Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, September 7, 2013

#1068 Me Vs Making Pita Kebab

Musim tak tahu nak masak apa. Tanya gewe, dia pun tak tahu nak makan apa. Nasik, tak lalu. Habis menu dah. Pegi Tesco awal hari ni sebab nak grab susu Zaraa yang tengah sale skang ni. Kalu pegi lewat, takut abis. Biasanya kalu beza singgit je pun, orang akan borong sampai penuh troli. Dahsyat budak-budak kat Penang ni menyusu kan.

Pusing semua isle untuk cari ilham nak masak apa for lunch. Masuk bakery mata terus nampak roti pita. Mak ambik la. Balik nanti kita fikir la nak sumbat apa. Hari ni kat Tesco banyak barang promosi. Agaknya gaji lambat lagi, harga minyak baru naik, manufacturer pulak kena hasilkan bahan macam biasa sebelum minyak naik. Pengguna kurang membeli, sedangkan produk keluar macam biasa. Tu yang kena buat harga promosi kalu tak, tak laku. Agaknya la. Skang ni memang terasa la beban kenaikan harga barang. Tapi kan ada betulnya jugak Dr MAZA kata. Kalu nak tarik subsidi ikan bilis, kena la tarik subsidi ikan-ikan paus kat negara kita ni jugak. Baru adil kan. Ni, yang kaya dok kaya kat situ jugak. Yang serba kurang ni la makin kurang. 
Pita kebab with pure strawberry juice.
Nah, balik rumah bagitau gewe aku nak buat pita kebab. Boss terus approve. Tak nak nasik sangat kan. Aku google resipi nak buat pita kebab. So try la. Bila siap, encik Jack kata lagi sedap kalu aku buat inti dia macam inti telur bistik tu. (aka telur bungkus) Lorrr... Yang ni aku pakai mince beef. Gewe kata halus sangat daging dia. Kalu hiris macam nak goreng daging tu lagi sedap. Buleh rasa la tekstur daging dalam setiap bite. Ini pandangan peribadi aku la. For lunch, pita kebab with homemade coleslaw and pure strawberry juice. Bon apetite!
Tadi kat Tesco beli banyak fruit and veggies. Saje nak rasmikan juicer yang dah banyak hari beli tu. Memang la best pakai juicer buleh dapat pure juice tanpa perlu tambah air bagai. Tapi yang lecehnya nak assemble dismantle tu la. Lagi senang pakai blender. Tapi tu la. Kalu guna blender nak kena tapis pulak lecehnya. It's the beauty of pro and cons!
Hari ni extract buah strawberry aje. Yang lain-lain esok-esok la pulak. Malas nak pasang dan buang. Nyaman la. Saje ngengada beli strawberry sebab last stock. Murah! Murah-murah pun RM7 lebih jugak. Gewe kata tujuh ringgit dapat jus segelas aje. Baik la beli yang dah siap lagi jimat. Hahaha... Benci larrr.. Potong stim aku nak menjaga kesihatan ni. Dah tu beli juicer ni nak hias dalam kabinet je ke darl~~~
Anis dah mokmok. Geram nak kepit clothpeg kat pipi tu.
Tengkiu Puan Menteri sebab whatsapp gambar my beautiful nieces to me. Mahal bebenar la gambar anak-anak buah aku ni. Mommy daddy diorang asek busy manjang je takleh nak update pasal anak-anak buah. Ye, cikgu-cikgi memang busy tak dapat dinafikan. Tapi dunia dah hujung jari skang ni. Masing-masing pegang henpon pintar. Takkan tuan tak pintar-pintar setakat nak tekan upload 2-3 saat sehari. Uh uh uh... What a waste lah. Kalu blog nak kena karang berjam-jam katanya. Save your words. Instagram kan ada. Fesbuk kan ada. Whatsapp kan ada. Come on.. Kesian henpon pintar tu kalu setakat guna buat main game je.... Tehehee... ~~Lariiiiiiiiiiikkk~~~~~~
Ustajah Aleesya. Muslimahnya naik beskal.
Oh rindunya Tioman... Tapi nak turun dari Penang ni ke Mersing alahaiiii.... Penat macam nak pegi Ostolia.

2 comments:

jie @ azie said...

Teh,
Sedapp napok kebab demo. Aku pun rajin jugok buat tapi bubuh nugget goreng pahtu racik2 halus campur ngan salad, mayo. hihi

Blog Diva said...

Jie,hor dih. bakpo x terfikir aku nk guno naget jah.mudoh gilo. Tq 4 d idea. Smula2 guno naget je la. Naget ado mace2 loni. Aye, ike, daging.good idea . good idea.