Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, August 31, 2013

#1065 Me Vs My Beet, Red Velvet Cake

Bos IBM sampai sini dalam kul 3 pagi tadi. Lepas Subuh turun bawah tengok selambak ole-ole dari Oz and NZ. *dalamhatiadataman. Corelle-corelle ni aku kirim. Saje nak cukupkan set yang sedia ada. Corelle hadiah kawin aku tu dulu dalam set dia takde pinggan lauk. So, aku pesan nak pinggan lauk la untuk set bunga Iris ni. Alang-alang kat warehouse sana macam-macam ada, mak borong la baking dish Corelle skali. Pompuan.... Kepada yang berminat nak kirim baru ni tu sorry lah ye, all these are hand carry.. Mana buleh angkut banyak. Next time kalu Bos IBM balik mana-mana dengan kargo, I'll let you guys know okay! >,<
2,3 hari ni dok teringin sangat-sangat nak buat red velvet cake. Or cupcakes. Tak kisah la mana-mana rasa sama aje. Tapi aku tak nak guna coloring. Mak nak natural, beet root red velvet cake. Aku deal la dengan Bos IBM ajak baking sama-sama. Aku ni kalu baking sorang-sorang memang tak mengopong bak kata gewe.
Yang menariknya, Bos IBM siap belikan hand mixer dengan penimbang. Hoho... Takut lenguh tangan adinda kesayangan dia. Haha. Gewe tak kisah-kisah pun. Takutnya, kalu beli aku tak buat-buat pun kek. Well, this time I really got what I want since a long time. Oh bestnya buleh bikin pavlova tanpa lenguh tangan! In syaa Allah. Tima kasih kakak manis!
Membikin kek yang belum pernah dicuba adalah sangat terkebek-kebek bagi kitorang. Sangatlah slow. Belek resipi sana, compare resipi sini. Belum kira iklan berbalas-balas komen kat fesbuk lagi (sambil cari resipi sambil layan fb grrrr)
Hasil dari perbandingan di sana sini, dapatlah disimpulkan bahawa red velvet ni kalu nak hasilkan kek yang berwarna merah menyala bukannya merah kecoklatan, cuma perlu jaga pH level. Acidity is the key. Makin rendah pH (makin masam), makin merahlah kek kau. Serbuk koko pulak kena pilih yang bukan Dutch proses. Sebab yang dutch proses ni basically dicampur dengan alkaline akan bertindakbalas kimia dengan beet juice tu dan menjadikan kek kurang merah tapi coklat. Satu lagi, jangan guna baking soda. Sebab baking soda alkaliniti dia tinggi. Guna resipi yang ada baking powder aje. That's 3 basic rules for a bright, red, RV cake.
Lepas shopping barang-barang nak baking ni kan, suka aku nak tekankan kat kita semua... Janganlah blame dengan pengusaha RV kononnya harga kek mahal bagai. Sebab memang bahan yang digunakan mahal-mahal! Nak unsalted butter (sebab kalu salted, tahap alkaline garam tu akan kacau sama beet juice jadi kaler tak santek)aje. Seketul dah RM10. Atau lebih ikut brand. Cream cheese lagi. Ada yang guna mascarpone some more... Memang patot la kek ni mahal. So bake it real well sampai jadi. Sayang duit tu kalu kek tak menjadik. Huhu.
Merasmikan hand mixer... Butter dengan gula jadi kaler peach sebab blender bekas blend beet root tadi. Hehe. Selama ni dok baking tak terasa mixing bowl aku ni kecik sebab aku selalu halfkan resipi. Kali ni, memang resipi big portion. Buleh dapat 2 bijik kek. Mat saleh kan style suka lapis kek tinggi-tinggi. Sape yang mula-mula nak try buat RV, aku syorkan separuhkan dulu resipi try sedap ke tidak.
Ni lah RV aku sebelum dibakar. Compared to dalam blog yang kitorang copied tu, dah sama sebelum bakar. Tapi lepas bakar lain pulak kaler. Tak semerah yang tuan empunya buat. Haih. Silap tang mana yek.. Memang dah hati-hati ikut step-by-step dah. Mungkin lemon juice aku tak semasam dia punya kot. Ke sebab oven aku tak sebagus dia punya? Tah la. Tapi yang pasti, rasa memang sedap. Cream cheese frosting pun meletops... Kaler aje tak merah sangat. Mission 3 quater accomplished! Tima kasih Bos IBM sebab sudi baking-baking dengan aku ;p Lenkali aku kena confiscate laptop dengan hp mu baru buleh konsentret baking tanpa iklan-iklan reply fb komen mu itu kahkahkah.. Potong stim hokey!

RV sudah dapat. (makan) Memang puas hati lah dapat makan tanpa rasa guilty. Aku guilty okey kalu nak makan benda-benda mengandungi pewarna yang too much ni. Macam seksa perut aje buh excessive carcinogenic food coloring ni. So, now I eat in peace. Nom nom nom.
Googled
Malam kitorang dinner kat De Pauh Garden. Cafe ni sebenarnya dekat kondo aku dulu. Tapi tak pernah pegi. Biasalah aku ni, kalu tempat grand sangat macam ni aku akan prejudis mengatakan food tak maveles mana. Tapi entah kali ni terasa nak try pulak since Bos IBM ada ni. So, kitorang try la malam ni.

Malam ni hujan, kedai pulak full house. Nasib tak baik, malam ni kena makan kat belakang dapur :( Diorang bukak meja ekstra. Tapi dapur dia tak lah horrible macam kedai-kedai tomyam tu. Cafe ni kira kelas dunia jugak lah sebab siap sediakan quarters untuk staf-staf dia. Since kitorang menjamu selera kat belakang dapur tu, macam-macam la boleh tengok. Dia punya freezer room mak aih.... Sama besar dengan freezer room hotel kot. Tengah makan buleh tengok lori sampai hantar lamb sekor siap cucuk besi untuk grill tu, makan lagi, lori sampai hantar nenas berbakul-bakul. Pastu macam-macam lah free show kat belakang tu.

Walaupun kat sini full house malam ni, tapi order cepat sampai. Hohoho.. Ko tak tengok lagi chimney hood dia macam chimney kilang! Hahaha... Memang major operation lah kedai ni. Adam order chicken chop. Sedap mak ngah oiii... Isi ayam sangat tender and moist. Breaded pun crispy molek. Paling penting, gravy tak manis! I like....

Encik Jack order burger apa ntah. Tinggi macam KLCC makan sorang-sorang. Dia sebenarnya mengidam nak makan kebab. Tapi Kyros Kebab is nowhere to be found here. Bedal burger tinggi ni je la ;p

Dah jumpa another nice place to dine in. Definitely will come again here In syaa Allah. Mula-mula sedey kan kena makan kat belakang (sebab depan dia vogue gedevas giler wth datang jauh-jauh first impression dapat makan kat tempat terhena macam tu kan) But just forget about the scene, nasib baik food was great. Sejuk ati aku. Food here are ohsem. Western food pun around belas-belas ringgit je sepinggan. Cool isn't it.

Nak makan sini lagi!

3 comments:

raudhah sutrisno said...

Mana gmbar kek selepas dimekap??
nmpk sedap la weh!!Terrer aaa mommy Teh!

Blog Diva said...

Raudhah, mekap x lawa mana. Sbb tu malu nk tepek cni... ;p

Blog Diva said...

Raudhah, mekap x lawa mana. Sbb tu malu nk tepek cni... ;p