Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, July 16, 2013

#1048 Me Vs Fridge Freak

I'm in dilemmas.. Dah lama sebenarnya tapi posa-posa ni makin terasa lah. Ni pasal fridge umah aku ni. Bertahun-tahun kena kutuk okeh sebab cute sangat tak mampu menampung kapasiti per kapita umah ni specially time-time Puan Menteri datang sini. 2,3 beg makanan mana muat nak sumbat. Sudahnya, banyak yang kena 'tido' luar. Skang ni beli buah pun pilih-pilih saiz dan bilangan. Kalu tembikai, buleh beli sejurai yang dah siap potong dah. Kalu beli sebijik, roboh terus peti aku. Satu minggu, berapa bijik buah aje yang boleh simpan. I need more fruits! Fruit can beat depression.

Bila pegi grocery shopping, anak-anak merengek mintak nak eskrem tupperware tu terpaksa rijek sebab freezer tak muat. Ayam sekor, daging setengah kilo, ikan 2-3 ekor 2-3 jenis, dengan bekas ais dah penuh satu esbok. Balik kampung cita-cita nak borong frozen food pun asyik kena KIV aje. Punya la boring kan fridge dengan limited space ni. Am looking for a brand new one, semestinya with a larger space. Kalu buleh nak yang ruang beku sama luas dengan ruang sejuk tak beku.

Jadi, dilema aku ni berbunyi, patutkah aku beli a mini deep freezer (deep freezer saiz sederhana, besar panjang tu aku tak nak) or should I just buy another bigger refrigerator? Apa pendapat anda? Kalu beli deep freezer, fridge lama ni aku pakai lagi la. Kalu beli peti sejuk yang besar sikit, yang lama ni akan ada la pelan intigasi yang berikutnya (let go, donate, etc) So which one eh? Bila beli fridge/freezer ni, secara automatisnya tergugurlah mesin jahit dari wishlist aku dalam masa terdekat ni. :-( Makan lebih penting dari menjahit.

Kalu freezer, buleh simpan barang beku je la. Sesuai untuk beli ayam berekor-ekor time Tesco jual ayam murah. (part menyiang banyak-banyak yang lemah tu) Encik Jack kata kalu ada deep freezer, peg pasar 2 minggu sekali je la. Haip, mana buleh. I need my retail therapy ngeee ;P and, fruits & vegies mana buleh simpan lama jugak. Might as well kena keluar beli fresh stock jugak kan ;p Lalalalala

Kalu beli fridge, ruang untuk freezer tak cukup besar. Besar mana sangat kan esbok peti yang besar-besar ni. Tapi buleh isi banyak makanan kat tempat tak beku tu. Buah, sayur buleh beli macam-macam spesis. Let me know your opinions please. Kalu kat umah Puan Menteri, ada both deep freezer and large refrigerator. Time anak cucu balik senang nak isi makanan cucu-cucu.  Tapi aku tak nak la terbeban dengan bil elektrik bulanan yang tinggi. Puan Menteri kelas elit punya orang tu lain lah. Cepat, cepat bagi aku feedback please!
Selingan: Ini Zaraa. Ceh macamlah orang tak kenal. Sepanjang minggu ni keje dia menyepahkan rumah aje. Dapat kertas, koyak-koyak-koyak. Dapat makanan, sepah-sepah-sepah. Ini time dia sepahkan Oreo. Dia makan Oreo hitam putih ori tu je. Puan Menteri bagi dia Oreo Blueberry. Tak berkenan agaknya. Ni lah jadinya. Aku sergah dia sekali, terus straight tuju pegi ambik penyapu siap dengan penyodok sekali. Sebijik imitate cara aku buat. Kehkehkeh. Pandai betul cover dia ni nih. Sudah sapu, dia letak balik penyapu tu kat tempat asal. Aku kira dalam penyodok tu ada la 3 serpih biskut ni. Yang serpihan halus-halus tak masuk pon ;p LOL Kira boleh la kan.....
Wiken baru ni kitorang keluar shopping. I'm looking for a tote bag. Henbeg yang aku ada ni umi-umi sangat rasanya. Nak yang kasual sikit lah. Tak jumpa pun yang berkenan di hati. Takpe, banyak masa lagi. Haritu beli baju dengan jeans Adam je. Encik Jack cakap tahun ni nak shopping awal sebab kalu nak tunggu last minute memang la lagi banyak sale tapi saiz nan ado. Saiz kitorang ni kan limited edition ;p

Disebabkan hari tu shopping kat Pacific Megamall, aku bilang siap-siap kat encik Jack kena bawak stroller. Mall besar gaban tu mampos nak dukung budak ni. Confirm dia tak nak jalan sendiri punya la. So, bawak la. Nasib baik dia nak dok dalam tu. Janji bergerak kan. Skang ni memang terasa la berat Zaraa ni. Tolak dengan stroller pun terasa lagi. Punya la. Aku sejak balik dari kampung haritu, dah berapa minggu tangan terseliuh ke apa tak baik-baik. Budak ni kalu sekat angin dia memang berguling, melompat, hentak kaki dan macam-macam lagi. Tak gagah dah tangan nak grab dia time-time crucial macam tu. Sakit habis tubuh. Wonder dah berapa belas kilo sebenarnya dia. Macam tu lah budak-budak. Time biasa-biasa ni berat lah. Sampai masa nak kena pegi timbang kat klinik, macam-macam sakitlah datang. Terus kecut..
Berbuka kat sini ini je la aku mampu buat. Yang mendapat sambutan dari encik Jack la. Dia kalu jenis kuih kukus/rebus dia tak layan. (bestnya kalu aku buleh buat & makan lepat pisang....) Wiken baru ni aku buat popia. Tapi aku buat tak banyak la. Sekali encik Jack tanya kenapa tak buat banyak terus? Aku cakap la aku malas nak gulung, fridge tak muat. Sekali dia kata, you buat lah banyak-banyak... Takpe nanti I gulung. Woohoooo! Mak setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!! Sanggup tu tolong aku gulung semata-mata nak makan popia banyak. Hehe itu je pun aku pandai buat.
archive: buah tanjung
Selaku anak jati Kelantan yang dok Penang 13 tahun tapi tak reti-reti cakap utara lagi ni, bulan-bulan posa ni harus lah aku rindukan lauk-pauk dan kuih muih berbuka di sana. Buah tanjung, jala mas, butir nangka (nama kuih), netbat sira, kepek hidung (hihi nama kuih jugak)
archive:jala mas
archive:akok
Dah 7 hari ye kita posa? Alhamdulillah... Walaupun kesihatan aku ni bagai nenek-nenek, tapi aku masih bersemangat nak meneruskan. Mau tak bersemangat. Tak hengat ke pait maung mengganti posa puluh-puluh hari tu? :P

Masok gedio weh hari ni...

10 comments:

jie @ azie said...

As Salam Teh,

Aku vote for fridge besar sbb pada pendapat aku deep freezer tok guna sgt (sbb rumah aku pun xdok, hihi). Kalau family ramai & tak selalu gi pasar maybe praktikal ada deep freezer.

Mmasokla ike bawal masam manis, kuih sagupal (sagu gula melaka) bestt la ..nyaman tekak u

zahira said...

Me will choose bigger fridge! Beli yg 2 doors terus. Puas ati! Tu zaraa ngan adam pun buleh masuk. Mcm2 blh simpan. Tp if my house now tak dpt la nak beli. Mau karang kat dapur takde tmpt nak celah :)..

Blog Diva said...

jie:mok aku pun doh suruh beli fridge besar jgk.wah biso mu buat sagupal.aku tok reti.

Blog Diva said...

kaklong:my kitchen pun bukan bsr sgt. nok keno squeeze here n there jgk la. pahni api parok la sikit peti bsr ni hehe

Anonymous said...

mcteh mu jgn mikir hok buke2..parokapi lah etc..beli je peti sejuk besar..berguna sesgt tau!!! my hsepunya much bigger! hehehehhe tanya mcsa brp saiz dio hok belikan kat kedai :-p
beli beli beli peti sejuk besar!u wont regret it! peti kecik mama bawok makane 2-3 beg,peti besar mama bawok la 5-6 bag! hahahhaha

mesin jahit me dh fwd gambar kat zhr..check it out! so cute! nok beli so ko mama!

beli la ubi stelo..leh buat kuih keria, kueh badok,cekmek heheh

today myhse mate masak ike kerisi masak lemak huhuhu sedappp & me buat udg grg kunyit (buh serbuk ns grg thai) sedap hehehe

hmm esk nok buat syr grg celup tpg..buat lako bdk2rangup2 mesti best..
-kakak-

Anonymous said...

balik aritu mama buat my fav lepat pise..sedap sgt! nok bawok balik kl tp lupo..huhuhuhuhuhu
-kakak-

Cikgi Diva :-) said...

beli peti besar la...aku mugo ado doh deep freezer hok isi ebm...jadi gak makanane frozen2 sumo masuk situ termasuk air batu...kalu ddesok2 lauk beku aku buh gok...kalu lauk basoh2 x buh la...

toksoh mikir la parok api etc tu...baguh sungguh mu ado pemikiran gitu.x ajin lagi aku mikir gitu sebabnyo aku buko ekon ikut suko ati jah.hahaha...

raudhah sutrisno said...

I also vote for bigger fridge!
Lebih efisyen..electricity consumption lebih kurang sama je..lagipun skrg banyak yg ada energy saver gituu..

By the way, congrats to encik jack kamu yg naik pangkat! Haritu tgk gambar my friend (lecturer uitm penang) nmpak encik Jack duduk kat tempat org besar2..hebat weh!! hehehhe..

Blog Diva said...

mah:ahahaha...nok tersuko aku ayat mu kedua last mu itu. mu takpo la en N Sr kijo TNB, buleh diskaunan hebat bil api. dok pun, mu samo2 byr. hahaha...aku 'dibenarkan' bukok ekon mlm jah... sbb after 7pm kei muroh sikit..kihkih...tp kalu siye ari panah tlajok aku bukok jgk. mano tehei dio jah sedak dok dlm ekon opeh. aku di rumah bersaunaan kei...
mu keno la pehei, aku ni selaku surirumoh takut la kei bilo bil api sapa, tgk bln ni mhl sbb aku bukok ekon melampau2....ore tok kijo ni memei hino diri sikit....hehe

Blog Diva said...

raudhah:ahahahaha....syyyhhhh!!! abih la ore tau cik abe i naik pgkt. tahu mari mano xtau la....haha tq 4 the wishes. dia sem ni last la jadi ketua jbtn/koordiantor chem eng. lps ni nak cuti bljr dah.

but again, hahahahahaha tak sangka en jack sefemes ini....sambung lagi, ahahahahahaha