Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, July 1, 2013

#1040 Me Vs Teaching Math To A 6 Years Old

Haisy... Macam mana korang ajar matematik kat anak korang ye? I wonder. Dalam buku rekod Adam baru ni cikgu dia tulis suruh banyakkan latihan matematik kat rumah. Dia agak weak lah math. Sama macam aku. Heh he.. Zaman aku dulu cikgu ajar mengira pakai batang mancis or buah saga. Tapi semua tu tak available kat umah aku. So what to use eh?

Tadi frust la ajar math kat dia. Kira tambah-tambah je pun. Biasalah. Mula-mula takkan nak paham, nak reti terus kan. Pelajar dengan tukang ajar sama-sama tak sabar :p Mula-mula kira pakai jari. Okay dia tak paham. Apa benda yang banyak kat umah aku ni ek nak bagi dia guna untuk mengira.... Dok pikir-pikir last-last teringat kat umah aku ni banyak hot wheels. He he. Tatau la is it good or bad idea. Lari la aku panjat tangga pegi ambik hotwheels yang aku sorok tak kasi dia main kat atas tu. Punya la kan nak bagi dia paham konsep tambah-tambah ni kan. Ambik la 10 bijik bawak turun.

Bila ada keta idaman depan mata ni, lain la pulak jadinya. Dari yang nak mengira jadi nak main la pulak. Susah jugak nak distract dia suruh kira. My mistake. Next time takleh guna keta dah. Guna buttons lah pulak agaknya. Tengok la apa yang cukup 10 bijik buleh la guna untuk mengira. Kereta mainan, axed. LOL.

I know, teaching is not easy. Kena banyak sabar. Aku dulu pun bukan pandai sehari. Adam ni dia slow mula-mula je. Dan tak serius belajar. Once dia dah tahu, memang pikap. Nak bagi dia tahu tu la yang kena baaaaaaaaannyak sabar. Anak orang lain aku tatau la macam mana. 

Mengajar budak yang tak serius belajar ni memang sentap tau. Aku tatau cara yang rilek untuk mengajar anak. Macam mana aku belajar dulu, macam tu la aku ajar anak aku. Oldskool kan. Aku memang tak kreatif. Sebab tu anak aku boring kot belajar dengan aku. Ha ha ha. Sila jangan tiru Blog Diva yang teruk ini. Parenting skill memang tak up-up dari dulu. Jangan tiru, jangan tiru.
Cantik tak kak Ton???
Enuff pasal citer tak best. Tensi, tensi ni aku kena beli pokok bunga. Baru hati senang. Pegi pasar baru ni beli hydrangea lagi. Ha ha ha. Sangat tak serik kan. Apa yang tambah buat aku tak serik adalah sebab dapat restu dari encik Jack. Sebab dia dah pernah tengok kehebatan bunga hydrangea ni kan. Dan sebab nak try letak pokok baru ni kat atas pulak. Encik Jack sendiri yang encourage beli pokok ni, memang tak tunggu la aku terus beli. Semua yang apek tu display tengah nak keluar bunga. Purrrrfect. Senang keje aku. Tengok la yang ni macam mana pulak. Yang dulu tu kan berbunga sekali pastu asyik berdaun aje. We'll see how about this one pulak. Kalu kat atas pun dia tak nak berbunga dah pasni, memang aku caras habis-habisan la. Rugi doblas inggit aku. Heran jugak kan. Beli baja dengan dia jugak, tapi apasal balik rumah aku pokok ni tak nak berbunga. Berbunga mula-mula masa aku beli tu je la. Misteri kan. Ke ada apa-apa ke tokei bunga ni mandrem pokok-pokok dia berbunga.
Skang ni tiap hari mesti nak naik atas tengok hydrangea aku ni ok ke tak. Sebab time panas terik tu memang mudah layu lah dia. Manja. Manja. Manja. Bila layu kena cepat-cepat kasi air. Kalu tak nanti kacau lah dia tengah naik syeh nak keluar bunga tu. Macam orang peknen la cepat haus. Harapnya this one better la bila letak kat atas ni... InsyaAllah...
'Pain in my ass' hydrangea. Subur benar daunnya.
Will update later bila dah full bloom.

1 comment:

faerni said...

beli satu pack straw. senang. mula ajar satu-satu, pastu dua-dua and so on, and use rubber band to tie utk kiraan yg berganda, dua-dua, lima-lima and sepuluh-sepuluh. skill utk darjah satu.