Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, August 23, 2013

#1061 Me Vs Mass Killing

Tiap hari bukak facebook, mostly are about the mass killing in Syria, Egypt. Allahu akbar! Tiap kali tengok video anak-anak kecil syahid dek serangan kimia tu, air mata tak henti-henti mengalir. Ada video yang rakam hembusan terakhir hingga tangan terkulai... Kalau aku bukan seorang ibu pun hati tetap tersentuh atas nama kemanusiaan. Hati tertanya-tanya sampai bilakah semua masacre ini akan berakhir. Tiada nilaikah nyawa-nyawa umat Islam di sana? 

Bila tengok video kanak-kanak di sana dibunuh begitu dan membandingkan dengan anak-anak kita di Malaysia ni, rasa syukur sangat-sangat. At least kat Malaysia MASIH aman. Why did I emphasize MASIH tu? Sebab anytime je negara kita buleh jadi macam tu. Talking about Syiah, ex-prof aku dulu (prof Ir tapi at the same time join the tabligh group) ada bagitau student dia, yang Syiah kat Malaysia ni dah lama berakar umbi. Skang ni yang join pun ramai VVVVVIP dan orang atasan. So, what can they/we do to strict the law? Syiah ni dah lama ada kat Malaysia. Now diorang dah kuat kat negara ni tapi pihak berkuasa takleh buat apa-apa bila melibatkan golongan atasan. Bohong la kalu aku kata aku tak kisah semua tu. Kisah oi! Nak ke jadi macam kat Mesir tu? 

Kenapa ye... Ajaran Islam dah cukup complete. Dah cukup mudah. Dah comei lotei. Dah syumul. Tapi kenapa manusia nak ubah nak simplify lagi benda yang dah perfect? Tak takut ke pada hukuman Tuhan? Tak terbayang ke syurga neraka? Haih... Hairan sungguh.

Bila tengok masing-masing update and upload gambar tiket konsert metalika, atas dasar sesama Islam aku rasa sakit hati. Saudara kita di Mesir dan Syria bertarung nyawa kat sana, tapi kita kat sini masih asyik terkinja-kinja dengan hiburan duniawi. Ye lah, aku pun bukan perfect. Ah susah lah nak cakap. Kalu terlebih cakap orang kata aku tunjuk baik pulak. Tapi sungguh lah.. Skang ni aku nak bermarathon drama pun rasa malu pada diri sendiri. Pada saudara-saudara Islam kita kat sana. Apa aku buat untuk bantu diorang kat sana? Apa ek? Selain derma wang ringgit, apa lagi yang buleh aku bantu. Betapa kerdilnya rasa. Setakat bermati-matian mengeji dan mengutuk tindakan Basyar dari lubuk hati aku, apa lah sangat kesannya pada dunia ye dak.

Sedih sangat. Tengok wajah kanak-kanak yang syahid.... Yang aku nampak adalah wajah anak-anak aku. Betapa seksanya saat-saat roh berpisah dari jasad. Slowly and painful perhaps. Sanggup tak tengok anak-anak kita nyawa-nyawa ikan sampai tangan terkulai macam tu? Haih... 

Kiamat sudah dekat.

1 comment:

Anonymous said...

jange la buh gambar anok sedaro kat tajuk lagu tu..make me scare hehehe
-kakak-