Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, July 12, 2013

#1047 Me Vs Awal Ramadan Yang Kelabu

Ramadan 2008 agaknya. Visiting papanik in Hospital Pakar Perdana.
Salam Ramadan buat semua pembaca blog ini. Sambil taip entri sambil dengar Fatih Seferagic baca surah al-Mulk, tengah imamkan solat berjemaah kat masjid. Sedap sungguh suara dia mengaji. Dalam persekitaran macam tu pun dia masih boleh jadi hafiz. Terer lah. Maa sya Allah.
Ramadan 2011. 30 hari tak posa. Yay and nay!
Semalam time tengah tukar pempes Zaraa, tetiba jantung berdegup kencang. Padahal aku tak berdebar apa pun. Panik weh. Tetiba je bernapas macam tengah sprint apa kes kan. Tercungap-cungap. Besar je rongga trakea aku ni rasa (cewah). Aku letak tangan encik Jack kat dada suruh dia rasa. Dia pun pelik. Setengah jam aku dok dupdapdupdap laju nonstop. Kenapa ye? Bukan first time jadi ni. Nak kena pegi cek jantung ke? Terus teringat kes SVT mama Ct. Isyh... Kalu SVT semalam tu dengan tak pegi hospitalnya, pagi ni aku dok ngadap mungkar nakir dah. Setengah jam struggling sorang-sorang. Tertido entah bila masa. Eh banyak kali dah macam ni. Nak pegi cek, takot.

3 hari dah kita posa ye. Aku first-first posa lagi dah nak terkantoi. Bukan terkantoi apa.. Nyaris-nyaris nak terbabas takleh nak posa la sebab gastrik trigger balik. Rentetan kes balik untuk urusan seri paduka baginda tu la. Stress gilo-giloan campur dengan banyak kali terlewat makan. Aku ni kalu dah neves gila-gila, kalu buleh makan pun jadi takleh nak hadam betul-betul. Haih.

Sahur tak lalu awal-awal posa ni perkara biasa la kan. Tapi time berbuka tak lalu tu memang tensi la. Biasa kalu gastrik attack memang macam ni la. Lapar tapi tekak tak lalu nak menelan. Perut banyak angin la tu. Aku terkilan banyak benda balik kampung baru ni. Lots of thing yang aku plan nak bawak ke Penang semua aku lupa. Memang stress gilo la baru ni. Aku nak gali lengkuas mak aku pun lupa. Nak singgah beli cencaru kering pun lupa. Nak mintak stok Gelusil dengan Puan Menteri pun lupa. Nak beli makanan-makanan untuk stok bukak posa pun lupa. Keropok keping je aku ingat. Tu pun beli kat Bukit Bunga.

Posa kali ni takde persediaan apa-apa. Selalunya nak sambut Ramadan ni semua mak-mak orang kalut beli stok nak posa. Tapi kes aku ni, sabit sebab balik urusan seri paduka baginda tu, aku tak sempat nak ready apa-apa la. Takat basic food stock macam ayam mentah, ikan, daging dengan telur tu ada la. Yang grand-grand significant dengan posa ni memang nan ado la. Stok susu kotak pun tak beli. Haih, terus susah hati. Aku kalu takde makanan sure susah hati. Penyakit sukar dikikis aku yang satu ni memang aneh la. Kalu takde makanan, aku akan jadi depressive. 

Tadi sahur makan nasik dengan telur mata kerbau (orang Kelantan kata, orang Tganu kata mata lembu) dengan kicap aje. Mesti Puan Menteri sedih dengar anak dia makan takde lauk. Hahaha... Lauk ada tapi tiada arah nak buat lauk berkuah. Santan takde. Kelmarin dulu dah buat lauk kuah kicap. Family kitorang memang kalah pada gaya pakaian tapi menang pada makan minum. Biar tak bergaya tapi cukup makan minumlah maknanya. Ada weh coursemate aku dulu tu dia pernah citer, family dia pernah terputus bekalan makanan sebab duit gaji mak bapak dia memang licin. Tengok pada jenis diorang ni, jenis yang berhabis pada kain baju dan barang kemas. Oh tak sangka pulak aku ada orang lain yang sampai tahap tak boleh nak makan sebab gaji memang habis licin camtu. Kitorang pun pernah hidup susah jugak tapi whatever comes, makan tu yang paling penting. Raya pakai kain perca pun boleh je. Alhamdulillah la, kitorang 3 beradik tak pernah kelaparan duduk dengan Puan Menteri. Sebab tu bila dengar citer orang boros sampai takde duit nak makan ni aku rasa sangat pelik. Aku ingat semua orang macam aku. Tapi sebenarnya ada je yang tak sanggup melepaskan kehendak demi keperluan. Tu yang jadi macam tu.

Bila tak lalu makan ni, aku ingat-ingatkan diri sendiri kat Muslimin dan Muslimat di Syria, Myanmar, Palestin dan Mesir yang tengah berperang skang ni. Kita kat sini makanan berlambak-lambak banyak pun ngengada tekak takleh telan la apa. Diorang kat sana berhari-hari 'posa' tak bukak-bukak, tak sahur-sahur agaknya sebab takde bekalan makanan. Kat fb tu citer seorang ibu kat sana masak guna tepung yang dah berkulat yang diorang jumpa tepi jalan, semata-mata nak alas perut anak-anak yang dah 3-4 hari tak makan apa pun. Wuuuuuu... Sedihnya. Terbayang muka anak-anak aku. 

Cakap pasal anak-anak ni kan, ni citer pasal anak aku. Macam biasa la! Adam tiap hari mintak nak main game kat laptop. Zaraa dah pandai favour kat satu-satu channel, satu-satu slot. Memang takleh nak tukar lah. Asyik nak Oh My English aje. Adam pun sama la. Satu hari ulang episod yang sama. Tiap hari. Oh bosan!

Nak masak apa pulak petang ni. Kelmarin disebabkan takde idea langsung nak masak apa, (mungkin la sebab sumber mentah sangat terhad)aku mintak encik Jack tapau nasi beriyani. Kelmarin dah beli, harini takleh order dah. Peraturan kat umah ni. Tak boleh mintak banyak kali. Kesian. Kalu aku beli sendiri takpe tiap hari pun. Konsepnya tak boleh menyusahkan dia lah ;p 

Aku personally tidak gemar dengan angka. Pasangan aku ni lain. Apa-apa pun mesti nak berangka. Bila aku mintak belikan apa-apa dan dia menyebut angka-angka itu, aku terasa lah. Sebab aku dibesarkan tak membesar-besarkan angka. Lepas beli apa-apa, kalu tanya angka harga pun tak nak citer. Punya la kan. So, pandai-pandai lah korang simpulkan.
Assalamualaikum, pyong! 

1 comment:

Anonymous said...

kacak tul adam maso paka bj kijo tu hehehhe

tok puah lg kenyet zara maso baby..jgn la bui dio besar cepat sgt

beghranok la lggggg
-kakak-