Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, August 12, 2013

#1059 Me Vs Pulang Ke Penang

Raya ke 3 baru ni kitorang buat open house. Memang kat fb dah anounce sape nak datang raya kena mai raya ketiga AJE. Kahkahkah. Tobat sadis kan tak bagi orang datang raya hari lain. Malas nak masak dan kacau air bertubi-tubi. Apa kata semua gather same-same pada satu-satu hari. Baru syok semua boleh jumpa. Lelah pun sekali harung aje. Hari selain tu buleh la tuan rumah menyerang umah orang lain pulak. Baru la takde insiden 'ko kat mana, aku kat depan umah kau dah ni alaaaa'... Tuptup melepas peluang nak berjumpaan sekali sekala ni kan.

Open house sangat meriah. Nasi dagang habis. Laksa ngam-ngam nak habis. Laksam habis. Cannelloni habis kot (aku tak ambik pot, tak try-try pun), Spirali pasta habis. Tinggal spaghetti black pepper aje. Food was marvellous. Credits to Mok Ji atas kuah laksa/laksam yang osem. 

Selalunya raya-raya yang sibuk di dapur memasak adalah Bos IBM dengan Puan Menteri. Aku memang bermasalah sikit bab ke dapur ni. Aku memang tak minat masak. Memasak kat Penang adalah solely for survival. Hahaha. Suruhlah aku mengemas, jangan suruh aku masak. Aku akan sangat hepi mengemas untuk sebijik rumah daripada memasak di dapur. Huh, apa jenis pompuan la tak minat masak kan. (tapi aku minat tengok umah kemas dan bersih) Woho. 

Tiap kali balik memang aku tak masuk dapur. Ok masuklah. Tapi untuk basuh pinggan dengan botol susu aje lah. Very the teruk kan Blog Diva ni. Seolah-olah aku janggal aje dengan dapur selain dapur Penangku. Kat umah MIL pun sama la. Aku segan nak masak bukan setakat sebab aku tak reti nak cucuh stove (stove MIL aku klasik sikit bak tuannya hehe). MIL aku selalu  komen masakan orang tu orang ni beradong la, jemu la, muak la etc. So, aku segan la nak masak apa-apa sebab semua masakan yang aku tahu memang jenis yang macam tu. MIL jenis masak simple-simple tapi sedap. Aku pulak tahu masak over tapi tak berapa sedap. Pendek citer, tak kena dengan selera diorang la. Just to play safe, aku makan je la apa saje yang MIL masak. Hehe.

Disebabkan ismi aku dari azali memang tak minat ke dapur, makanya aku tahulah ramai yang berbulu dengan kelemahan diri aku yang satu ni. Ampun dan  maaf dipinta. Setiap orang ada baik buruk masing-masing. Kekurangan aku mungkin aku tak minat memasak. Tapi mungkin kelebihan aku kau pun takde kan. So, terima lah diri ini seadanya. Berbulu pun nak buat macam mana. Asyik berbulu dengan aku je, aku berbulu dengan kau tak nak kira ke? Kahkahakah... A thing to ponder lah. Aku takde point kat sape-sape. Ayat random je.

Okeh, back to story. Pagi ni bertolak balik Penang lepas diorang pegi hantar Bos IBM ke epot. Kalu dah kul 10 baru nak bertolak tu memang makan jem la kat Bukit Bunga-macam biasa la. Kalu nak elak jem, bertolaklah sebelum kawasan bebas cukai bukit bunga tu mula berniaga. Confirm tak jem. Alah, jem situ sejam dua je delay. Tak jadi hal sangat la compared to uols yang balik kampung dari KL tu kan jem belas-belas jam. Kelmarin pegi raya umah yang kenduri kawen sehari sebelum tu. Raya ke3 kan open house kitorang, so tak dapat la attend wedding hari tu. So kitorang pegi la raya kelmarin. Tuan rumah hidang gulai kawah kenduri perangat. Sedap memang sedap. Semalam berapa kali dok ulang alik masuk toilet cirbir... Bangun pagi ni pun dok memulas lagi perut. Nak jalan jauh ni pil chi kit teck aun takde. Minum teh pekat je la dengan harapan perut tak buat hal dalam jem nanti.
Kitorang singgah Padang Serai raya sambil ziarah uncle encik Jack yang uzur sakit buah pinggang. Budak 2 beradik ni teruja tengok ikan besau-besau dalam akuarium ni. Tak diam sekali si Zaraa kekaguman tengok fish. Ciksu hidang laksa Penang homemade dengan air oren. Hayoh, harapnya perut sporting lah. Jangan sambung memulas sudah!
Lepas makan kenyang, terus balik Penang. Benda mula-mula aku terkam ofkos la nak tengok plag iron tu kan. Seminggu tak sedap hati kat kampung. Bukak pintu terus lari masuk bilik bibik. Fuuuuuu.... Lega. Memang aku dah cabut pun plag sebelum balik haritu. Alhamdulillah, aku masih punya rumah. Paranoid je kan. Kalu patah balik hari tu sure kena marah jugak sebab buang masa buang minyak, benda memang dah selamat pun. Kalu tak patah balik, umah terbakar pun kena marah jugak. Haih. Kes iron, setel. Hopefully lain kali Allah tak lalaikan hati aku dari ingat benda-benda penting macam ni amin.

Second thing aku nak check adalah cik-cik siti aku. Maklumlah tinggal cik Siti tengah berbunga lebat kan. Takde sape nak tolong siram. Sebelum balik haritu aku dah angkut letak kat balkoni dengan harapan kalu hujan, air hujan akan jatuh direct dalam pasu. Kalu letak kat porch, terlindung hujan. Lepas lega tengok plag iron dah cabut tu, terus kejar panjat tangga pegi check cik Siti pulak. Macam orang gila bayang tau. Seminggu tak tengok kecanduan! Hidup ke dia? Layu ke dia? Mati ke dia? Luruh ke bunga? Huhu. 
The Before
Before.....
Present-Hydrangea petals are fading,
Jangan tak percaya uols, sebelum balik tu Blog Diva siap slow talk lagi dengan Cik Siti ni, suruh tunggu aku balik, jangan mati, teruskan berbunga. Tunggu Mommy balik tau! Gitu la lebih kurang. Hahaha... Telepati la sangat kan! And memang berkesan pun. Cik Siti yang kat porch memang layu sikit lagi nak mati (Penang tak hujan agaknya, gersang je bumi), Cik Siti yang tengah berbunga kat balkoni tu elok je tak layu tak apa. Alhamdulillah. Tak sia-sia cakap dengan pokok macam orang gila kan. Bunga yang haritu putih dah tukar ke hijau-hijauan. Normal la tu bila dah nak habis musim tu. Cik Siti ai ni bikin surprise. Nak keluar bunga lagi kat julai  lain.(julai ni apa ye ikut bahasa standard? Branch?) Tapi kecik je la, tak sebesar yang ni. Kira okey la jugak kan.. Jangan jadi mandul macam cik Siti kat porch tu sudah la...
Yay! Another flower buds peeking out..
Oh hey! Blog Diva dah ada mesin jahit! Wahwah dah macam Show And Tell Friday pulak kan. Bos IBM borong dua mesin jahit untuk aku dengan Puan Menteri. Gilos kan. Orang shopping baju, dia shopping mesin jahit. Kiri kanan tangan bimbit mesin jahit. Kahkahkah.. Ni Korean brand. Kain pasang pun banyak pemberian orang dari hadiah kawin 7 tahun lepas pun ada aku tak jahit-jahit pun lagi. Buleh la aku guna untuk tenyeh-tenyeh kasi biasakan dengan mesin jahit tu kan. Hahaha... Projek banyak dalam kepala. Tapi bila mau start ni aku pun tatau. Nak guna mesin jahit pun aku tak reti. Kotak ni pun belum bukak lagi. Tatau rupa sebenar macam mana. Teruknya la. Sebelum ada haritu poyo je koya macam-macam nak buat. Bila dah ada ni aku peram-peram pulak. Bukan apa. Nak mengadap benda ni kena tenang-tenang. Dan free from gangguan budak-budak. Itu yang belum ada kesempatan lagi tu. Alasan!
Ni kira rare la ni. Wah umah Blog Diva dah ada balang biskut raya! Kahkahkah... First time raya ada balang biskut. Martha Stewaaaaart sangat rasa! Baru teringat dah lama sebenarnya aku angkut balang biskut hadiah kawin Nik Pareh kat sini. Tapi lupa la sebab taruk dalam slot kabinet paling atas yang jarang guna. Kali ni Puan Menteri tapaukan banyak biskut raya kasi aku bawak balik Penang. Nah, aku isi la dalam balang. Kasi berseri sikit. Kot-kot la kan ada orang datang buleh la hidang cantik-cantik sikit. Selalunya aku hidang dalam tipuwear biskut yang asal tu je. So teruk kan?!
Selalunya angkat kat tetamu dalam bekas-bekas terus macam ni. Wahahaha... Okeylah kali ni aku buat macam orang lain lah. Akur. Oh hey, tahun lepas aku mengomel terkilan sebab takde rumah pun yang aku serang hidangkan tat gulung kan. Tahun ni almost every houses ada tat! Sangat suka! Semua gebus-gebus dan sedap pulak tu. Tat dan raya bila bersatu membuatkan Blog Diva tersenyum riang.
Zaraa tido dengan biskut kat tangan. Mengigau mintak biskut. Lepas bagi terus pegi sambung tido balik.

1 comment:

Cikgi Diva :-) said...

Lenkali keno terjah rayo ke3 la umoh mung.hehe....