Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, July 20, 2013

#1050 Me Vs Al-Fatihah

Source
Innalillahiwainnailaihiraji'un... Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mohon disedekahkan Al-Fatihah buat anakanda tercinta sahabat aku yang meninggal dunia kelmarin. Aku kira ramai dah terbaca pasal kanak-kanak 3 tahun yang mati ditinggal 5 jam dalam keta tu. Mak kepada kanak-kanak malang tu merupakan classmate aku masa kat ZS dulu.

Haih... Sedih pulak satu hari mengenangkan nasib malang yang menimpa keluarga kawan aku ni. Kelmarin aku terbaca pasal ni kat fesbuk. Ada kawan-kawan dah pegi ziarah. Cemana ek nak citer.. Tak dapat nak bayang lah. Dalam news online banyak reveal pasal ni. Rata-rata yang komen memberikan kata-kata kesat terhadap kecuaian si ibu. Hello! Dah nak buat macam mana benda dah nak jadi. Takde mak yang waras yang akan sengaja tinggal anak 5 jam dalam keta dengan tujuan nak bunuh anak. Mak mana la yang sanggup kematian anak wei... Please lah people.. Orang tu tengah bersedih tak boleh kah komen yang baik-baik sikit. Cuba lah kalu kena kat batang hidung sendiri baru tahu.

Satu hari aku dok terbayang-bayang lagi kat musibah yang menimpa keluarga kawan aku ni. Macam mana dia nak teruskan kehidupan lepas ni. Will she live in guilt? Semua orang pasti salahkan dia. Hmmm... Satu dunia labelkan dia sebagai ibu yang cuai. Haih tak buleh fikir lah. Simpati sangat-sangat. Benda ni sebenarnya dah ajal dia. Kalu dah tertulis kelmarin adalah hari terakhir dia, kalu tak mati dalam keta pun, pasti akan mati cara lain jugak. (ie:mati terhantuk kat pusat jagaan ke, eksiden ke, tercekik ke etc) Cuma nak dijadikan sebab je dia tertido kat belakang seat keta tanpa disedari oleh mak dia dalam keta tu. Takziah diucapkan pada family Za dan diharapkan mereka tabah dalam mengharungi waktu-waktu sukar ini.

Itulah kan. Kekadang dalam beringat pun terjadi jugak tanpa disengajakan. Allah nak duga lah tu. Kita sebagai umat Islam kena terima la qada dan qadar. Tak kena kat batang hidung sendiri bolehlah cakap kan. Doa banyak-banyak la supaya Allah tak lalaikan kita dalam menjaga anak-anak kita amin.

Kalu nak citer benda-benda yang aku paranoid kat umah memang banyak. Ini yang aku selalu fikirkan lah. Antaranya:
  1. time keta nak gostan, mata aku sure cari mana anak-anak aku. Bila dah assure semua dalam posisi selamat baru kasi green light. Mak aku cukup pantang pasal ni.
  2. kat bilik air (kekadang cuai juga) Selalu tinggalkan anak unattended dengan alasan anak dah besar, bilik air takde baldi. tapi tetap bahaya.
  3. staircase. walau anak aku dah pandai naik turun tangga sendiri, hati tetap tak sedap tiap kali dia terlepas sorang-sorang.
  4. katil. walau anak dah besar, tak boleh biar dia tido atas katil. biar diorang tido kat bawah aje. jadi juon pun takpe.
Ah banyak lah kalu nak citer. Maknanya kalu nak terlalu berhati-hati pun takleh buat keje jugak. Ajal maut ni di tangan Tuhan. Betul lah tu. Anak kawan mak aku masa baby jatuh tangga bergolek dari tingkat atas sampai tingkat bawah tapi alhamdulillah takde apa-apa. Dan keje pun skang. Dah ajal belum sampai kan. 

Kita di Malaysia ni seorang anak kecik yang meninggal cara tragis macam ni pun dah rasa sedih giler. Anak-anak kecil di Syria, Gaza dan Myanmar nun tiap hari kena bunuh beramai-ramai, kena torture sampai mati, sampai tak mati-mati tu lagi la sedih. Ada terfikir tak.

No comments: