Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, September 6, 2013

#1067 Me Vs Goodbye Syawal

From hp encik Jack
Encik Jack posa last day harini. Sekali lepas pegi keje whatsapp aku meroyan sebab harini dah 1 Zulkaedah katanya. Pelik. Pegi dapur tengok takwim aku 30 Syawal lagi. 3,4 kali ulang-alil masuk dapur tengok takwim. Mata 4 pun kekadang rabun jugak ;p Apps kat hp encik Jack kata 1 Zulkaedah, takwim aku kata 30 Syawal. Bila double check kat Jakim, memang 30 Syawal. Nasib baik... Tak sia-sia usaha murni encik Jack posa hari ni.. Hehe.. Alhamdulillah...
Takwim kat dapur aku.
RV aku tinggal last slice je hari ni. Sayang nak makan tapi sampai bila nak simpan. Makin lama makin tak fresh kan... Selamat menghabiskan RV ke cebisan yang terakhir Blog Diva. Aja aja! Lepas ni tobat la tak buat dah RV... Haha... Baking is fun. Licking is fun. But to finish it is a different story. Muak.@,@

Herba pelawas HPA aku dah habis. Satu perkara boring nak pegi HPA dekat umah aku ni ialah, bila pegi stok habis. Kekadang pegi, kedai belum bukak. So, aku telah mengambil langkah proaktif untuk stop this dependent. Sampai bila nak bergantung pada pil kan. Tapi kalu tak makan, tak syok ho sembelit. Nak-nak pulak banyak hari lagi nak kena ganti posa. Posa-posa ofkos la kurang air dan pengambilan serat. Lagi la serius sembelit. Sembelit ni kalu tak kena gaya buleh batal posa. 

Makanya, aku try alternatif lain lah. Ingat tak dulu masa Adam sembelit teruk tu aku buh minyak habbatus sauda (black seed oil) dalam susu dia? Time dia masih minum susu botol la. Alhamdulillah after 2,3 bottles he's okay till now. Kareb smooth. Lah agaknya since dia tak pernah nanges-nanges dalam toilet macam dulu. Tak komplen sakit ke apa dah. Minyak tu encik Jack beli banyak botol la kat Mekah (or Madinah) masa dia buat haji dulu. It happens minyak tu ada lagi la belen 2,3 botol after aku stop giving to Adam.

Encik Jack suggest aku telan minyak tu. Sambil ikhtiar, sambil tak nak membazirkan benda yang dah sedia ada ni kan. So mak laksanakanlah. Blerrgghhhhh.... Tak boleh tipu la... Memang bau sangat-sangat strong. Rasa tu memang plain, takde rasa apa pun. (maybe sebab belum sampai ke pati dia lagi, so far aku dok telan MINYAK dia aje ;p) Wahahahaaaa... Teringat kat Adam dulu. Kitorang dok paksa dia minum susu bercampur minyak ni. Dia dok komplen pahit la, tak sedap la. Memang betul lah apa dia kata. Kesian dia kan. Kena paksa. Tapi bukan nak aniaya dia. Tengok sekarang alhamdulillah dengan izin Tuhan dia dah okay. Tiap kali aku hidu bau minyak tu, teringat la kesengsaraan Adam nak kena telan minyak tu dengan susu sampai habis. Takde la banyak kitorang buh, tiny drops je pun. Tapi nak mengabiskan susu 8 oz bercampur minyak tu is not easy. Awal-awal aku telan minyak ni aku buh dalam Nestum 3 in 1 tuh. Hoho.. Suicidal. Menggelupur. 

Tiap malam bila tiba masa nak telan minyak tu mesti rasa sedih. Kalu buleh nak lari dari moment 'itu'. Kalu buleh nak skip part tu. Childish. Tiap kali tu la aku pujuk hati. Nabi takkan syorkan apa-apa kat ummat dia kalu benda tu tak bagus or bagus suam-suam kuku je. Ni bila Nabi sendiri jamin, takkan kita nak persoal lagi. Telan saje lah nox. Semoga Allah izin untuk sembuhkan penyakit lepas beranak aku ni.. Amin.
Adik aku nak kawin 14hb ni. Kitorang semua tak boleh balik. Masing-masing ada urusan. So, kitorang decide nak share belikan dia peti sejuk sempena hadiah kawin. Cari yang biasa-biasa saje. Mana buleh lawan tokei. Hahaha busuk hati. Dalam masa sebulan ni 4,5 kali kitorang keluar masuk kedai letrik dalam Sunway ni. Muka pun dah cam. Kali ni masuk kedai disapa oleh staf yang biasa layan kitorang. Nampak muka je terus senyum. Terus aku kata Saya nak beli fridge lagi... Wakakakaka LOL Baru je beli fridge 2,3 minggu lepas. Minggu lepas pegi ambik juicer. Minggu ni beli fridge lagi. Sukanya shopping fridge kaaaaaann.. Macam takde keje lain. Macam fridge-fettish pulak hai...
Sweet sangat tengok random act of kindness encik Jack ni. Lunch time dia balik rehat.. Pastu ajak Zaraa pegi kutip Adam. Letak Zaraa kat seat depan, pastu pakaikan seatbelt. Dia dok diam je kat situ behave sampai la balik rumah semula. Sweet, totally.

Malam ni encik Jack ajak bukak posa kat kedai burger bakar baru bukak dekat umah aku. Lagi sweet kan. Rugi betul. 15-31 Ogos baru ni diorang buat 50% offer sempena pembukaan kedai. Melepas. Kalu tak boleh bawak Bos IBM pegi sana. Depan umah ni je pun.


2 comments:

jie @ azie said...

Pandai princess demo posing, ala2 model catwalk gitu. nok ssuko siap angkat kaki lagi, hihihi

Blog Diva said...

Jie, haha candid jah tu. Bj byk ore bui. Sari kdg2 2,3 kali tukar nk suruh luok bj.