Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, August 1, 2013

#1053 Me Vs 2 Years Has Gone By

31st July 2011-the last day of pregger
Zaraa, 1 Ogos 2011-the newborn
Zaraa, 1 Ogos 2013-OME 's fan 
Dah 2 tahun berlalu. Rasa macam baru je. Agaknya macam tu lah bila ada anak kecik ni. Tiktoktiktok kejap je dah sejam. Tiktoktiktok dah setahun. Tiktoktiktok dah 2 tahun. Huhu... Masa dalam pantang dulu rasa nak cepat je masa berlalu sebab hazab rasa jaga baby yang tak tentu masa feeding and tidonya. But now bila anak dah pandai macam-macam ni rindu pulak kat masa dia baby dulu yang hanya tahu terlentang tunggu orang uruskan ;)
Tengah sahur @4pm. Yes, P.M, not A.M
Minggu lepas dia demam 2,3 hari. But alhamdulillah dah sihat. During the fever, she cooperates very well. Never hesitates with the meds. Maa sya Allah... Mujurlah senang kan. Kalu meronta-ronta tak nak ubat tu pening jugak nak bagi ikut mana walaupun cara adalah banyak. Semenjak demam ni, dia punya appetite agak kureng compared to sebelumnya. Susu seminggu tak habis pun satu pek 1kg tu. Selalunya habis lah. Susu fm yang biasa kitorang bagi dia tu dia macam tak nak je. Kalu buat, lambat je nak habis. Skang ni dia macam ala-ala nak minum susu UHT. Selaku penghidap gastrik ni, susu kotak UHT yang 1L tu memang penghuni setia fridge aku la (omo! bila la nak tukar fridge ni wahai gewe!) Semenjak demam ni, dia asyik usung susu kotak tu je suruh bubuh dalam botol susu dia. Hoho... Aku dah ada saingan now. Silap hari bulan aku pulak yang tak cukup susu... Haha. 
Uh uh uh anak dara...
Jangan dia buat tak nak minum terus fm dia sudah la. Kitorang baru je borong 4 pek 1 kg tu konon buat stok nak balik raya ni sesambil nak redeem voucher shopping kat Tesco. 4 pek tu derrr. Sape nak habiskan. Harap-harap dia tak lalu sementara aje la. Pasni akan lalu balik. Amin. Kurus dah hai dia. Olo.... Baru je nak naik body baru ni kan. Tiap hari aku dengan gewe gelakkan dia mokmok. Hihi.. Kecut pulak dah hai.
Gewe aku ni berminggu-minggu dah agaknya tak lalu nasik. Sahur dengan berbuka tak makan nasik. Kalu makan loya sepagi. Balik raya ni nak serang bazar ramadan kat stadium KB tu la. Walau pegi tak beli apa pun, dapat cuci mata pun jadi lah. Missing all Kelantan food sampai ke hulu hati. Tak tahu dah nak makan apa kat sini. Punya la banyak makanan sampai tak tahu nak makan apa kat Malaysia ni. Kat negara tengah perang pulak sebaliknya. *self reflect 
Lama dah tak update pasal my cik siti (zubaidah) aka hydrangea ni. She found her new spot now. Sebelum ni aku letak kat balkoni atas kan. Okay dah kat situ tapi posa-posa ni aku tak larat dan malas nak naik turun tangga semata-mata nak pegi siram dia. Last-last aku bawak turun letak tepi sinki dapur ni. Habis citer. Sambil masak buleh la suriramramram kat dia kan. Kecik ni buleh la letak atas kitchen kaunter macam ni. Bila dah besar nanti aku garu kepala lah nak pindah mana pulak. Sebelum tu aku garu kepala nak balik raya ni cemana nak kasi dia supaya tak mati. Nak kena tinggal seminggu tuuuu... Dah la tengah galak berbunga. Haih... Panjang umur berjumpa lagi lah... Mintak-mintak lah hujan time raya ni kat Penang. Kat kampung jangan hujan. Spoil mood raya nanti.
Kahkahkah. Banyak kali aku nak-tak nak upload gambar huduh butir nangka aku ni. Takde rupa pun kan. Macam jari Frankenstein ada la. Boleh lah tu. Aku google resipi kuih yang guna tepung pulut sebab konon-konon macam nak habiskan tepung tu cepat-cepat lah. Result yang keluar; tepung bungkus, ladu, tepung gomak, dll yang rumit-rumit caranya. Daun pisang pun tarak. Last-last okaylah mak buat butir nangka jugak lah. Maka siaplah, separuh hati. Buat sikit je pun. Ngam-ngam 10 bijik. Itu pun berapa kali hadap baru habis.
Kitorang balik raya pagi Sabtu ni. But not really pagi la. Gewe nak pegi hantar servis keta dulu. Haih. Aku kalu buleh balik time-time macam ni nak bertolak lepas sahur lagi. Tapi nak buat macam mana tak boleh elak. So maybe kul 10-11 jugak la kot baru bertolak. Haih, masuk KB menjelang tengahari itu adalah bad idea. But what to do? Nak balik hari Ahad, hati dah sampai Kelantan lama dah..

2 comments:

aida adriana said...

happy birthday zarra!!!
smga sehat selalu n jd anak soleha

Cikgi Diva :-) said...

Happy belated bday jarah!comeynyoo pokok bungo dio