Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, July 3, 2013

#1042 Me Vs Lemon Lemon

Minggu ni beli banyak lemon. Biasanya tiap hari mesti minum sirap lemon or iced lemon tea. Tak pun kekadang picit dalam budu. Perah lemon dalam budu? Hilir sungguh. Citernya harini membaking lagi. Serbuk koko dah habis. Kat Tesco baru ni ada yang kotak besar aje. Aku tak beli la. Bila mulut asyik nak mengudap aje tapi makanan jajan takde, makanya rajin la tangan menggodek resipi online. Dok koya nak makan lemon cake. Entah tiba-tiba teringin. Padahal tak pernah-pernah hayat aku makan kek ni. Terpengaruh tengok gambar kek menarik tertarik memang the bomb lah. Ni resipi mak sedara aku. (martha stewart kah kah kah)
Aku bukanlah seorang baker yang professional. So, mata aku ni tak reti la nak nilai kek aku ni dah kira menjadi ke tidak. Hadap je la sorang-sorang time takde benda nak makan tu. Pada tekak aku yang dah biasa mengadap kek cekelat, aku rasa kek lemon ni rasa keknya biasa-biasa je. Dan memuakkan. Makan 2-3 keping dah pusing-pusing kepala. Bila la nak habis kek ni. Kek cekelat laju sikit aku makan.
Macam biasa la, kalu aku buat kek memang bab frosting atau topping memang aku agak malas nak buat. Aku ambik kira faktor nak simpan tu la. Kalu buh frosting kat atas tu, nanti habis la comot melekit dalam tupperware. Nak bagi Zaraa pun leceh la berlengas situ sini kan. So, aku makan je la kek bodo aku ni tanpa lemon frosting.
Makan bakso je la dah tak lalu ni.
Hmm... Banyak hari dah tak lalu makan. Minggu depan dah nak start Ramadan. Sebelum start Ramadan tu, aku dok memikirkan agenda 7 Julai ni. Rabbi yassir wala tuassir yaa kariiim... Walaupun bukan aku yang kena handle, tapi tempias memang lencun jugak la kat aku. Haih... Susah betol berdepan dengan orang gila ni. Dengan kita-kita sekali nak tergila. Imagine lah macam lintah. Melekat kat kaki ko dok isap darah sruuut sruuuut sruuuut tak lepas-lepas. Ko tenyeh abu jatuh la dia sekejap. Pastu bila bau darah, datang lagi. And on and on and on... Boringnya drama lintah darat ni... Campak-lekat-campak-lekat-LOOP.

Memang malang la nasib kitorang yang memang takleh escape dari lintah-lintah ni sampai mati sekali pun. Kitorang mati baru habis cerita, kalu habis. 

Hoi esok nak makan apa ni. Tak lalu nyer. Tolong!!!!

1 comment:

Anonymous said...

waaa mcteh buat kek! huhuhu nok retekkk kakak tk reti. uhh napok sedak! terliur weh! hmm ok nk samb baco!
-kakak-