Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, July 26, 2013

#1051 Me Vs Blues Orang Posa

It's 17th of Ramadan already? Hari ni cuti takde ke mana-mana. Nak shopping pun takde mood. Baju raya aku pun tak beli lagi. Entah nak beli ke idak tahun ni. Beli-beli/buat pun last-last tergantung dalam wardrobe je pun. Setahun berapa wedding je pun aku attend. Lainlah kalu aku cikgi. Harus 7-8 pasang setahun buat untuk raya. Aje.
Sorang hujung sana, sorang hujung sini baru tak gaduh.
Semenjak posa ni memang semua orang kat umah ni tak lalu makan. Specially bagi yang berpuasa lah. Yang 2 orang minor ni tak masuk buku encik Kadir. Encik Jack banyak hari dah request nak makan nasi goreng, kueytiau goreng, mi goreng untuk berbuka. Sahur kekadang nak makan roti cicah sardin aje. Aku kalu time boleh posa tu memang tidak boleh tidak, harus bukak/sahur dengan nasik. Time anak dara dulu selamba je sahur kat uni makan 3 in 1 nestum or megi je. Dah tua bangka ni makin banyak la penyakit datang yang tak memungkinkan aku untuk makan makanan yang tak world camtu. 

Oh teringat balik zaman dok MRSM, matrix dengan Uni dulu... Set alarm untuk bangun sahur. Bila alarm bunyi tu, bangkitlah mamai-mamai dengan rambut bak hantu kak limahnya, mata tak bukak-bukaknya terus grab apa yang ada atas meja. Sebelum tido malam tu dah parking elok-elok dah. Bajet pagi esoknya kalu terjaga tu terus capai dan kunyah aje. Wakakaka... Ada jugak la time-time yang gemilang sket plan dengan roomates untuk sahur secara luxurious sket. Makan megi je pon.. Haha. Tapi meriah la pepagi buta tu berkelentang-kelentung memasak megi secara haram dalam bilik. Boiler kan mana buleh bawak.

Paling tak boleh lupa time berbuka, aku ada kelas 2 jam sampai kul 6. English pulak tu. Pusat Bahasa lokasinya hujung dunia sana. Cafe-cafe pulak hujung dunia sini. Menapak lah hai. Nak naik komuter bas, lambat pulak. Tertonggek-tonggek lah naik turun bukit mencari mana-mana cafe yang masih bersisa. Biasanya kul 6 tu mana-mana cafe pun tinggal kuah aje :( Sedihnya... Kalu good timing, buleh la pesan kat roomates tolong tapaukan nasik or anything. Kalu diorang tak keluar berbukak dengan abe sayang masing-masing lah. Huhu. Pahit manis belajar kat tempat orang kan.

Masa kat matrix dulu, tahun 99 tu aku suka sangat sahur dengan maggi tomyam dalam mangkuk besar tu. Bukan cawan tau, MANGKUK. Ala, yang macam mangkuk hayun tu... Sedap sangat rasa tomyam dia. Skang ni rasanya dah tak macam apa yang aku rasa dulu. Mulut orang tua dengan orang muda agaknya tastebud nya lain-lain.  
Balik kampung sebelum posa aritu Puan Menteri dah siap beli baju-baju raya untuk cucu-cucu kesayangan dia. Balik aritu sebab penat berdebar kan sampai tak sempat nak fitting baju. Bila dah balik Penang ni la baru try. Nicely fit la dengan Zaraa. Alhamdulillah rezeki dia. Tengkiu Mamatuk! Banyak betul baju raya Zaraa tahun ni. Dari baju kurung pahang, dress, sampai la baju Vietnam kau. Hambik. Mommy kecik-kecik dulu tak merasa vogue gedevas gini.
From ayu to kayu.
Budak mokmok ni demam 2-3 hari ni. Baru nak naik tubuh kan. Selalu macam tu la anak-anak aku ni. Susu dengan nasi memang dia tak berapa nak la. Tapi air sedap-sedap yang berwarna warni dia memang tak rijek. 
My mokmok demam.
Haih.. Petang ni encik Jack request nak makan nasi goreng bodo dengan ayam goreng celup tepung. Tepung Seri Aji is nowhere to be found here. Pakai tepung goreng cap lain tak berapa menyangkut dengan selera kitorang. Takde rezeki kan. 

Aku kalu encik Jack request nak makan nasi/kuey teow/mi goreng, aku kena masak menu lain untuk aku. Aku boring giler dah makan makanan goreng-goreng ni. Kalu buat bihun style Singapore, encik Jack kureng. Stail kicap sos-sos ni dia suka la. Tapi aku pulak yang boring tak lalu makan. Sudahnya, dia makan lain, aku makan lain. Aku kena makan nasik lah.

Param kat sini memang ada banyak spot. Tapi hati tak tertarik pun nak pegi. Pegi dua tiga kali, asyik terkena yang tak sedap aje. Onde-onde beli 2-3 kali, semua buang. Semua takleh nak telan. Tak sedarkah wahai peniaga-peniaga sekalian, anda sebenarnya memberi makan kepada orang yang berpuasa. Buatlah proper sikit. Berniaga mestilah nak untung. Tapi biar lah apa yang dijual tu boleh dimakan. Dalam erti kata boleh ditelan lah. Wallahualam.

Sungguh lah tak tahu nak makan apa. Sekian.

Sangat-sangat merindui param kat Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. 

1 comment:

Anonymous said...

olololo comeinyoo little mek ni!
hehhehe gambar bawoh supo budok korea pulok..mana gambar adam ??
-kakak-