Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, June 28, 2013

#1038 Me Vs Bloomdale

This is for Show And Tell Friday hosted by Cindy at My Romantic Home.
Aku dok koya esok Jumaat. Apa nak jadi. Alang-alang baru tahu hari ni Jumaat, aku buat entri khas Show And Tell Friday lah apa kata. Entri ni sambil-sambil menyahut seruan Puan Blogger Taat yang dah lama request nak aku update pasal tanaman aku. Keh keh keh. Tanaman. Bunyi tu macam tanah setengah ekar aje kan. Padahal ada berapa pasu aje pon.
Ingat tak dalam entri masa mula-mula dok umah baru ni aku komplen pokok aku tak nak berbunga? Berbekalkan teori bawah porch aku ni too shady, maka aku pindahkan semua pokok lili dalam planter ni letak kat balkoni atas. And look, nampaknya teori aku terbukti benaran. Letak kat atas ni kemain galak lagi dia berbunga. Cukup cahaya kan. Sebelum ni encik Jack komplen aku tanam pokok subur daun aje. Nah, naik syeh laki aku tengok bunga-bunga yang banyak ni kat beranda atas. "Nanti beli planter lagi tambah kasi jadi borderline dengan umah sebelah kat atas", kata encik Jack. (Our balcony attached to each other. Aku buleh pegi beranda dia, dia pun buleh datang beranda aku). Wah kemain cita-cita encik Jack nak mengindahkan beranda atas kami kan. 
Skang ni ada 3 planters. Bila pasu ni dah penuh dengan bulbs, cadangnya nak tambah la planter, atur sepanjang beranda. Ini kira tahap eksperimen je ni 3 planter. Bila dah terbukti teori tak cukup cahaya tu baru decide nak tambah planter. Ho ho...
My 'daffodils'
Tengok, banyak kan sulur bunga yang bakal berkembang... Seronok pulak pagi-pagi bukak curtain tengok bunga-bungaan melambai-lambai dari luar. Berbaloi la aku hins hins hins mengangkat planter ni naik atas. Berbudi pada tanah kan. Kalaulah hydrangea aku segalak ni berbunga... Oh pasal hydrangea aku citer lenkali sebab pokok tu dah jadi a pain in my ass dah skang ni. 

So Puan Jie, aku harap entri ni berjaya memuaskan hati mu serba sedikit. Ini je la yang aku buleh banggakan kat umah ni selain serai yang aku tanam secara illegal kat depan umah dengan kat playground. And my kaffir lime leaves. Serai, pandan dengan daun limau purut je la yang buleh harap tak payah beli dah. Pokok betik ada sepohon dalam pasu cinonet aje. Kalu dia nak berbuah, berbuah la. Aku terima dengan tangan yang terbuka. Tapi pokok tu tinggi sikit je dari Zaraa :p Ha ha ha. Takde ciri nak makin besar ke apa. Bantut dah tapi tak berbuah jugak. Teori masih sama, tak cukup sunlight ;p ;p ;p ;p

White House Down dah premier hari ni. Teringinnya nak tengok!!!!! Anyone can babysit?

2 comments:

jie @ azie said...

Teh,
tqvm buat entry tanaman mu.. sungguh kecanduan tgk pokok dah berbunga. sero nok gi beli lo lo ni doh..lawa mek, berbaloi mu wak naik beranda. lily nok duk tmpt tinggi rupa2nya..hihihi

Blog Diva said...

jie, hor lah mugo umoh aku ni tpt tggi jah buleh cukup cahaya ;p