Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, September 19, 2013

#1071 Me Vs Making Charity The Hard Way

Tiap kali masuk dapur tengok fridge lama ni hati rasa sakit. Dah dekat 2 bulan orang-orang yang menyanggup nak tu tak datang-datang ambik lagi. Bila tanya, ramai nak. Tapi masalahnya tak sanggup nak hire mover la kot. Tu yang sampai dekat 2 bulan benda ni tersadai kat dapur aku. Bila tak on lama ni paham-paham la apa jadi kat dalam tu. Takkan aku nak on dua-dua peti kat dapur ni. Padahal yang ni tak guna pun.
Dari dalam bulan posa lagi aku cadangkan nak dermakan aje kat rumah anak yatim mana-mana. Tapi bos kata nak letak kat lab dia sebab tahun depan nak sambung phd kan katanya. So, roger la kat member yang ada Hilux ni. Sebulan berlalu tanpa berita. Pastu offer kat staf department lain yang tengah pindah ofis. Nak, tapi dekat sebulan dah jugak berlalu senyap jugak. Haih orang Melayu ni.. Aku paling pantang kalu janji tak serupa bikin ni. Berapa lama nak kena tunggu? Kalu tak jadi bagitau la tak jadi. Kita nak jual or bagi kat orang lain tapi dah terikat dengan diorang. Ah, gasak lah. Malas dah aku nak tunggu orang-orang yang takde sivik ni. Tadi dah taruk ad kat mudah. Tengok la sape cepat bertindak aku bagi je.
Inilah masalahnya. Kadang-kadang ingat nak jual tu bukan sebab nak duit. Tapi nak get rid cepat-cepat. Kalu cakap nak bagi free ni, orang rilek je nak ambik tak nak ambik bila-bila pun. Kalu dah melibatkan duit, orang akan otomatik akan terikat. Mesti cepat punya. Macam jual sofa aku baru ni. Bila deal, terus ambik, habis citer. Haih... Agaknya kalu aku call umah anak yatim suruh datang kutip peti aku ni pun berkurun jugak la nak tunggu datang ambik. Pastu makin la serba salah nak bagi orang lain ke tak. Macam memberikan harapan palsu pulak kan kat anak-anak yatim. Haih, lenkali forget about charity for pahala or whatever. Baik jual aje lah. Bila nak buat pahala pun, kalu jadi macam ni dalam hati asyik menyumpah-nyumpah bila nak datang ambik ni habis poof la pahala aku. Jual. Jual. Jual. Agree?
Ingatnya nak buat camni. Letak iklan kat mudah. Letak la harga murah-murah kat situ. Bila ada yang nak, ikut je berapa dia nak bargain. Dealkan dulu. Pastu bila dia datang nak ambik kat umah, aku cakap la ekceli aku nak bagi FOC. Kahkahkah. Kalu cakap awal-awal aku nak kasi free, takut jadi macam ni lagi la episod menunggunya. Tak patut kan. Orang dah baik hati nak bagi free, apa lah kiranya you do you part nicely. Melayu..... Kalu part berjanji memang fail!

1 comment:

Anonymous said...

byk kali doh keno..fikir kok ore..ore tok fikir pun ko kita..lama2 baik fikir tuk diri sendiri je..
dh ada org nak beli ko?
-kakak-