Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, September 13, 2013

#1070 Me Vs A Winter, A Pair Of Socks And A Hot Cup Of Cocoa

Zaraa feeling-feeling pakai stokin jugak.
Am sure seluruh Malaysia skang ni dilanda hujan berhari-hari dah kan. Blog Diva yang kurus kering ni memang problemas la bila musim sejuk melanda berpanjangan ni. Buuuurrrrrrr... Paling tak tahan tapak kaki aku ni la. Kalu dah start sejuk, nak warmkan balik ambik masa berjam-jam. Kadang, baru nak suam kaki, Zaraa kareb nak kena masuk cecah kaki kat lantai toilet yang icy cold tu balik. Ada kasut but buat tanam padi pun tak jadi ni. Oh cuaca, cepatlah kembali panas. I miss the sunshine. Kapet pun basuh tak kering-kering. Hapak pereng lah pasni.
Time hujan-hujan ni layan tido petang-petang adalah syok. Minggu ni posa 2 hari je. Haih kenapa lah tak konsisten. Rasa nak posa, posa. Bila malas, bertangguh-tangguh. Target buleh capai ke tak ni.
Hujan, sejuk. Malas nak masak. Sebab air paip sejuk. Lantai dapur pun sejuk -walau dah pakai selipar dan stokin pun masih tak membantu. Mood nak makan nasik pun off lately. Banyak hari jugak aku dok layan pita bread belen hari tu. Makan dengan macam-macam. Tuna spread, deli chicken, swiss cheese. Feeling-feeling makan macam kat negara omputeh la sangat dah cuaca pun macam tu.
Skang ni tiap hari time tunggu Adam balik sekolah tu mesti neves nak pikirkan alasan apa aku nak bagi untuk hari tu-tak nak bagi dia bukak laptop. Walaupun tak dapat dinafikan annoying lah tiap jam tiap minit kena dengar dia mintak nak main game kat laptop or handphone, tapi jauh di sudut hati meronta-ronta nak bagi je dia main sebab kesian. Tapi mak kena kuat semangat. Walaupun Adam tu macam tu, tapi at least selagi dia tak dapat izin, dia memang takkan on laptop. Biarpun laptop tu dok ada je atas meja kat luar ni. I thank you Allah for that. Walau macam mana memberontak pun dia, selagi aku tak kata boleh, memang dia tak bukak. Lagi la kesian kan.
Aku buat MOU dengan dia, kalu dia tido lepas balik sekolah tu, lepas bangun tido aku akan bagi dia main game. But ofkos la it's a lose-lose situation. Skang ni jarang sangat lah dia tido lepas balik sekolah. Dia tak tido dan dia tak dapat main game. Mom unhappy, kid unhappy. Haih. Bila ajak buat aktiviti nak distract dia, kita aje yang menyungguh, dia suam-suam kuku aje. Letih part cikgu lah macam ni. But looking at the bright side, sejak aku tak bagi dia main game ni aku tengok relationship antara dia dengan Zaraa makin improve. Ajak adiknya main sama-sama. Walaupun tetaplah akan ada love & hate collide scenes tuh. Tak kisahlah kan. Better lah dari dulu dia langsung tak nak Zaraa dekat dengan dia. Now dah allows Zaraa berskinship dengan dia. Barely. Alhamdulillah. Mandi nak sama-sama. Main pun nak sama-sama. Pastu tetap berebut ;p

Now mom punya part dah tak boleh nak online dari laptop secara terang-terangan. Tak boleh dah layan k-drama macam dulu back to back. Laptop ni kalu time Adam balik sekolah, mesti nak kena sorok. Aku cakap daddy bawak pegi ofis. Oh tipuuuuuu... Kesian dia kan. Aku sendiri sebagai mak orang selalu berperang dengan perasaan. Patut or tak patut bagi je dia main? Sedangkan kita yang tua-tua ni pun addict jugak when it comes to virtual world. Budak-budak zaman gajet canggih ni tak mencabar betul mainnya. 

Masak apa hari ni weh.

1 comment:

Anonymous said...

i'm down with flu..saloh mkn as usuall :-( tkc la..miss uls
-kakak-