentah hanya sebab nak ikutkan kepentingan peribadi aku. I hate to turn him down, really. Tapi itulah. Haih susah, susah. Bila dah bagi, ralit main sampai tak makan minum. Risaukan power mata dia lagi. And not to forget his academic performance. Exam baru ni dapat nombor 2 last. Yes. Aku dulu pun awal-awal memang underdog aje. Belajar malas jugak. Tapi last minute mak pulun semua A. Itu zaman aku lah. Di mana pc pun jarang orang ada setiap satu. 
Nampak gaya dah tiba masa aku terima hakikat anak aku ni memang hidup dalam zaman yang semua budak mesti ada ipad. Aku dah tak boleh asuh dia hidup macam cara aku dulu dah. Kesian dia kan. Bila jumpa geng sepupu-sepupu yang ada ipad, memang nampak dia teruja sangat. Berdosa mode. 

Tukar topik lah. Sedih pulak asek salahkan diri sendiri je tak mampu nak mewahkan anak ni. Kasi citer best sikit lah. Akhirnya sofa yang aku iklankan kat mudah.my 3 kali tu dah terjual. Yey! That sofa is now belong to the new owner, seorang askar anak nak masuk 7. Peh. Macam mana nak menten sofa putih tu aku tabik sungguh. Hari Isnin baru ni dia datang ambik sofa. Tak sangka pulak terjual jugak akhirnya sofa tu. Aku takde la serius sangat nak jual. Sekadar nak tahu market price aje lah. Kalu ada willing nak beli dengan harga yang aku kira patut, aku ok je nak let go. Tapi kalu yang sms mintak less harga sampai ridiculous tu aku tak jual la. 

Hajat nak tengok umah luas sket dah terlaksana. Skang ni gatal tangan la pulak nak pegi hunting console table dengan side table. Takde sofa badak tu rasa lapang la sket. Nak rearrange furniture pun rasa lebih mudah. Tapi perasaan kelat tak boleh blah adalah masa tengok orang angkut sofa tu naik lori. Tetiba je rasa eh cantik giler sofa aku ni pehal la sebok nak jual*** He he. Tapi once lori dah hilang dari pandangan mata, aku ok je. Tapi betul la. Sofa aku tu nice from far lah. Dekat, far from nice. Wakakakaka..

Setel bab sofa. Ingatkan hari tu takde orang nak beli dah. Ramai gak yang sms sebelum ni tapi tak serius la. Lepas tanya-tanya, senyap. Alhamdulillah la rezeki ada jugak walaupun terlewat sikit. Terbukti la mudah.my tu medium nak let go barang yang berkesan.

Ok nak tido dah. Hari ni aku posa qada penutup untuk tahun 2009, 2010, 2011. Untuk tahun 2012 aku tengah pertimbangkan nak teruskan atau KIV dulu. Kalu buleh nak rilek dulu sempena nak masuk Ramadan tahun ni. Penat jugak tu nak posa direct kan. Haih... Suka la manjakan diri macam ni. Pastu bila kenang balik, diri sendiri jugak yang terkilan sebab tak mencapai target nak langsai semua posa tahun ni. 8 hari je pun belen yang tinggal... 

Substitute dengan 8 cupak beras fidyah aci tak? :p 

4 comments:

R I N I . R A N I said...

Mek, mung let go sofa fella design tuh ko?

Blog Diva said...

rini: yea baby! hok 2 seater putih tu jah. set 2+3 ado lagi.

zahira said...

Budak2 zaman skrg. Tak blh berenggang ngan ipad. Nuha pun skrg dah pandai berebut ipad ngan kiki.

Anonymous said...

comeinyoo 2 beradik ni tido..so sweet
-kakak-