Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, August 28, 2013

#1063 Me Vs An Italian Meet West Iftar

Ini hari kedua posa nam. Kelmarin bukak posa dengan nasik lemak. Pagi tadi pun sahur dengan nasik lemak belen. Hari ni belum petang lagi gewe dah mesej tanya berbuka dengan apa. Nasib baik menu dah ada dalam kepala. Spegeti bolognese with meatballs, coleslaw, mushroom soup and garlic toasted bread untuk cicah. Gewe terus approve. >,<
Meatballs aku beli frozen readymade cap Azmy. Dengar citer dari blogger-blogger yang aku bloghop blog diorang tu cap ni sedap. Patut la mahal. Memang sedap lah. Mushroom soup beli dalam tin siap-siap cap Campbell's tu. Garlic bread buat sendiri. Pakai roti sandwich letak atas nonstick pan aje. Tok Guru Jamie (Oliver) ajar buat cara mudah. Kupas garlic, ambik roti yang dah garing tu then grate atas roti tadi. Lepas lekat bau garlic situ baru aku sapu butter. Mudah, cepat dan sama sedap je dengan cara yang payah-payah.
Hari ni bangga sebab buat coleslaw homemade aku ni rasa sebijik macam coleslaw KFC. Sebijik! Gambar tak sempat ambik. Tapi rupa pun memang sama jugak la dengan coleslaw KFC. Kali ni versi malas, aku parut aje daun kobis dengan carrot tu habis citer. Ohohoho.... Kalu buat apa-apa selalu menjadik camni kan best. Kahkahkah... For coleslaw senang je, cuma pakai kobis, carrot, fresh/full cream/low fat milk, mayo, onion (sikit je tau,  nanti 'pedas' coleslaw kau) pastu gula garam lah. Tak caya cuba try. Paling terharu, Zaraa makan macam makan nasik. Geleng kepala daddy dia. Bila masa anak aku suka makan coleslaw? Baru tahu. Baguslah tu makan sayur.
Esok bukak posa huduh-huduh pun takpe sebab gewe ada dinner dengan Dekan. Jumaat tak posa sebab gewe ada Jamuan Hari Raya kat UiTM. Bestnya keje ye. Ada makan-makan. 

Weekend ni Bos IBM nak datang merdekaraya kat umah aku. Yay! Thinking of baking-baking time with her. Depending on her, on how busy she will be. I've been eyeing on red velvet. This time, the natural beet red velvet cake. Or cupcakes. Aku peminat red velvet tapi itulah. Kalu guna food coloring sampai 2 botol tu tekak tak berapa lulus nak telan. Dono la... Tengok la apa jadi.

Tak sabar nak tengok my Oz Corelle!!! Bowok tuh, jange tinggal pulok...

3 comments:

Anonymous said...

hahaha doh slamat dlm bag doh! aloh supo hok rumoh tu gok la..caserol tu putih jah :-p

eee tak sbr nok jupo adam & zaraaaa
next week audit australia..adussss stress yg amat..tgk budok2 tu sejuk sikit mato,jiwo,rago,hati

jgn lupa ambik me kat sseten!
-kakak-

aida adriana said...

xyahla coloring sgt..aritu pn ay buh ckitje.hehe

jie @ azie said...

very tempting spagetti balognese mu mek!!!