Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, July 5, 2013

#1044 Me Vs My Kuih Raya

Saje nak enteprem biskut raya aku. Haha. Korang dah tempah kuih raya idaman hati? Time takde benda kudapan menarik nak makan depan tv ni, aku godek fb exjiran aku. Buat bisnes kek, dengan biskut online akak tu. So, aku tempah la almond london sesaje nak try. Tahun lepas Adam makan banyak. Ingatkan tempah tahun ni dia nak makan la. Jamah sebijik je. Pastu terus tak nak. Anak-anak aku macam ni la. Time dia nak tu, kena prepare sekapal terus. 

So, almond london yang aku tempah ni aku dengan Zaraa je la mengadap siang malam nak habiskan. Sorok jugak kekadang kat Zaraa. Sebab mak dia malas nak hadap benda-benda messy ni. 

Bangun pagi ni memang berdebar nak menanti 7 Julai. Ada-ada je la benda nak jadi citernya. Bila orang di sana sms cakap satu perkara setel, sedap hati sekejap. Buleh la telan makanan. Bila orang di sana sms cakap ada prob pulak tak setel, terus gundah gulana. Tak boleh nak fikir kat benda lain. Asyik susah hati je. Makanan dalam perut pun rasa tak hadam. Bp agak tinggi kot kebelakangan ni sebab asyik on off nak marah orang. Time sakit ati, berdenyut-denyut rasa nadi. Tiap degup jantung tu real rasanya. Punya lah kan menyirap darah ke kepala.

Sampai tengahari semua kedengaran dah setel. Lega sikit rasa. Hazab nye la nak selesaikan satu hal ni. Pakat-pakat smayang hajat dah tu. Dari kelmarin lagi aku dok rasa tak tenang. Mulut asyik baca rabbi yassir wala tuassir ya kariiiim tu je la. Aku yang dok jauh tak buat apa pun rasa bahang macam ni punya hazab. Yang pemegang amanah sendiri tu Allah aje lah tahu betapa stressnya nak setelkan semua ni. Semoga Allah berikan ketenangan dan mempermudahkan segala urusan beliau amin. Dan untuk pihak yang selalu menyusahkan kami semua financially and mentally, semoga Allah bukak pintu hati mereka untuk sedar dan mengakui kesilapan mereka sebelum terlambat. Amin.

______________________

Weh, dramacrazy dah shut down. Apa neh.

No comments: