Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, July 29, 2013

#1052 Me Vs Making Kuih, The Hard Way

Assalamualaikum. Akhirnya berjaya jugak aku makan onde-onde idaman hati setelah berkali-kali dikecewakan oleh param. Tapi kali ni buat the making of onde-onde aku ni bermodus operandikan wanita Melayu terakhir. Am sure Mem Besar MIL aku pun tak buat dah cara terdesak macam ni. LOL.

Dah nak buat macam mana kan. Kat sini memang payah benar la nak cari kelapa parut yang putih bersih macam ni. Most people pun prefer beli je santan segera kan. Sape lagi nak main perah-perah santan zaman canggih macam skang ni. Terpaksa la aku beli kelapa tua sebijik kat pasar semata-mata nak buat onde-onde 10 bijik tak sampai tu agaknya. Modal sebijik kelapa RM1.30. Tepung pulut berapa pulak. Mahal betul onde-onde terdesak aku ni ye.

Kat pasar dah suruh pakcik jual tu belahkan siap-siap. Kalu balik rumah, nak karate dengan apa ye dak. Cuma tang colek tu la kena buat sendiri. Bersilat cekak jugak la aku nak mencolek isi kelapa tu dari tempurung dia. That was tough, really. Guna pisau chopper dengan sudu teh aje. Berjaya la jugak setelah penat carut-mencarut kahkahkah. Hoi sape ada tips cane nak colek isi kelapa ni dengan senang tolong komen kat bawah nun ye. Besar pahala kalu dapat tolong orang memudahkan menyediakan makanan untuk berbuka. Ehem.
Ni lah hasilnya. Kalu kat umah Puan Menteri ada la pengukur kelapa macam rehal Quran tu. Puan Menteri dulu-dulu kukur kelapa pakai tu la. Punya la tradisional kan. Now tak guna dah. Santan pun jarang guna dah. Asyik makan stim-stim aje. Ehem. Kelapa ni aku parut pakai shredder aje. Boleh la markonah. Adoyai.. Sampai terkelebet kuku-kuku terparut sekali. Onde-onde high calcium ni. Kahkahkah.
Haaaaaa... Yang ni Shrek sure kenal ni :) Biarlah tak seindah mana. Nak cepat sebab time was running out. Budak-budak pulak time aku busy time tu sorang-sorang masuk dapur mintak macam-macam. Sorang datang mintak nak Milo. Sorang lagi nak Nutrigen. Yang sorang lagi King sedap je tengok F1. Kalu aku transformer pun teringin jugak nak bertukar jadi hantu kak Limah kelmarin. Sabar, sabar... Allah nak bagi pahala lebih kat aku. Dah termembebel dalam hati tu ada pahala ke
Jadilah tu. Onde-onde setel. Oklah pada tekak aku. Takde la maveles mana. Tekstur lembut kenyal dah tiptop, cuma taste aje yang ada rasa funny-funny sikit. Tatau datang dari mana. Petang ni kalu rasa sekuat superman, buleh la buat bubur biji nangka pulak. Kelapa banyak lagi tak colek. Hari ni perah santan the hard way pulak la nampak gaya. Kalu tak, tak habis pulak kelapa sebijik tu. Haih, lemah semangat bila ingat nak kena colek isi kelapa lagi....

Kuih untuk berbuka dah ada dalam kepala. Lauk nak makan dengan nasik belum finalized lagi. Tak lalu betul nak makan nasi putih. Tapi no choice lah sini. Ambo lekat perut nok makei nasik kabu ite solok lada daging bakar telur masin bawang jeruk ike celup tepung.... 

Hohoho selera Godzilla nampak.

4 comments:

Anonymous said...

bestnyooo napok ode onde tu! terliur weiiii huhuhu
-kakak-

zahira said...
This comment has been removed by the author.
zahira said...
This comment has been removed by the author.
zahira said...

Klong baru mkn nasi kerabu smlm. Puas ati sedap! Klong kalo perah santan biasanya pakai blender jer :). Malas nak perah. Lenguh.