Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, August 3, 2013

#1054 Me Vs Balik Raya!

Bangun tido mandi terus naik kerusi makan. Rambut pun tak sempat sikat.
Pagi tadi sahur dengan nasik lemak belen berbuka kelmarin. Nyaris-nyaris nak terbabas sahur pagi tadi. Sedar encik Jack kejut dah kul 5.10. Hoho. Tu lah semalam main game tak hengat sampai kul berapa. Sebelum tu dok mengemas packing kain baju nak balik kampung beraya. Nasib baik semua dah ready, cuma perlu perangat dalam microwave aje. I heart you microwave! Sempat jugak lah makan sahur tadi alhamdulillah...
Kali ni balik raya memang pening kepala nak packing. Baju raya budak-budak ni punya la banyak hasil pemberian semua orang. Zaraa aje dah 10 pasang. Ke lebih. Tradisional, antarabangsa, asia tenggara semua ada temanya. Kelas ko Zaraa. Bila masa nak pakai banyak-banyak ni. Ke 2 jam sekali nak kena salin baju baru semua sempat terpakai. Ada dress yang dah singkat sebab beli dari awal tahun lagi konon-konon shopping raya awal la kan malas nak beli belah dalam bulan posa. Hambik, dah ketat singkat pun. Rugi, rugi.
Time aku sibuk-sibuk packing benda-benda last minute ni, mek ni dengan hal dia sendiri. Enjoying her mealtime alone diving in nasik lemak with a dash of soy sauce. Nasik lemak. Kicap. Sedapnya tengok dia makan.
Siap kemas-kemas, encik Jack pegi hantar servis keta dulu. Haih, benda-benda macam ni potong stim orang tengah naik syeh nak balik raya. Kul 11 jugak la baru bertolak. As being expected. Adam entah berapa kali tanya mana dadi ni, lambat lagi ke nak balik. Sampai tertido-tido dua beradik tunggu nak bertolak balik.

Kul 11 bertolak, kul 3 + sampai KB. Alhamdulillah, jalan masih clear. Ramai orang belum balik raya lagi kot. Hari ni berbuka biasa-biasa aje. (Biasa kat KB ni kalu kat Penang dah kira luar biasa) Ada la onde-onde sedap, akok sedap dengan air kelapa sedap dengan tebu pure sedap. Alhamdulillah cukuplah tu. Esok Bos IBM balik buleh la makan besar. Hari ni kita makan 'biasa-biasa' dulu.
Oh indahnya berada di tanah tumpah darahku... Time macam ni la rasa jeles maut dengan rakyat-rakyat Kelantan yang menetap di Kelantan. Tak kisah lah keje lekeh-lekeh je pun. Janji buleh dok sedap, makan sedap, mak bapak depan mata. 

I heart bumi Cik Siti Wan Kembang. Period.

No comments: