Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, July 2, 2013

#1041 Me Vs Zaraa Oh Zaraa

Zaraa skang ni skill terhadap macam-macam makin up. Ofkos la kan, makin hari mesti la makin banyak belajar, makin banyak tahu. Skang dah tak nak makan orang suap. Nak makan sendiri. Then paham-paham je la apa jadi. 
Rambut pun makin panjang. Macam-macam hair ekseseris aku try kat kepala dia untuk mengawal efek rambut mengerbang. Cekak rambut besi, plastik, getah rambut, hair clips, kepit rambut yang ada spring tu, serkup kepala. Yang paling sesuai cuma getah rambut je. Yang lain tu sekejap je dah terpelanting entah ke mana-mana. Kalu pakai cekak rambut pun, rambut kat depan jadi terangkat kat belakang. Kena rambut panjang benar baru ok agaknya.
Bila dua beradik ni bergaduh berebut barang, selalunya si abang tend to yell Ni Adam punya! Adam punya! kat dia. So, skang ni trend time berebut, bila Adam jerit macam tu kat dia, dia akan jerit balik kat Adam, Punya! Punya! Punya! Ha hah ha... Apa yang dia paham dengan konsep 'punya' ni tak tahu la. And, banyak kali jugak la bila aku tak nak bagi apa yang dia mintak, dia jerit macam tu kat aku. Punya! Punya! Punya! 
Skang ni jugak dia minat sangat dengan selimut. Malam-malam depan tv tu kalu kena dengan syeh selimut dia memang keserabutan la kitorang. Sekejap-sekejap suruh orang selimut dia. Bila dah selimut, berguling golek sana sini terkeluar kaki, suruh orang selimut dia balik. LOOP. Kalu tak modal selimut, modal main hantu kelubung. Suka suruh orang kelubung dia pastu dia dok menakut-nakutkan orang la. Baru ni encik Jack sibuk nak tengok F1, Zaraa dok serabut nak main kelubung-kelubung ni. Encik Jack ambik dia, taruk kain kat atas dia then putar-putar dia jadi mumia. Ambik. Nak sangat main pelik-pelik kan. Lama jugak la tahan nak tunggu dia berjaya meloloskan diri. Bila lolos, suruh orang bungkus dia lagi. LOOP. Pokoknya, bila angin selimut dia mari, memang jiwa kacau lah semua orang. Adam tengah tido pun dia tarik selimut.

Turun tangga pagi-pagi lepas bangun tido pun kalut nak tarik selimut. Hayo. Baru ni sampai tertiarap atas tangga tak bergerak geri dia shock. Nasib baik tak terguling bergumpal dalam selimut tu. Selimutnya besar. Dua helai sekali tarik. Uh uh uh.
Koya-ing atas Mac Laren Cik Yeen.
Mek ni skang selera benar dengan Oreo. Stail dia makan oreo, dia bukak, korek krim putih kat tengah dulu. Calit kat jari telunjuk, jilat sampai habis baru dia makan part biskut hitam tu pulak. Selalunya macam ni la dia makan. Kapet memang mangsa lah. Kuat jugak dia makan Oreo minggu ni. Tiap hari asyik hulur balang biskut aje keje.
Satu lagi habit yang aku panas hati adalah suka koyak pages. Bagi la kertas or buku apa sekalipun kat dia, mesti nak koyak-koyak. Koyak selai, gulung-gulung-gulung hulur kat aku. Bunga! Katanya. Ha ha ha. Tiap hari keje koyak kertas. Aku pulak tiap hari mengutip cebisan kertas serata rumah. Buku Grolier memang nipis-nipis dah tinggal. Aduhai anak dara. Rasa Adam kecik-kecik dulu tak la seganas ni.
Breakfast:  cornflakes+milk
Makan nasik skang ni mesti nak taruk kicap. Tengok Adam makan macam tu kot. Botol kicap memang kena sorok jauh-jauh. Dulu brand Kipas Udang. Skang ni cap Tamin aje. LOL.
Spaghetti tea party.
Kalu tengah makan kat dapur tetiba dengar lagu dalam citer Oh My English tu cepat-cepat dia turun kerusi, lari keluar dengan makanan yang dia tengah makan tu sekali. Kalu tengah makan nasik, heret dengan pinggan-pinggan nasik la dok tercongok kat atas lantai depan tv ni. Sambil mata tengok OME, mulut makan nasik. Siap kenal watak-watak dalam OME tu. 
Makan choc spread pun modus operandi macam makan oreo tadi lah. Roti tak makan, korek krim coklat aje. Kelmarin aku stop bagi roti. Dah minat sangat kat coklat tu, aku sudukan terus choc spread bagi dia makan. Senang keje kan. Memang takde rupa anak buah Bos IBM lah. *baju didisablekan atas sebab-sebab kebersihan.
Hari ni masak asam pedas nyok-nyok. Sekian.

4 comments:

Anonymous said...

omg mczara! @@ c.long tgk..re tin keno sope2 sikit not ganah2 & comot hehehhehe
u knw how to eat oreo! hehe nice dk makei lagu tu!koh besar dh mek ni..huhu wait for me..cik lng tk puah lg dukung zara! miss u s much!
-c.long-

zahira said...

Sama peel ngan nuha!

Blog Diva said...

kaklong, i wonder gano la tok chik dengan opah dia melayan kerenah 2 budak tu kat umah... ha ha ha...

zahira said...

Nak wat gano...cucu. jago jugak la. Hahaha...