Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, August 29, 2013

#1064 Me Vs Zaraa And The Big Guy

Dah 3 minggu agaknya this big guy jadi part of our small family member. So far okay lah. Sape tak suka ada bigger fridge in your kitchen kan. Tapi aku belum boleh menyesuaikan diri lagi dengan fridge baru. Bila pegi Tesco or pasar, still terikut-ikut cara membeli-belah secara berjimat cermat sebab takut fridge tak muat. Padahal fridge dah besar gaban kan. Hasilnya, dalam fridge saujana lah mata memandang. Tapi freezer agak penuh la. Hihi. Mission accomplished tang freezer. Dah boleh beli eskrem dah skang... Alhamdulillah...
Cuma SATU je tak best pasal peti sejuk ni.... Tak tau la adakah sebab fridge ni masih baru atau memang forever akan jadi macam tu. Pintu fridge (bawah) kedap sangat. Ko tengok la gambar atas tu. Zaraa memang terkangkang-kangkang la membuat percubaan nak membuka fridge. Haha.. Memang jarang kali berjaya lah. (satu kelebihan jugak sebenarnya) Usahkan budak kecik ni, kita yang tua bangka nak bukak pun hins hins hins jugak. Kalu sebelah tangan je kena lipat gandakan power lah.
Disebabkan peti sejuk yang terlampau kedap pintunya ni, kedudukan fridge aku selalu beralih. Haha. Senget benget peti sejuk aku. Dah tu tiap kali nak bukak mesti bergerak sikit-sikit-sikit lama-lama makin jauh lah jawabnya. Tiap hari nak kena tolak ke lokasi asal.
Zaraa, checking inside.

Alhamdulillah, kali ni balik kampung buleh la borong frozen food banyak-banyak tanpa perlu risau cukup space ke tidak freezer umah aku.

No comments: