Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, June 30, 2013

#1039 Me Vs Sports Day Again

Hari ni Temasya Sukan Tadika Amal Rintis. Kira kali kedua la ni kitorang attend. Tahun lepas sekali. Tahun ni last la. Tahun depan kan sekolah lain pulak. Tahun lepas sports day sekolah Adam was held at a stadium. Tahun ni buat kat IPG Tuanku Bainun aje. Asalnya aku tak tau la kat mana sebenarnya. But due to the bad haze baru-baru ni, pihak sekolah alihkan buat kat dalam Dewan. Pelik jugak mula-mula. Tapi bagus jugak sebenarnya. Takde la panas kan.
Aku ralit dok usya set cikgu yg lebih bersungguh menari drp anak murid.
Yang baju biru kuning tu cikgu-cikgu TAR la.
Budak ni ralit korek krim dalam roti. Roti tak makan.
Aku tak aktif sangat kat dewan. Dok je meriba Zaraa atas kusi tak gi mana-mana. Nasib baik la Zaraa jenis buleh dok setempat. Tak macam Adam zaman kecik-kecik dulu. Most of the time memang boring lah. Aku mana ada smartphone nak main game or surfing. Kalu ada pun takde peluang jugak nak bukak kalu asek nak menepis tangan budak kecik ni dari mengacau. Boring jugak. Tengok orang sebelah kiri kanan budak kecik pun ada mini ipad dok main game. Yang tua-tua sibuk berfesbuk, twitter or whatsoever. 
Zaraa dapat bola besar.
Tomok doh.
Nok blako ko dik? Duh, gawat ni.

Aku tak participate pun bab ambik gambar tadi. Entah, malas. Encik Jack aje sibuk ke hulu ke hilir nak tengok Adam main. Aku dah tengok Adam main tahun lepas. Tahun ni takde la excited macam tu dah. Most of the time dalam dewan meriba Zaraa membuatkan aku mengantuk tahap cipan. Dalam riuh rendah sedewan tu pun mata memang kuyu tak boleh blah. Tapi satu kelemahan aku, aku takleh tido dalam kedudukan vertical. Blog Diva tido memang beradong. Apa-apa pun mesti nak kena proper. Aceceh.
Sukan habis kul 12. Bila Adam dah naik stage ambik hamper dengan medal (semua murid pun dapat, tak heran lah), kitorang cepat-cepat pegi kantin kat jamuan makan. Masa kitorang sampai tu takde orang lagi. Nasib baik kitorang pegi awal. Lepas tu jenuh la nak beratur makan buffet ni. Nasi putih lauk kari ayam je. Kari rasa serbuk kari dengan santan je. Manis tak, masin tak, masam pun tak. Tawar heber. Bihun sup utara dia sedap jugak tapi nak makan banyak-banyak macam tak sampai hati tengok parents lain berdiri dok menunggu tak cukup tempat. Lepas makan, cepat-cepat balik.

Cuaca sangat panas. Sinar matahari sangat terik. Mata aku skang dah tak boleh nak hadap sangat kat tempat yang terlalu bright macam ni. Keluar dewan terus sakit kepala tak boleh nak bukak mata. Aisyh... Sindrom mata terpejam macam masa beranak kat Adam dulu datang balik. Kena attack gila-gila la aku satu hari ni. Basuh kain siap pun takleh nak keluar jemur sebab matahari sangat terik. Dekat 7.30 malam baru aku turun jemur kain. Thehehehe... Pedulik la jiran kata aku buang tebiat ke apa. Seharian balik lie down aje kepala berdenyut mata pun takleh bukak. Aku dah kena pakai spek dengan power silau dah ke?

Haih, makin tua ni makin merudum la tahap kesihatan. Skang ni makan panadol pun aku buleh lena macam makan pil tidur. Dulu zaman muda mudi aku, panadol ni takde kesan mengantuk langsung pun. Haih... Kalu makan ubat selsema memang KO terus aku 2 hari. Serius ni.

Malam encik Jack konker tv tengok F1 macam biasa. Dalam sakit-sakit kepala dan boring tu terpaksa la hadap laptop nak online. Mana lalu nak hadap F1 berjam-jam. Godek sana sini baru tahu CSI Miami dah cancelled season 11. Bertahan 10 season aje due to the bad ratings. Huhu... Aku baru nak aktif merekod siri-siri idaman hati kat tv. Tengok-tengok dah takde season dah. Huk aloh. No wonder la season 9 dok ulang tayang sampai ke cerah kat tv.  Tinggal CSI dengan CSI NY aje lah nak rekod pun pasni.

Aku skang ni tengah naik syeh hunting for a sewing machine. Teringin nak belajar menjahit. At least pandai jahit langsir dengan sarung bantal or simple craft pun jadi lah. Untuk kegunaan diri sendiri je. Tak bincang lagi dengan encik Jack. Nak mintak benda mahal dengan dia kena komitedlah syaratnya. Kalu beli, pastu dok berhabuk ceruk stor memang bisinglah sponsor aku.

Ada sesape pernah beli mesin jahit? Care to share with me apa yang perlu aku tahu tips-tips nak beli mesin jahit ni? Brand apa bagus, murah dan bukan industrial use. I believe i don't need an indutrial one. Cukuplah yang basic-basic aje.

No comments: